Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

9 Punca Resdung Beserta Petua Menghilangkan Resdung

9 Punca dan Ciri Resdung Beserta Petua Menghilangkan Simptomnya
9 Punca Resdung Beserta Petua Menghilangkan Resdung 6

Penyakit resdung ini telah berabad lamanya dialami oleh semua golongan usia seperti kanak-kanak sehingga orang tua malahan bayi juga boleh menghidapnya atas faktor tertentu.

Jadi di sini mari kita terokai tentang penyakit resdung berkaitan punca, ciri, petua dan berbagai lagi yang dapat kita pelajari untuk pengetahuan umum.

Definisi Resdung

9 Punca dan Ciri Resdung Beserta Petua Menghilangkan Simptomnya
9 Punca Resdung Beserta Petua Menghilangkan Resdung 7

Keradangan yang terjadi pada lapisan membran di bahagian rongga sinus yang tersumbat akan menyebabkan berlakunya resdung. Apabila lapisan ini mula tersumbat, organisma jahat seperti kulat, bakteria dan virus akan berkumpul dan membiak pada bahagian yang tersumbat yang seterusnya menyebabkan keradangan.

Tempat yang tersumbat juga akan dipenuhi oleh lendiran kuning atau kuning kehijauan dan lama kelamaan, mengganggu saluran pernafasan dan menyebabkan kesukaran bernafas.

Apakah Simptom Resdung?

Resdung adalah salah satu penyakit yang berpunca daripada alahan dan diketegorikan kepada dua iaitu Radang Sinus (Sinusitis) dan juga Alahan Hidung (Allergic Rhinitis). Ia melibatkan keradangan pada saluran hidung hingga menyebabkan beberapa simptom yang selalu berlaku pada pesakit resdung iaitu:

Gejala Sinusitis

  • Sakit muka pada bahagian sinus yang terlibat
  • Hingus pekat kekuningan & berbau
  • Hidung tersumbat
  • Kurang deria bau
  • Sakit kepala & sukar bernafas (teruk)

Gejala Allergic Rhinitis

  • Bersin yang berterusan, terutamanya waktu pagi
  • Hidung kerap berair
  • Hidung tersumbat
  • Gatal-gatal pada kawasan hidung & mata

Risiko dan Jenis Resdung

Resdung berisiko tinggi kepada sesiapa yang mengalami gejala atau simptom selsema yang dianggap biasa akan tetapi berlarutan sehingga lebih daripada 10 hari dan berjaga-jaga kerana anda mungkin berisiko dengan serangan daripada sinusitis atau resdung.

Resdung ini juga boleh dikaitkan dengan penyakit asma. Hidung akan mulai tersumbat dan menyebabkan kesukaran untuk bernafas apabila seseorang itu kerap bersin. Maka, jangan biarkan ianya menjadi dengan lebih teruk. Resdung juga mempunyai beberapa jenis iaitu:

Jenis ResdungHuraian
1. RINOSINUSITIS AKUTIa berlaku dalam tempoh dua minggu bermula dengan jangkitan rhinitis atau serangan alahan yang berulang-ulang yang serius pada hidung. Keadaan ini menyebabkan tersumbatnya hidung. Sekiranya resdung akut tidak dirawat dengan sempurna, cairan dalam rongga sinus itu tidak dapat dikeluarkan dengan rawatan. Sehubungan itu jangkitan akan berlaku berterusan, tetapi tahap keterukannya tidak seteruk resdung pada peringkat kronik.
2. RINOSINISITIS KRONIKSerangan resdung akut yang kerap berlaku akan menyebabkan penyakit ini berubah menjadi kronik. Seseorang yang menghidap resdung pada peringkat kronik, pesakit akan mengalami: Kegatalan pada bahagian muka yang teruk Jerawat yang banyak, ada juga individu yang tak berjerawat. Kerap bersin pada waktu pagi Ada kalanya hidung tersumbat Tanpa demam tetapi hingus bertambah Sakit pada bahagian muka berkurangan tetapi selalu sakit kepala Cecair hingus berwarna hijau dan berbau busuk. Ada kalanya bau busuk ini tidak dapat dirasai atau disedari oleh pesakit tetapi disedari oleh ahli keluarga atau rakan-rakan sekeliling.

Jenis Rawatan Terbaik untuk Resdung

Rawatan resdung mempunyai beberapa jenis iaitu secara tradisional ataupun moden. Terdapat beberapa jenis juga rawatan secara tradisonal yang boleh anda lakukan seperti berbekam atau carong lilin untuk merawat resdung. Berikut diatas adalah jenis rawatan resdung dari channel Ikram Rauhi.

Apakah Penyakit Resdung Boleh Membawa Maut?

9 Punca dan Ciri Resdung Beserta Petua Menghilangkan Simptomnya
9 Punca Resdung Beserta Petua Menghilangkan Resdung 8

Sekiranya penghidap resdung tidak mendapatkan rawatan dengan segera, radang pada ruang sinus akan merebak dan menyebabkan radang pada tulang tengkorak (osteomyelitis). Radang tersebut akan merebak ke mata menyebabkan kelopak mata bengkak dan sakit. Pandangan akan menjadi kabur dan sesetengah akan menjadi buta.

Bagi orang dewasa pula, resdung kronik boleh menyebabkan nanah bertakung dalam ruang sinus hadapan. Jika nanah tidak dapat dikeluarkan dari hidung, ia boleh dipenuhi bakteria. Risikonya, bakteria ini boleh memasuki otak dan menyebabkan jangkitan pada otak atau meningitis dan jika dibiarkan boleh membawa maut.

Punca Resdung Kronik

Kebanyakan faktor terjadinya resdung disebabkan oleh jangkitan ‘sinus’ bermula dari serangan selsema. Selsema pula berpunca daripada jangkitan virus selsema kepada individu yang menyebabkan tisu di dalam rongga hidung membengkak. Ia mengakibat cecair ‘sinus’ tidak dapat disingkirkan dan boleh menyebabkan resdung. Terdapat beberapa faktor juga penyebab berlakunya resdung:

FaktorJawapan
AlahanSesetengah alahan akan menyebabkan pembengkakkan pada bahagian muka dan rongga ‘sinus’. 
BakteriaJika selsema tidak sembuh dalam 10 hingga 15 hari, ada kemungkinan besar bakteria telah masuk campur dalam peperangan melawan sistem pertahanan badan bersama virus.
Polip hidungKetumbuhan benigna yang membesar dari hidung atau tisu ‘sinus’. Ketumbuhan ini juga boleh menyebabkan saluran ‘sinus’ tersumbat lalu menghalang mukus dari keluar jika bengkak terlalu teruk. 
Udara tercemar dan bahan kimiaBahan alahan dan pencermaran turut berada di dalam udara yang disedut setiap hari. Bahan kimia seperti di dalam bau minyak wangi yang kuat boleh menyebabkan kerengsangan pada sesetengah individu. 
Mandi di kolam renangKandungan klorin yang tinggi di dalam kolam renang boleh merengsakan lapisan hidung dan dinding ‘sinus’. Apabila melakukan aktiviti menyelam, tekanan yang tinggi boleh menolak air untuk masuk ke dalam rongga ‘sinus’ tanpa sengaja.
Jangkitan kulat- (Fungi) Jangkitan kulat adalah punca jangkitan pada ‘sinus’ yang paling jarang berlaku. Jangkitan kulat boleh berlaku pada individu yang sihat tetapi sering ditemui pada individu yang lemah sistem imunisasi diri.
MerokokSeperti udara yang tercemar, rokok dan asap rokok juga boleh merengsakan hidung dan mengakibatkan keradangan. Ini mendedahkan lagi pada risiko jangkitan di dinding ‘sinus’. 
Kekurangan air/udara yang keringApabila mukus terperangkap di dalam rongga hidung dalam jangka masa yang agak panjang, kandungan air akan tersejat lalu menyebabkan mukus semakin pekat. Hasilnya akan menyumbang kepada gejala resdung yang lebih teruk.Penghidap resdung dinasihati untuk mengambil air kosong secukupnya setiap hari. Doktor biasanya menasihati pesakit untuk sentiasa memastikan kandungan air adalah cukup bagi mengawal kelembapan semulajadi di dalam rongga hidung dan ‘sinus’.
Struktur hidung yang berbezaRisiko untuk mendapat jangkitan ‘sinus’ adalah tinggi apabila seorang individu dilahirkan dengan keadaan struktur hidung dan ‘sinus’ yang berbeza dari normal atau dengan polip.Saluran yang sempit, tumor dan lelangit yang terbuka boleh menutup bukaan di rongga ‘sinus’ lalu menghalang pembuangan mukus. Mukus yang gagal dibuang inilah yang menambah risiko jangkitan bakteria pada ‘sinus’. 

Tanda Resdung Kuat Pada Diri Seseorang

9 Punca dan Ciri Resdung Beserta Petua Menghilangkan Simptomnya
9 Punca Resdung Beserta Petua Menghilangkan Resdung 9

Tanda-tanda anda mengalami resdung yang teruk adalah apabila anda mengalami ciri-ciri seperti yang dibawah:

  1. Gatal-gatal pada bahagian hidung dan muka
  2. Kerap bersin
  3. Batuk gatal pada kerongkong
  4. Hidung tersumbat
  5. Telinga tersumbat
  6. Pening dan sakit kepala
  7. Kelemumur yang luar biasa
  8. Demam atau keletihan yang berpanjangan
  9. Sakit/berat pada bahagian mata, dahi dan pipi 
  10. Tidak dapat menghidu dengan baik
  11. Kerap batuk
  12. Sakit tekak
  13. Cepat marah
  14. Pening kepala
  15. Nafas berbau

Petua Menghilangkan Resdung

Terdapat juga beberapa tips berguna untuk anda hilangkan masalah resdung yang telah lama anda menghidap dengan menggunakan kaedah tradisional dan semula jadi. Berikut adalah tips berguna jika anda penghidap resdung:

Petua 1 : Elakkan Daripada Menerima Rawatan yang Salah

Pertama, elakkan segala rawatan yang bukan-bukan di luar sana dan sila patuhi kebersihan dalam tempoh merawat penyakit anda. Mengenalpasti punca alahan dengan menjalani “allergic skin test”.

Petua 2 : Jauhkan Diri Dari Kawasan Berhabuk

Kemudian, elakkan untuk berada di kawasan yang berhabuk, tempat yang sesak, kawasan tertutup yang tidak ada ruang pengudaraan yang bagus, berada di tempat yang sejuk dan lain-lain serta mengambil ubat yang diberi oleh doktor secara konsisten.

Petua 3 : Lakukan Pembedahan Segera Atas Nasihat Doktor

Selain itu, pembedahan yang diperlukan atas nasihat doktor bergantung dengan gejala yang anda alami. Elakkan segala punca yang menyebabkan resdung anda datang.

Sila kenalpasti punca-punca yang menyebabkan simptom anda menjadi-jadi kerana doktor sendiri sukar untuk mengenalpasti, berbanding pesakit.

Petua Hilangkan Resdung dan Makanan yang Bagus untuk Sinus

Petua Hilangkan Resdung dan Makanan yang Bagus untuk Sinus
9 Punca Resdung Beserta Petua Menghilangkan Resdung 10

Berikut adalah 16 petua secara tradisional dan semula jadi yang boleh menghilangkan resdung:

  1. Hidrasi
  2. Sedut wap air hangat
  3. Memampatkan muka dengan air hangat
  4. Lidah buaya
  5. Limau nipis dan daun pandan
  6. Kunyit atau halia
  7. Cuka epal dan madu
  8. Neti pot
  9. Air
  10. Stim
  11. Air garam (saline water)
  12. Vitamin C
  13. Probiotik
  14. Halia
  15. Cuka epal
  16. Bawang putih

Soalan FAQs Berkaitan Resdung

1. Apakah ubat terbaik buat resdung?

Salah satu ubat resdung terbaik ialah Neilmed Sinus Care dan pelbagai lagi.

2. Apakah yang patut dilakukan jika mengalami tanda resdung?

Segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

3. Adakah ulat resdung wujud?

Tidak wujud, ulat resdung digunakan untuk merawat resdung.

4.Siapakah yang mudah mengalami resdung?

Golongan yang mempunyai alahan hidung.

5.Dimanakah rawatan resdung boleh dilakukan?

Berjumpa dengan doktor pakar hidung dimana-mana klinik atau hospital.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Anda Mungkin Meminati