Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Lafaz Doa Istikharah Selepas Solat Sunat Istikharah

Doa Istikharah

Kehidupan pasti tidak lari dengan ujian atau pilihan-pilihan yang membebankan. Oleh itu, kita dituntut solat dan baca doa istikharah untuk menghilangkan keraguan apakah pilihan kita tepat dan terbaik untuk kita atau sebaliknya.

Solat istikharah bukanlah melibatkan pada urusan jodoh sahaja tapi melibatkan segala urusan yang mana kita susah ingin membuat pilihan. Apabila kita berhadapan pilihan tersebut sudah tentu kita memerlukan pertolongan dari Allah SWT supaya setiap pilihan kita adalah satu keputusan pertolongan Allah SWT. Ikuti telegram “Sistem Guru Online“.

Solat Sunat Istikharah

Sudah semestinya ramai dikalangan kita pasti akan selalu berhadapan pada situasi dilema untuk memilih atau membuat keputusan walaupun sudah ramai kita minta pendapat orang lain. Rasa takut, risau, sangsi dan memikir yang mana patut kita dan lalu menjadi yang terbaik untuk kita.

Berdasarkan pandangan mufti wilayah perseketuan, kita tidak boleh meremehkan dan memperkecilkan perkara kecil jika susah buat pilihan dan digalakkan juga untuk lakukan solat istikharah walaupun hal kecil.

88412723923 solat
Doa Istikharah

Pengenalan Solat Sunat Istikharah

Asal bagi perkataan istikharah ialah daripada perkataan خير yang membawa makna kebaikan. Penambahan huruf Alif,Sin dan Ta’ menambah lagi maknanya. استخار  membawa makna memohon pilihan. Inilah yang dinyatakan oleh Ibnu Munzir di dalam Lisan al-Arab.

Dalil Solat Sunat Istikharah

Berkenaan dengan solat istikharah, ia adalah di antara sunnah yang diajarkan oleh Nabi saw. Ini berdasarkan satu riwayat daripada Jabir Bin Abdullah :

photo 2023 11 22 16 28 40
Doa Istikharah

Riwayat al-Tirmizi (480),Ibnu Majah (1383).Imam al-Tirmizi menyatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan sohih ghorib

Sheikh Abdurrahman al-Mubarakfuri menyatakan yang dimaksudkan dengan istikharah di dalam hadis ini ialah solat istikharah. Kata beliau lagi bahawa hadis ini menjadi dalil bahawa tidak harus bagi seseorang memperkecilkan apa-apa perkara walaupun ianya nampak remeh.Lalu dia meninggalkan istikharah. Berkemungkinan, perkara yang diremehkannya itu nanti pada masa akan datang menjadi mudarat baginya.

Rujuk Tuhfah al-Ahwazi Syarah Jami’ al-Tirmizi (2/482) Sumber MUFTIWP.

Hukum Solat Istikharah

baru
Doa Istikharah

Untuk pengetahuan sahabat semua hukum bagi solat sunat istikharah adalah sunat. Solat sunat ini dituntu selalu dibuat jika kita dalam permasalahan memilih sesuatu pilihan dalam semua perkara.

Cara Solat Istikharah & Doa Istikharah

Kita sudah mengetahui asas solat sunat istikharah, dalil mengalakkan solat tersebut jika dalam dilema dan mengetahui hukum solat ini. Di samping itu, kami kongsikan cara atau tatacara solat yang sebenarnya.

Cara Melakukakn Solat Istikharah

solat istikharah jakim 1024x1024 2
Doa Istikharah

cara melakukan solat ini tersangatkah mudah untuk semua orang iaitu:

1. Membaca niat solat istikharah

Niat shalat istikharah dibaca sebelum takbir secara lisan serta dilafazkan dalam hati saat mengucapkan takbiratul ihram. Bacaan niatnya yaitu sebagai berikut.

أصلى سنة الإستخارة ركعتين لله تعالى

Bacaan latin: Ushollii sunnatal istikharati rak’ataini mustaqbilal qiblati adaa-an lillaahi ta’aala.

Artinya: “Saya niat sholat istikharah dua rakaat menghadap kiblat karena Allah ta’ala.”

2. Takbiratul ihram
3. Membaca surat-surat yang dibaca dalam surat istikharah
Para ulama menganjurkan saat melakukan sholat istikharah, hendaknya kita membaca surat Al-Fatihah, Al-kafirun dan Al-Ikhlas dengan beberapa ketentuan. Pada rakaat pertama membaca Al-Fatihah dan Al-Kafirun.

Lalu, di rakaat kedua membaca surat Al-Fatihah dan Al-Ikhlas. Bacaan setelah surat Al-Fatihah sebetulnya tidak harus, yang wajib yaitu membaca surat Al-Fatihahnya.

4. Rukuk
5. I’tidal
6. Sujud pertama
7. Duduk di antara dua sujud
8. Sujud kedua
9. Berdiri lagi untuk rakaat kedua yang dikerjakan sama seperti rakaat pertama
10. Tahiyat akhir
11. Salam

Doa Istikharah Menurut Hadis Nabi SAW

Setelah anda selesai solat maka anda dituntut untuk berdoa sebagaimana doa yang telah diajarkan dari Nabi Muhammad saw atau doa-doa yang berkaitan dengan hajat anda sesuai dengan doa dibawah :

doa istikharah 1024x1024 1
Doa Istikharah

Bacaan dalam rumi : Allahumma inni astakhii-ruka bi ‘ilmika, wa astaq-diruka bi qud-ratika, wa as-aluka min fadh-likal adziim, fa in-naka taq-diru wa laa aq-diru, wa ta’lamu wa laa a’lamu, wa anta ‘allaamul ghuyub.

Allahumma in kunta ta’lamu anna hadzal amra** khairan lii fii diinii wa ma’aasyi wa ‘aqibati amrii faq-dur-hu lii, wa yas-sirhu lii, tsumma baarik lii fiihi.

Wa in kunta ta’lamu anna hadzal amra** syarrun lii fii diinii wa ma’aasyi wa ‘aqibati amrii, fash-rifhu ‘annii was-rifnii ‘anhu, waqdur lial khaira haitsu kaana tsumma ardhi-nii bih.

Admin ingatkan waktu mustajab solat sunat istikharah adalah pada waktu malam(qiamulai) atau dipanggil satu pertiga malam. Sudah tentu setiap takdir dan pilihan kita pilih itulah yang terbaik untuk kita. Hanya perlu kita sahaja yakin dan ikhlas menerimanya dan menjalaninya. Semoga bermanfaat!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati