Terbaru! Cara Pengeluaran KWSP RM10000, Mohon Segera!. Pengumuman terbaru daripada kerajaan Malaysia yang mana pencarum KWSP yang berumur bawah umur 55 tahun layak mengeluarkan wang simpanan RM10,000 secara “One-Off”. Ini adalah pengeluaran daripada KWSP yang membenarkan pencarum muda bawah umur 55 tahun mengeluarkan wang simpana RM10,000 secara one-off. Ianya berita baik daripada Kerajaan Malaysia kerana dengan pengeluaran khas tersebut akan dapat membantu sejumlah besar rakyat Malaysia yang terjejas.
Seperti mana yang diumumkan oleh Kerajaan Malaysia pengeluaran Khas KWSP RM10,000 ini sah dari 1 April – 30 April 2022.
Info Terkini : Admin baru terima info mengenai cara menyemak status lulus pengeluaran khas. CARA SEMAK LULUS PENGELUARAN KHAS KWSP
Berkenaan pengumuman terbaru iaitu pengeluaran khas KWSP RM10,000 adalah berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan, Tengku Zafrul. Oleh itu, dengan berita gembira ini khas kepada pencarum-pencarum KWSP dinasihatkan agar menggunakan wang pengeluaran dengan baik.
Pengeluaran KWSP RM10000 Secara One-Off Oleh Pencarum KWSP
Isi Kandungan
Tarikh bagi permohonan KWSP melalui secara online adalah dari 1-30 April 2022. Ini adalah tempoh sebulan bagi permohonan kepada mereka yang ingin membuat permohonan pengeluaran wang simpanan KWSP dan tempoh sebulan tersebut hanya sah melalui online sahaja. Manakala bagi tempoh pembayaran oleh KWSP pula bermula dari tarikh 20 April 2022. Pihak KWSP akan menyemak terdahulu butiran permohonan sebelum meluluskan permohonan pemohon ini adalah kerana berdasarkan kecaknaan sistem KWSP.
Jumlah pengeluaran pula adalah maksimum RM10,000 dan minimum adalah sebanyak RM50. Pengeluaran wang KWSP adalah secara One-Off. Jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2. Jika baki akaun 2 tidak mencukupi akaun 1 akan diakses.
Siapa Yang Layak Memohon?
- Permohonan adalah untuk khas kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah
- Ia Termasuk bukan warganegara & pemastautin tetap
- Dan mesti ada sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP
Berapa Kadar Yang Boleh Dikeluarkan?
Kadar jumlah pengeluaran pula adalah maksimum RM10,000 dan minimum adalah sebanyak RM50. Pengeluaran wang KWSP merupakan secara One-Off. Setiap jumlah pengeluaran tertakluk kepada baki Akaun 2. Dan jika baki akaun 2 tidak mencukupi akaun 1 akan diakses.
Cara Permohonan Pengeluaran RM10,000 KWSP Secara One-Off
Permohonan pengeluaran RM10,000 KWSP boleh dibuat secara online sahaja. Pemohon diminta untuk melengkapkan butiran permohonan dahulu sebelum memohon untuk memudahkan urusan proses semak dan kelulusan pengeluaran KWSP.
Berikut merupakan langkah-langkah pengeluaran KWSP :
- Sila layari website pengeluarankhas.kwsp.gov.my (dibuka 1 April 2022, 12.01AM)
- Klik Mohon Sekarang.
- Isi Nombor IC & Nombor Telefon anda.
- Klik Teruskan dan masukkan Nombor OTP atau Soalan Keselamatan.
- Letak AMAUN PILIHAN PENGELUARAN anda.
- Skrin akan paparkan jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan.
- Taip Amaun Pilihan Pengeluaran.
- Klik Teruskan.
- Isi lengkap Maklumat Pemohon, Maklumat Pembayaran dan kaji selidik, tekan Teruskan.
- Tekan Hantar. Dan Selesai!
Berapa Lama Tempoh Pembayaran KWSP?
Tempoh pembayaran KWSP bagi permohonan yang lulus adalah bermula pada 20 April 2022. Jika permohonan anda tidak lulus, anda boleh membuat permohonan selepas tarikh permohonan dibuka nanti.
Pertanyaan Lanjut
- Sila layari website rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
- Anda boleh bertanya ELYA di laman web rasmi KWSP
- Anda boleh hubungi di talian Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848
“Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 Membantu Meringankan Beban Pencarum KWSP”
Syukur dan Tahniah diucapkan kepada pencarum-pencarum KWSP atas kebenaran pengeluaran wang KWSP RM10,000 secara One-Off yang memanfaatkan ribuan pencarum. Kerajaan Malaysia amatlah prihatin akan luahan rakyat Malaysia. Sumbangan bantuan juga wajar dipertingkatkan oleh kerajaan Malaysia dalam usaha membantu rakyat yang terkesan. Hidup Rakyat!