Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Pengambilan Jawatan LGM Januari 2025 Dibuka Pelbagai Negeri

Jawatan LGM Januari 2025
Pengambilan Jawatan LGM Januari 2025 Dibuka Pelbagai Negeri 3

Info jawatan LGM Januari 2025. Lembaga Getah Malaysia (LGM) kembali membuka peluang kerjaya buat warganegara Malaysia yang berkelayakan. Pengambilan terkini ini menawarkan pelbagai jawatan dengan bidang kepakaran yang berbeza dan berpotensi tinggi, khususnya buat anda yang memiliki semangat dan komitmen untuk memajukan sektor getah negara.

Oleh itu, inilah masa terbaik untuk merebut peluang menyertai organisasi yang berwibawa dalam memacu kemajuan industri getah Malaysia. Ayuh, mohon jawatan kosong LGM Januari 2025 sekarang!

Maklumat Jawatan LGM Januari 2025

Jawatan LGM Januari 2025

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam jawatan seperti berikut:

Berikut adalah senarai jawatan berserta gred:

  • Pegawai Penyelidik (Q9/Q10/Q12/Q13/Q14)
  • Arkitek (J10)
  • Juruukur Bahan (J10)
  • Akauntan (WA10)
  • Pegawai Teknologi Maklumat (F9)
  • Pegawai Tadbir (N9) – Tetap
  • Pegawai Tadbir (N9) – Kontrak
  • Akauntan (WA9)
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/ Operasi) (N1)

Tempoh Permohonan Jawatan LGM Januari 2025

Bagi anda yang berminat, sila rujuk tarikh tutup permohonan yang dinyatakan iaitu pada 14 Januari 2025 dalam iklan rasmi. Pastikan anda menghantar permohonan sebelum tarikh tutup tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Ambil tindakan segera kerana permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Syarat Mohon Jawatan LGM Januari 2025

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 56 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Cara Mohon Jawatan LGM Januari 2025

Untuk membuat permohonan, anda boleh terus melayari laman web rasmi Lembaga Getah Malaysia melalui pautan berikut:

Di sana, anda boleh menyemak maklumat lengkap berkaitan kelayakan, syarat serta panduan permohonan terkini bagi setiap jawatan. Jangan lepaskan peluang ini untuk membina kerjaya cemerlang bersama Lembaga Getah Malaysia. Segera hantar permohonan sebelum tarikh tutup dan semoga berjaya!

1 komen

  1. Memohon peluang pekerjaan dalam industry LGM. Segala hal dark oada oihak berkenaan saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati