Ramai antara kita yang dibelenggu dengan hutang. Artikel kali ini menerangkan doa bebas hutang yang anda boleh amalkan, hukum berhutang dan memberi hutang, serta akibat buruk jika tidak melunaskan hutang.
Apakah itu Doa Bebas Hutang?
Isi Kandungan
Doa bebas hutang adalah doa yang dibaca semasa anda dibelenggu hutang dan memohon pertolongan Allah swt untuk melunaskan hutang tersebut. Doa bebas hutang perlu diamalkan sebelum hendak tidur atau selepas solat.
Dari istilah Syara’, hutang adalah ‘pemberian hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan’ (al-Fiqh al-Manhaji).
Dalil Berkaitan Doa Bebas Hutang
Berdasarkan satu hadis, Abu Umamah mengatakan perasaan dukacitanya kepada Rasulullah saw berkenaan hutangnya. Rasulullah menjawab: “Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa jika kamu membacanya Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu.” Maka Baginda bersabda: “Ucapkanlah pada tiba waktu pada pagi dan petang bacaan ini;
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Hadis ‘Aisyah R.Anha memberitahu, bahawa Nabi SAW berdoa dalam solat sebelum salam:
اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari azab kubur, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah Dajjal, dan aku berlindung dengan Engkau dari fitnah semasa hidup dan saat kematian. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau dari dari perbuatan dosa dan kesusahan hutang.”
Hukum Meminjam Hutang
1. Haram : Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi dan seumpamnya |
2. Makruh: Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau menunjuk-nunjuk, ataupun penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang. |
3. Wajib: Jika pemiutang mengetahui orang yang berhutang amat memerlukan hutang tersebut untuk menampung hidupnya dan keluarganya dan tiada cara lain untuk dia memperolehinya kecuali dengan cara berhutang. |
Hukum Berhutang
1. Harus: Walau bagaimanapun dalam lain-lain perkara, hukum berhutang berubah mengikut keadaan. |
2. Wajib: Membayar hutang sehingga selesai, atau dilangsaikan oleh waris-warisnya atau wasi atau pentadbir yang dilantik melalui harta pusakanya jika penghutang telah meninggal dunia. |
Lafaz Doa Bebas Hutang
Berikut adalah lafaz doa untuk anda amalkan jika anda mempunyai bebanan hutang yang banyak. Bermohonlah doa kepada Allah swt, InsyaAllah doa anda dimakbulkanNya.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari sifat pengecut dan bakhil. Dan aku berlindung kepada Engkau dari bebanan hutang dan penindasan manusia.”
Perbuatan menunda atau mengelak untuk membayar hutang boleh membawa akibat buruk kepada anda. Ini kerana ajal dan maut tidak sama sekali diketahui, jika seseorang tidak dapat melunaskan hutangnya sebelum dia meninggal dunia, berikut merupakan akibat buruk yang akan alaminya.
1. Amal shalihnya ditukar ganti hutangnya di akhirat: Seseorang yang mati dalam keadaan hutangnya masih belum dilunaskan dan waris-warisnya tidak melangsaikan melalui harta pusaka si mati, maka pahala kebaikan si mati akan digantikan untuk membayar hutang tersebut. “Barangsiapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang satu dinar atau satu dirham, maka hutang tersebut akan dilunaskan dengan kebaikannya (di hari kiamat nanti) kerana di sana (akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (Hadis riwayat Ibnu Majah) |
2. Urusannya di akhirat tergantung: Hadis riwayat at-tarmizi; “Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dia melunaskannya.” Bergantung dalam hadis di atas menurut Al ‘Iroqiy adalah tidak boleh dikatakan selamat atau sengsara sampai dilihat hutang tersebut dilunas. |
3. Menghadap Allah dengan status pencuri: “Siapa saja yang berhutang lalu berniat tidak mahu melunaskannya, maka dia akan bertemu Allah (pada hari kiamat) dalam status sebagai pencuri.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah) |
4. Dosa tidak terampun meskipun mati syahid “Semua dosa orang yang mati syahid akan diampuni kecuali hutang.” (Hadis Riwayat Muslim) |
5. Orang yang berkemampuan tetapi melengahkan pembayaran hutang dianggap sebagai zalim. Hadis Rasulullah saw bermaksud: “Penundaan pembayaran hutang oleh orang yang mampu adalah suatu kezaliman.” (Riwayat al-Bukhari) |
Soalan FAQs Berkenaan Doa Bebas Hutang
Apakah maksud hutang?
Hutang adalah ‘pemberian hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan’.
Apakah doa bebas hutang?
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Apakah akibat buruk tidak membayar hutang jika telah meninggal dunia?
Dosa tidak terampun sekalipun mati syahid.