Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

5 Doa Sembuh Penyakit Bagi Sesiapa Ditimpa Kesakitan Berpanjangan

Doa Sembuh Penyakit

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Ini admin ingin berkongsikan mengenai 5 doa sembuh penyakit dan amalan atau doa yang mustajab untuk kita amalkan bagi sesiapa yang dalam kesakitan atau saudara mara sakit, Kita sebagai orang Islam hendaklah menziarahi mereka dan mendoakan kepada mereka akan sembuhkan penyakit mereka.

Di samping itu, sudah tentu setiap orang yang sedang sakit mengharapkan kesembuhan seperti sediakala. Itu islam mengajarkan kepada kita selalu manfaatkan waktu sihat sebelum sakit kena itu adalah satu nikmat yang besar kerana jika kita sihat kita dapat beramal dan beribadah sebaik dan sepenuhnya sebelum datangnya waktu. Ikuti telegram Sistem Guru Online untuk mengetahui pelbagai maklumat yang bermanfaat untuk anda semua.

5 Lafaz Doa Sembuh Penyakit Berpanjangan

Kebiasaanya, diuji dengan sakit biasaannya kita akan mendatangi hospital atau doktor untuk meminta nasihat bagaimana untuk menyembuhkan penyakit yang kita hadapi. Pada masa yang sama, menganjurkan kepada kita untuk memohon doa kesembuhan daripada allah subhanahuwataala merupakan salah satu ikhtiar atau usaha yang diajarkan di dalam Islam.

Berikut kami kongsikan 5 lafaz doa yang merangkumi dari sumber al-quran dan sunnah untuk kita amalkan bagi untuk menyembuhkan penyakit kita.

5 Lafaz Doa Sembuh Penyakit
Doa mohon kesembuhan penyakit
Doa mohon diangkat penyakit
Doa patut dibaca ketika sakit
Doa untuk orang sakit
Doa memohin agar kesihatan badan sihat selalu

1. Doa Mohon Kesembuhan Penyakit

Doa ini diajarkan baginda SAW untuk kita amalkan agar diberikan kesembuhan penyakit. Memohon secara berterusan dan berharap gantunglah kepada Allah swt secara keseluruhan.

photo 2023 12 12 14 43 03
Doa Sembuh Penyakit

Maksud: Ya Allah, sembuhkanlah badanku. Ya Allah, sembuhkanlah pendengaranku. Ya Allah, sembuhkanlah penglihatanku. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kekafiran dan kefakiran. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, tiada Tuhan selain engkau. (HR Abu Daud).

2. Doa Mohon Diangkat Penyakit

Doa ini dibaca oleh Rasulullah SAW ketika baginda meruqyah salah seorang sahabat baginda dengan bacaan berikut:

photo 2023 12 12 14 43 07
Doa Sembuh Penyakit

Maksud: Sapulah(Angkat) penyakit ini tuhan sekalian manusia. Di tangan-Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Kau.

3. Doa Patut Dibaca Ketika Sakit

Doa ini diriwayatkan dalam sahih Muslim, iaitu dari Usman bin Abil Ash bahawasanya dia mengadu kepada baginda Rasulullah SAW berkaitan dengan penyakit yang menimpa dirinya. Lalu Rasulullah SAW memerintahkan kepadanya untuk membaca doa seperti dibawah:

photo 2023 12 12 14 43 08
Doa Sembuh Penyakit

Maksud: Dengan nama Allah,

Maksud: Aku berlindung dengan keagungan dan kekuasaan Allah dari kejahatan yang menimpaku dan yang aku takuti.”

4. Doa untuk Orang Sakit

Dalam islam kita diajar untuk medoakan kesembuhan penyakit kepada pesakit. Doa ini adalah untuk orang sajut dab dibaca oleh Rasulullah SAW ketika menziarahi sahabat baginda Salman Al-Farisi RA berdasarkan riawayat ibnu sunni.

Cara baca doa ini juga boleh dispesifikan kepada nama individu yang ingin kita doakan kesembuhan penyakitnya.

photo 2023 12 12 14 43 09
Doa Sembuh Penyakit

Maksud :Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam hal agama serta fisikmu sepanjang usia.

Oleh yang demikian, terdapat doa untuk orang sakit yang disunnahkan baca dan doa ini dianjurkan kepada pembaca untuk dibaca sebanyak 3 kali dan sapu pada badan pesakit dengan menggunakan tangan kanan. Berikut lafaz doa tersebut:

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا

Bacaan Rumi: Allaahumma rabban naasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syaafi. Laa syaafiya illā anta syifaa’an lā yughaadiru saqaman.

Maksud : Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tidak ada penawar selain dari penawar-Mu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit.

5. Doa Memohon Agar Kesihatan Badan Sihat Selalu

Berdasarkan dalam buku bertajuk doa mustajab dari Ustaz Lutfi Zamani mengenai bacaan doa memohon agar diber sihat selalu.

photo 2023 12 12 14 43 09 2
Doa Sembuh Penyakit

Maksud: “Wahai Dzat Yang Maha Hidup dan Maha Kekal, hanya dengan rahmat-Mu aku memohon pertolongan. Perbaikilah seluruh keadaanku, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dari-Mu). Dan jangan Engkau biarkan aku bergantung kepada siapapun dari manusia.” (Ath Thabrani, Al-Mu’jamu ash-Shaghir lith Thabrani, Juz 2 (Mesir: Muwaqi’u Jaamil Hadits, tt), hlm. 3).

Kelebihan Beramal dan Membaca Dia Sembuh Penyakit Kepada Diri Sendir Atau Orang Sakit

Nabi Muhammad SAW menyatakan dalam riwayat Abu Hurairah mengenai menunakan hak seorang muslim kepada muslim yang lain. Baginda bersabda :

“Hak seorang muslim atas Muslim lainnya ada enam; Apabila engkau bertemu dengannya berilah salam atasnya, apabila dia mengundangmu maka penuhi undangannya, apabila dia minta nasihatmu maka nasihatilah dia, apabila dia bersin dan memuji Allah SWT maka doakanlah, apabila dia sakit maka jenguklah, dan apabila dia meninggal maka ikuti jenazahnya.” (HR Muslim)

Dan dalam riwayat tirmizi baginda bersabda bagi sesiapa menjenguk sahabat muslim lain ketika sakit dengan berikut sabdaan baginda:

“Barang siapa menjenguk orang sakit atau mengunjungi saudaranya karena Allah SWT, niscaya akan diseru oleh penyeru, ‘Sungguh engkau telah baik dan baik pula perjalananmu, dan engkau telah menyiapkan tempat di surga.”

Semoga dengan perkongsian mengenai 5 doa sembuh penyakit untuk orang sakit atau diri sendiri dalam tak sihat ini dapat membantu anda beramal dan membaca secara penghayatan mendalam maknanya agar. Sebaik-baik ucapan lafaz dengan diikuti bersama memahami doa yang kita ungkapan kepada Allah SWT supaya diberika kesembuhan untuk kita.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati