Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

STO 2.0 : Cara Buat Temujanji Imigresen Online dan Waktu Operasi Imigresen

STO 2.0

Sistem Temujanji Online atau STO 2.0 yang diterbitkan untuk anda membuat temu janji imigresen sebelum menghadirkan diri untuk melakukan sebarang urusan di pejabat imigresen.

Anda boleh datang ke cawangan terdekat anda setelah sudah membuat temu janji pada Sistem Temujanji Online (STO 2.0). Bagi anda yang kurang jelas berkenaan STO 2.0 ini, anda boleh rujuk info-info yang kami kongsikan serta cara buat temujanji secara online melalui STO 2.0.

Berkenaan STO 2.0 Temujanji Imigresen Online

STO 2.0

Apa Itu STO 2.0?

Sistem Temujanji Online (STO 2.0) menawarkan perkhidmatan terpilih yang berkaitan dengan :

  • Pekerja Asing.
  • Perkhidmatan Ekspatriat.
  • Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Visa & Pas.
  • Perkhidmatan UTC.

Senarai Perkhidmatan STO 2.0

BAHAGIANPERKHIDMATAN
PASPORT– Pasport
– Pasport Malaysia Antarabangsa
– Pejabat Penerima dan Pengeluar Pasport
– Pasport Terhad Ke Brunei
VISA– eVisa
– Keperluan Visa Mengikut Negara
– Visa Dengan Rujukan (VDR)
– Kadar Bayaran Visa
– Cara Memohon VIsa
– Kadar Bayaran Security Bond
PAS– MACS
– Pas Lawatan Kerja
– Pas Penggajian
– Pas Lawatan Sosial
– Permohonan Pasangan Suami Isteri
– Pas Lawatan Ikhtisas
– Pas Pelajar
– Pas Residen
– Dokumen yang Diperlukan Mengikut Kategori
– Tatacara Memohon Endorsemen Kebenaran Kerja
PAS SEMPADAN / LINTAS BATAS– Pas Lintas Sempadan Malaysia – Indonesia
– Pas Sempadan Malaysia – Thailand
PEKERJA ASING– Pekerja Asing
PEMBANTU RUMAH ASING– Pembantu Rumah Asing
PERMIT MASUK– Permit Masuk
KAD PERJALANAN PERNIAGAAN APEC– Pengenalan
– Pemohon Yang Layak
– Agensi Kawal Selia
– Senarai Semak
– Borang Permohonan
– Pautan Penting
DOKUMEN PERJALANAN– Dokumen Perjalanan Terhad
– Dokumen Gantian Perjalanan
ENDOSMEN PENGECUALIAN SEKSYEN 66– Endosmen Pengecualian Seksyen 66
EKSPATRIAT– Ekspatriat
MALAYSIA RUMAH KEDUA KU– Malaysia Rumah Kedua Ku (MM2H)
SURAT AKUAN PENGENALAN– Surat Akuan Pengenalan
SYARAT-SYARAT BERLEPAS DARI MALAYSIA– Imigran-Imigran Larangan
– Kesalahan sering dilakukan
– Penumpang Anak Kapal (Pelaut)
SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE MALAYSIA
– Perjalanan Antarabangsa
– Perjalanan Dalam Negeri (Domestik)
PROGRAM ISTIMEWA– Program Istimewa
PENGUATKUASAAN– Penguatkuasaan

Cara Buat Temujanji Imigresen Online

STO 2.0
  1. Layari http://sto.imi.gov.my/sto/home.php
  2. Pilih Kategori Pemohon dari senarai
  3. Isi Nombor Pengenalan Diri Pemohon (Nombor MyKad untuk Warganegara dan Nombor Pasport untuk bukan Warganegara)
  4. Isikan Nama Penuh
  5. Sila pilih Negeri bagi Jabatan Imigresen daripada senarai yang disediakan
  6. Sila pilih Cawangan bagi Pejabat Imigresen daripada senarai yang disediakan
  7. Pilih Perkhidmatan yang diperlukan untuk janji temu
  8. Pilih Slot Pagi atau Petang dari senarai mengikut Slot masa
  9. Sila tunggu paparan senarai Tarikh yang ada kekosongan untuk tempoh 3 bulan akan datang
  10. Pilih Tarikh dari senarai
  11. Tekan butang Next untuk teruskan
  12. Isi semua maklumat yang diperlukan :
    • Applicant address/Alamat Pemohon);
    • City/Bandar;
    • Zip Code/Poskod;
    • State/Negeri;
    • Telephone Number/Nombor Telefon;
    • E-mail/E-mel
  13. Tekan butang Next untuk set janji temu
  14. Sila baca Terma & Syarat, tandakan kotak untuk meneruskan proses, tekan butang
    Submit untuk melengkapkan permohonan janji temu

Waktu Operasi Kaunter Imigresen

STO 2.0
STO 2.0 : Cara Buat Temujanji Imigresen Online dan Waktu Operasi Imigresen 5
CAWANGANUTC
Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Terengganu dan KelantanSemua negeri kecuali Perlis, Pahang, Kedah dan Terengganu
Isnin – Jumaat :
8.00 pagi – 5.00 petang

Hari bekerja :
8.00 pagi – 7.00 malam
Hari minggu :
8.00 pagi – 5.00 petang
Negeri Johor, Kedah, Terengganu dan KelantanPerlis, Pahang, Kedah dan Terengganu
Isnin – Rabu
8.00 pagi – 5.00 petang
Khamis ;
8.00 pagi – 3.30 petang
Setiap hari
8.00 pagi – 5.00 petang

Soalan FAQs Berkenaan STO 2.0 dan Temujanji Imigresen

Apakah itu STO 2.0?

STO 2.0 ialah penawaran perkhidmatan khas yang berkaitan dengan Pekerja Asing, Perkhidmatan Ekspatriat, Penguatkuasaan dan Perkhidmatan Visa & Pas dan perkhidmatan UTC.

Bila boleh daftar melalui STO 2.0?

Anda boleh mendaftar STO 2.0 pada bila-bila sahaja di portal yang sahih.

Adakah boleh walk in kaunter imigresen?

Dibenarkan untuk anda walk in untuk urusan di pejabat untuk kanak kanak 13 tahun dan ke bawah, golongan orang kurang upaya OKU, warga emas, bakal jemaah haji, dan juga pelajar di Malaysia yang nak sambung belajar (further study) dibenarkan untuk walk in untuk urusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia.

Berapa lama tunggu kaunter imigresen?

Tempoh masa bagi pengurusan di kaunter imigresen adalah bergantung kepada pihak pengurusan serta jenis perkhidmatan yang anda lakukan di kaunter tersebut.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Irdina Auni
Irdina Auni
"Hidup Ini Random"

Anda Mungkin Meminati