Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Rombakan Kabinet 2023 dan Senarai Menteri Malaysia

Rombakan Kabinet 2023 dan Senarai Menteri Malaysia

Terkini Perdana Menteri umum rombakan kabinet 2023 yang mana melibatkan senarai jemaah menteri baru dan menteri yang dikekalkan untuk tahun 2023 2024 dalam rombakan kabinet yang berlangsung pada hari ini pukul 11:00 pagi.

Anwar juga menjelaskan bahawa sistem perolehan bagi pasukan keselamatan negara perlu untuk dirombak supaya lebih telus dan berjalan lebih lancar. Pasukan khas juga telah diwujudkan bagi mempercepatkan proses kelulusan perolehan untuk pasukan keselamatan yang mana Anwar sebagai Menteri Kewangan.

Selain itu dimaklumkan bahawa akan mempunyai sedikit pertambahan daripada jumlah jemaah menteri berbanding asal sebelum ini yang berjumlah 27 orang.Tetapi turut difahamkan bahawa jumlahnya adalah lebih kecil berbanding kerajaan sebelum ini.

Rombakan Kabinet 2023 dan Senarai Menteri Malaysia

Senarai Menteri Baru Kerajaan Malaysia 2023

image 309

Keputusan rombakan kabinet 2023 telah dibuat oleh Perdana Menteri berdasarkan penyesuaian serta keperluan semasa untuk bidang-bidang yang terlibat dalam pentadbiran negara malaysia.

Berikut adalah senarai menteri baru selepas rombakan kabinet 2023:

  • Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,Ketua Pegawai Eksekutif KWSP telah dilantik sebagai Menteri Kewangan Kedua
  • Datuk Seri Muhammad Hassan pula telah dilantik sebagai Menteri Luar
  • Datuk Seri Fadilah Yusof kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri yang mana memegang portfolio Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam
  • Fahmi Fadzil dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Timbalan Menteri Komunikasi adalah Teo Nie Ching
  • Menteri pertahanan yang baharu adalah Datuk Khalid Nordin.
  • Datuk Seri Dr.Zulkifli Bin Ahmad dilantik menjadi Menteri Kesihatan yang baharu menggantikan Dr. Zaleha Mustafa.
  • Menteri pendidikan tinggi yang baru adalah Zambry Abdul Kadir
  • Menteri Perladangan dan Komoditi baharu adalah Datuk Seri Johari Abdul Ghani
  • Dr Zaliha Mustafa ditukarkan dan dilantik menjadi Menteri di JPM (Wilayah Persekutuan)
  • Nik Nazmi merupakan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam yang baharu.
  • Menter ekonomi dikekalkan, Yb Rafizi Rami dan Timbalan Menteri Ekonomi ialah Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib.
  • Datuk Seri Noraini Ahmad sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita baharu.
  • Menteri Sumber Manusia yang disandang oleh Sivakumar digugurkan dan diganti dengan wakil DAP, Steven Sim yang merupakan timbalan menteri kewangan sebelum ini.
  • Kementerian baharu, pecahan KKD iaitu Gobind Singh Deo sebagai Menteri Digital dan Datuk Ugak Anak Kumbong sebagai timbalan menteri.
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup baharu ialah Armizan Mohd Ali.

Bila Istiadat Angkat Sumpah Menteri Baharu 2023?

Rombakan Kabinet 2023 dan Senarai Menteri Malaysia

Menurut maklumat bahawa istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia oleh Menteri Persekutuan akan berlangsung pada pukul 2:30 petang di istana negara. Menurt sumber juga sekarang turut berlansung adalah istiadat pengurniaan surat cara pelantikan yang pada 1 Disember 2023 yang lalu perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi bayangan bahawa akan berlaku rombakan kabinet dalam bulan disember.

Oleh itu, dilakukan rombakan kabinet 2023 kerana terdapat kekosongan jawatan yang ditinggalkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan kematian Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 julai lepas.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati