Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Semakan Tawaran Dan Pendaftaran Sekolah Khusus sesi 2021

Tarikh Semakan Tawaran Dan Pendaftaran Sekolah Khusus sesi 2021
Tarikh Semakan Tawaran

Tarikh Semakan Tawaran dan Pendaftaran bagi Sekolah Khusus sesi 2021 telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sudah siap melakukan proses pentaksiran kemasukan pelajar ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021.

Berikut adalah antara sekolah-sekolah khusus yang terlibat:-

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD) di bawah Kementerian Pertahanan Malaysia

Tarikh Semakan Tawaran 

  1. Tingkatan 1 (Tarikh : 19 Mac 2021)
    • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  2. Tingkatan 4 (Tarikh : 23 Mac 2021)
    • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
    • Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
    • Sekolah Menengah Teknik
  3. Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia (1SVM) (Tarikh : 23 Mac 2021)
    • Kolej Vokasional
  4. Tingkatan 4 (Tarikh temuduga : 23 Mac 2021)
    • Maktab Tentera Diraja

Cara Semakan Tawaran 

Selain itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan tarikh pendaftaran ke Sekolah Khusus bagi pelajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat adalah pada:-

  • Tarikh : 6 April 2021 (Selasa)

Manakala bagi Maktab Tentera Diraja (MTD), tarikh pendaftaran akan dimaklumkan kelak melalui pautan link di bawah :

Kenyataan Media Kementerian Pendidikan Malaysia

Tarikh Semakan Tawaran Dan Pendaftaran Sekolah Khusus sesi 2021
Tarikh Semakan Tawaran
Tarikh Semakan Tawaran Dan Pendaftaran Sekolah Khusus
Tarikh Semakan Tawaran

Anda juga dapatkan kenyataan media dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam bentuk dokumen di sini:-

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

Pada akhir tahun 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) yang merupakan satu proses baru untuk memilih pelajar yang layak memasuki sekolah khusus bagi Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Seperti kita tahu, pihak kementerian telah membatalkan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) apabila sesi persekolahan tertangguh begitu lama akibat wabak Covid-19 yang menular di negara ini.

Justeru, Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) telah diwujudkan khas untuk menentukan pelajar-pelajar yang layak ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional dan juga Maktab Tentera Diraja.

Menurut Datuk Dr Habibah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Pelajaran berkata Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) adalah kaedah secara berpusat dengan melakukan pentaksiran standard melalui online menggunakan cara single entry point.

Ia merupakan sistem permohonan secara atas talian untuk kemasukan ke sekolah khusus dan menggunakan data padanan dari Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) terbahagi kepada tiga bahagian:-

  • Bahagian A (Kecerdasan insaniah)
    • Markah 20 peratus (%)
  • Bahagian B (Kecerdasan intelek, pengetahuan am dan penyelesaian masalah)
    • Markah 70 peratus (%)
  • Ujian Penulisan Esei
    • Tingkatan Satu : 100 patah perkataan
    • Tingkatan Empat : 250 patah perkataan

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus telah dijalankan pada 12 Oktober sehingga 23 Oktober 2020 bagi Tingkatan Satu dan pada 26 Oktober sehingga 6 November 2020 bagi Tingkatan Empat yang melibatkan 555 pusat peperiksaan.

Perkongsian 

Diharap artikel kami ini tentang Tarikh Semakan Tawaran Dan Pendaftaran Sekolah Khusus sesi 2021 dapat memberi panduan kepada guru-guru dan ibu bapa untuk menyemak samada pelajar atau anak-anak mereka layak memasuki sekolah khusus atau tidak. Semoga sesi persekolahan 2021 di negara ini dapat dilaksanakan di semua peringkat berjalan lancar. Kepada pelajar yang layak memasuki sekolah khusus, didahulukan dengan ucapan tahniah.

Sebelum ini kami ada kongsikan berkaitan Permohonan Pendaftaran Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Permohonan Ambilan Tingkatan Enam STAM di KISAS. Teruskan layari laman web kami Sistem Guru Online untuk mendapatkan pelbagai info berkaitan pendidikan, bantuan kerajaan dan info semasa.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati