Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Himpunan Resepi Kek Tapak Kuda Viral

Himpunan Resepi Kek Tapak Kuda Viral

Baru-baru ini viral resepi kek tapak kuda, penangan kek tapak kuda viral ini, khususnya kek tapak kuda ustaz menyebabkan permintaan untuk mendapatkannya menjadi sangat tinggi! Sehingga kek tapak kuda selalu habis dengan cepat dan memerlukan usaha yang lebih bagi sesiapa yang ingin mendapatkannya.

Ada juga yang ikuti live ustaz tetapi tetap juga tidak berjaya untuk mendapatkanya, jadi, kali ini admin akan kongsikan resepi kek tapak kuda dengan pelbagai jenis resepi. Hal ini membolehkan sesiapa sahaja menikmati dengan kek dengan lazat ini dirumah tanpa perlu rasa kecewa jika tidak dapat merasa kek tapak kuda by ustaz. Jom cuba!

Ikuti Resepi Kek Tapak Kuda ini, Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah!

1 20231231 133947 0000

Apakah itu kek tapak kuda

Di beberapa tempat kek tapak kuda merujuk kepada kek yang dikenali sebagai Horse Hoof Cake di jepun, biasanya kek ini berbentuk tapak kuda dengan lapisan krim atau filling yang unik di dalamnya, namun ia juga boleh merujuk sejenis kek yang reka bentuknya menyerupai tapak kuda. Corak pada kek ini biasanya dibuat dengan corak bergelombang yang menyerupai tapak kuda.

Jenis-Jenis Kek Tapak Kuda

Terdapat beberapa jenis kek tapak kuda yang ada di pasaran, antaranya ialah:

  1. Kek tapak kuda nutella
  2. Kek tapak kuda red velvet
  3. Kek tapak kuda nutella crunchy
  4. Kek tapak kuda matcha crunchy

1) Resepi Kek Tapak Kuda Nutella

2 20231231 133947 0001

Bahan-bahan:

  • 3 biji telur
  • 3 biji kuning telur sahaja
  • 108g gula kastor
  • 66g tepung kek
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 81g butter (dicairkan)
  • 1 sudu besar ovallete
  • Esen vanila
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • Nutella

Cara-cara penyediaan:

  1. Putarkan telu, gula dan ovallet sehingga separuh kembang
  2. Masukkan tepung kek susu tepung dan putar sehingga betul-betul kembang
  3. Masukkan butter cair dan esen vanila guna teknik kaup balik sehingga sebati
  4. Bahagi adunan kepada dua bahagian satu bahagian dibiarkan kosong dan satu adunan lagi ditambah coklat emulso
  5. Alas baking paper pada tray 9×9, letak adunan coklat dahulu dan ratakan pada tray, lepas ratakan, hentak sikit tray.
  6. Adunan kosong dimasukkan ke dalam piping bag. piping di atas adunan coklat tadi perlahan-lahan sehingga habis
  7. Bakar ikut suhu oven anda sehingga masak
  8. Selepas bakar terbalikkan kek tadi ke atas baking paper perlahan-lahan kemudian potong kepada dua bahagian
  9. Sapu nutella pada permukaan kek tadi dan lipat perlahan-lahan kemudian alihkan ke plastik wrap dan wrap dengan ketat
  10. Masukkan ke dalam peti ais, ulang pada bahagian kedua juga. Satu adunan dapat dua roll tapak kuda (Noted: lepas 30 minit macam tu letak dalam peti ais boleh potong dan makan)

2) Resepi Kek Tapak Kuda Matcha Crunchy

IMG 20240101 075941 031 1
Himpunan Resepi Kek Tapak Kuda Viral 5

Bahan-bahan

  • 120g gula
  • 110g tepung kek
  • 1 tea spoon baking powder
  • 1 tea spoon ovalette
  • 1 tea spoon vanilla essence
  • 4 biji telur
  • 4 biji telur kuning
  • 150g mentega di cairkan

Chocolate Layer

  • 2 sudu serbuk koko
  • 1 sudu kecil emulco chocolate

Crunchy Matcha Spread

  • White chocolate 1 cawan
  • minyak sayuran ½ cawan
  • serbuk matcha 2 sudu besar
  • 2 cawan setengah instant cereal flakes (ada jual di bakery)

Cara-cara penyediaan:

  1. Masukkan 4 biji telur gred A dan 4 biji kuning telur putarkan, dan masukkan 120g gula,1 tea spoon ovalette, 110g tepung kek dan 1 tea spoon baking powder, putarkan, sampailah dia jadi macam kembang putih macam viping cream selepas itu, masukkan butter cair.
  2. Bahagikan kepada dua bahagian, ambil satu bahagian tadi untuk chocolate layer dan masukkan serbuk koko, emulco chocolate. Gaul
  3. Kemudian masukkan dalam tray 9×9 untuk layer yang pertama, ratakan dengan rapi
  4. Untuk layer kedua, masukkan adunan kosong yang dibahagi dua tadi diatas layer pertama
  5. Ambil lebihan chocolate layer tadi dan buat bentuk memanjang serong, kemudian guna lidi dan tarik ke depan untuk hasilkan corak yang cantik
  6. Bakar suhu 170°C antara 30-35minit
  7. Untuk crunchy matcha, panaskan minyak dan masukkan White chocolate 1 cawan, tunggu sehingga cair dan masukkan bahan-bahan Seterusnya. Iaitu, serbuk matcha 2 sudu besar, gaul sehingga cair
  8. Bila dia dah betul-betul sejuk barulah masukkan 2 cawan setengah instant cereal flakes, gaul sebati.
  9. pipingkan nutella dan matcha pada permukaan kek tadi dan lipat perlahan-lahan kemudian alihkan ke plastik wrap dan wrap dengan ketat.
  10. kek tapak kuda dah siap dan bersedia untuk dimakan!

Ikuti langkah resepi kek tapak kuda melalui tiktok : @Ariz Lufias

Dengan resipi kek tapak kuda ini anda dapat mencipta kek yang unik dengan corak menarik, memuaskan selera rasa yang sedap dan pastinya menjadi kegemaran di kalangan keluarga dan anak-anak anda. Selamat mencuba dan nikmati setiap gigitannya!

Soalan FAQs Berkenaan Resepi Kek Tapak Kuda

Adakah resepi kek tapak kuda boleh ditukar kepada tepung gandum?

Berdasarkan kajian boleh gunakan tepung gandum dalam hasilkan kek tapak kuda tetapi perlu letak satu sudu teh baking powder untuk hasil yang lebih baik.
Kesannya kek tidak akan mudah patah ketika proses piping, selain itu juga perbezaan antara keduanya apabila kita menggunakan gandum kek akan menjadi lebih berat dan kalau tepung kek dia akan lebih ringan.

Mengapakah kita perlu tunggu macha sejuk dahulu sebelum masukkan instant flakes?

Ini kerana sekiranya kita masukkan instant cereal flakes ketika macha tengah panas. kesannya cereal flakes akan lembik dan tidak crunchy.

Apakah jenis gred telur untuk digunakan dalam resepi kek tapak kuda?

Pelbagai jenis gred telur boleh digunakan dalam resipi ini, sekiranya anda ingin campurkan jenis gred telur pun dibolehkan dan lebih baik.

Berapakah yang anda akan dapat dalam satu adunan?

Satu adunan anda akan dapat dua roll, 9 inci kek tapak kuda

Apakah terdapat petua resepi kek tapak kuda yang khusus?

1. ketika gulung, pastikan sejuk. Untuk mengelakkan kek pecah, sekiranya pecah boleh jadi asbab dari overbake.
2. Ovalet merupakan produk penting, sekiranya anda betul-betul tiada bahan ini anda boleh gantikan dengan satu sudu kecil baking powder dan satu sudu kecil soda.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Yumni Khans
Yumni Khans
'Kita bukan diciptakan untuk berputus asa..'

Anda Mungkin Meminati