Dalam pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri mengumumkan kenaikan kadar sumbangan tunai rahmah STR 2024 bakal menjadi kenyataan dengan penambahan jumlah bagi semua kategori yang layak memohon. Program ini bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan menghadapi cabaran kos sara hidup.
Kerajaan telah bersetuju untuk meningkatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion atau 25 peratus, iaitu daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion. Perkara ini diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat hari ini. Beliau menyatakan bahawa peningkatan ini akan memberi manfaat kepada 9 juta penerima atau 60 peratus daripada penduduk dewasa Malaysia.
Jom dapatkan informasi terkini semasa dan viral dalam negara Malaysia melalui telegram rasmi sistem guru online:
STR 2024 : Kenaikan Ini untuk Rakyat
Isi Kandungan
Kadar minimum STR bagi golongan belia juga telah ditingkatkan dari RM350 kepada RM500.
Sementara bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya adalah maksimum RM300, untuk STR 2024, bayaran pertama STR telah dinaikkan kepada RM500.
Kategori baru isi rumah miskin dan miskin tegar yang terdaftar di dalam data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3,700 setahun bermula Januari 2024. Ini adalah peningkatan dari jumlah sebanyak RM3,100 pada tahun 2023.
Jumlah STR 2023 Bagi Semua Kategori
Kita ketahui bahawa sumbangan tunai rahmah ada kategori individu yang layak menerima. Jumlah bayaran setiap kategori adalah seperti berikut:
- Kategori Isi Rumah (Tiada Had Umur) dengan Pendapatan Bulanan RM2500 ke bawah dan Bilangan Anak 0:
- Jumlah bayaran adalah RM3700 setahun
- Kategori Isi Rumah Miskin Tegar
- Jumlah bayaran adalah RM1200(RM100 x 12)
- Kategori Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas) dengan Pendapatan Bulanan RM5000 ke bawah dan bilangan anak tiada:
- Jumlah bayaran adalah RM500.
- Kategori Bujang (21-59 tahun) dengan Pendapatan Bulanan RM2500 ke bawah:
- Jumlah bayaran adalah RM500.
NOTA : Sila ambil perhatian bahawa kategori dan jumlah bayaran mungkin berbeza bergantung kepada syarat dan ketentuan yang terbaru.
Jadual Pembayaran STR 2024 Mengikut Turutan
Berikut adalah jadual rasmi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 :
- Fasa 1 : Agihan bayaran pertama akan dinaikkan kepada RM 500 dan dijangka sebelum Ramadan.
- Fasa 2 : Belum ada ketetapan dari pihak kerajaan.
- Fasa 3 : Belum ada ketetapan dari pihak kerajaan.
- Fasa 4 : Belum ada ketetapan dari pihak kerajaan.
Jika anda merupakan penerima STR pada tahun 2023, sila rujuk jumlah bayaran yang akan diterima dalam Fasa 4 yang akan diagihkan tak lama lagi : STR Fasa 4 : Semakan Status & Jumlah Bayaran
Cara Semakan Status Pembayaran STR 2024
Untuk makluman kepada anda, adalah semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
Untuk mengakses MySTR, sila klik pada pautan log masuk dan
- masukkan nombor Mykad pemohon serta pengesahan kata kunci keselamatan.
- Setelah itu, anda akan dapat melihat maklumat seperti nama pemohon, nombor Mykad, status permohonan dan maklumat pembayaran untuk Fasa 1 (jika layak).
- Untuk menyemak pembayaran Fasa 1, klik pada menu yang berkaitan dan masukkan kata laluan yang diperlukan.
- Berikut adalah contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.
Seandainya Terlupa Kata Laluan MySTR
Sila ambil perhatian bahawa semua maklumat BKM tersedia dalam akaun MYSTR. Oleh itu, untuk mengakses akaun STR, anda perlu menggunakan kata laluan yang sama seperti yang digunakan dalam Portal BKM sebelum ini. Jika anda telah lupa kata laluan, sila klik pada pautan “Lupa Kata Laluan” untuk menetapkan semula kata laluan baru.
Untuk log masuk ke MySTR, anda memerlukan nombor MyKad dan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini. Jika anda mengalami masalah terlupa password BKM yang terdahulu, ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web STR di pautan yang diberikan.
- Klik pada pautan “Terlupa Kata Laluan”.
- Masukkan nombor MyKad 12 digit dan klik “Semak”.
- Masukkan alamat e-mel yang didaftarkan dan klik “Seterusnya”.
- Semak kata kunci keselamatan dan klik “Ya”.
- Jawab soalan keselamatan yang diberikan dan klik “Seterusnya”.
- Masukkan kata laluan baru dan pengesahan kata laluan. Klik “Tukar Kata Laluan”.
- Anda akan menerima notifikasi bahawa penukaran ID pemohon telah berjaya.
Sekiranya anda terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan anda dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.
Kadar Bantuan Tambahan SARA STR 2024
Kadar tambahan bayaran STR untuk tahun 2024 adalah sebanyak RM600 dan ia diperuntukkan khas kepada isi rumah yang tergolong dalam kategori miskin tegar. Kelayakan untuk kadar tambahan ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
- Terdaftar sebagai penerima Miskin Tegar dalam sistem e-Kasih
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar yang ditetapkan, iaitu RM1,200 menurut semakan agensi pendapatan
Bayaran tambahan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar bernilai RM100 untuk barangan makanan asas, dan ia akan diberikan selama tempoh 6 bulan.
Maklumat Lanjut
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai belanjawan 2024 yang telah dibentangkan baru-baru ini, sila rujuk :
Portal Belanjawan 2024 |
---|
Ketahui maklumat lanjut belanjawan 2024 |
FAQs STR 2024
Adakah semua pemohon STR perlu mendaftar semula MySTR?
Anda perlu mendaftar di dalam MySTR apabila anda membuat permohonan STR yang baru dan sebelum ini anda tidak pernah mendaftar. Sekiranya anda telah mendaftar sebelum ini sebagai penerima STR dalam Fasa 1, anda boleh menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan sebelum ini untuk Log Masuk ke dalam MySTR.
Belum membuat permohonan baharu STR, Permohonan baharu STR yang dikemukakan kepada Pejabat LHDNM belum disahkan oleh LHDNM.Anda perlu membuat Permohonan Baharu STR sekiranya masih belum
kemukakan Borang STR.
Apakah yang saya perlu buat jika saya sudah berjaya daftar?
Jika anda sudah berjaya daftar, anda dikehendaki untuk menuggu permohonan anda lulus atau tidak