Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

24 Senarai Kurma Israel di Malaysia yang Perlu Kita Elakkan

SENARAI KURMA ISRAEL BOIKOT

Bagaimana kurma Israel di Malaysia? Makluman penting untuk masyarakat umat islam di Malaysia dalam memilih jenama kurma! Apabila tiba sahaja bulan ramadan pasti ramai yang akan membeli buah kurma sebagai hidangan dan mengikut sunnah.

Namun amat menyedihkan sekali, rupa-rupanya tanpa kita sedar telah terbeli beberapa jenama kurma dari negara haram Israel. Kurma mereka mempunyai akses yang mudah untuk kita dapat di mana-mana pasaran.

Kita sudah ketahui bahawa mereka melakukan kekejaman kepada penduduk Palestine, oleh itu, pelbagai usaha kita lakukan antarannya elakkan dari menyokong dan menyumbang ekonomi kepada mereka.

Kepentingan Untuk Elakkan Membeli Kurma Israel di Malaysia

Sebagai bangsa yang mempunyai perikemanusiaan, anda tidak perlu menjadi seorang islam untuk menyokong dan bersolidariti kepada bangsa Palestine yang kini ditindas. Bagaimana kita boleh berdiam diri sahaja tanpa melakukan apa-apa tindakan.

Terdapat banyak cara untuk memberi tekanan dan cara boikot bagi negara yang melakukan kezaliman dan kekejaman.

Adakah Boikot Produk Jenama Israel Berhasil?

image 44
24 Senarai Kurma Israel di Malaysia yang Perlu Kita Elakkan 9

Pelbagai usaha rakyat Malaysia dalam memboikot jenama Israel dan beberapa syarikat yang secara jelas menyatakan sokongan terhadap rejim Zionis telah membuahkan hasil apabila produk tersebut tidak lagi mendapat sambutan di pasaran negara.

Jelas pengerusi Boikot, Pelupusan Pelaburan dan Sekatan (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail, permintaan yang terjejas bagi produk Israel memberi kesan kepada syarikat pengeluar berdepan kerugian seterusnya menghentikan pengeluaran produk.

Terdapat beberapa strategi memboikot yang akan memberi kesan maksimum kepada ekonomi Israel tetapi ia perlu dilakukan secara konteks global.

Pihak BDS juga terdiri daripada masyarakat antarabangsa bukan sahaja berada di Malaysia tetapi melibatkan beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Timur Tengah, Eropah, Australia dan Jepun. Mereka akan giat memberi kesedaran awam mengenai kempen mereka.

Perlu juga untuk pilih sasaran bagi boikot dan jangan diboikot semua kerana nanti mudah putus asa. Menurut BDS juga mereka aktif mengumumkan perkembangan baharu bagi syarikat yang perlu diambil perhatian.

Seruan Dari BDS

Pada tahun 2005 masyarakat Palestin telah memulakan seruan agar orang yang berhati nurani di seluruh dunia memboikot, Melupuskan serta menghukum Israel sehingga ia mematuhi undang-undang antarabangsa dan memberi hak Palestin.

Gesaan itu diperakui oleh lebih 170 pertubuhan Palestin yang mewakili semua aspek masyarakat termasuk petani. Oleh itu, isu melibatkan kurma Israel adalah besar buat mereka yang menyokong dan bersolidariti untuk Palestine.

Bagaimana Industri Kurma di Israel?

image 45
24 Senarai Kurma Israel di Malaysia yang Perlu Kita Elakkan 10

Faktanya, Israel dilabel sebagai nombor tiga terbesar pengeluar kurma pada tahun 2014 dengan nialain 151 juta USD.

Di negara Israel, industri kurma antara aktiviti pertanian yang diberi keutamaan yang mana hampir separuh tempat di Israel yanng berada di Lembah Jordan. Mereka membuat tanaman dengan menguntungkan serta secara jelas menyumbang ekonomi negara.

Mengikut data, kebanyakan tanaman kurma Israel berjumlah 80% dieksport ke eropah yang mana ia memperoleh sebanyak 10% bahagian pasaran. Terdapat dua syarikat besar kurma Israel iaitu Agrexco dan Hadiklaim.

Untuk pengetahuan, Agrexco adalah syarikat Kurma Israel dimilike negara mereka yang menguruskan kira-kira 60% ke 70% semua barangan dihasilkan dalam penempatan haram Israel.

Senarai Kurma Israel yang Perlu Elak dan Diberi Perhatian

Untuk makluman, 3 dari 4 kurma Medjoul adalah berasal dari Israel. Disarankan kepada awam untuk elakkan kurma Medjoul kecuali sumber sahih dari Palestine seperti Zaytoun dan Yaffa.

Senarai Kurma Israel di Malaysia yang Perlu Kita Elakkan

Taktik Israel banyak digunakan bagi mendapat permintaan dari pasaran semasa bulan Ramadhan. Oleh itu, anda perlu berhati dan sentiasa cakna akan senarai jenis kurma Israel yang perlu dielakkan.

Berikut adalah senarai jenis kurma Israel di pasaran. Mohon berhati-hati dengan jenama seperti dibawah:

  1. Anna and Sarah
  2. Hadiklaim
  3. Bomaja
  4. Jordan Plains
  5. Bonbierra
  6. Carmel
  7. Jordan River
  8. Delilah
  9. Kalahari
  10. Desert Diamond
  11. Fancy Medjoul
  12. Red Sea
  13. Royal Treasure
  14. Shams
  15. Karsten Farms
  16. Sincerely Nuts
  17. King Solomon
  18. Star Dates
  19. Mehadrin
  20. Tamara Barhi
  21. NavaFresh
  22. Premium Medjoul
  23. Rapunzel
  24. Urban Platter
image 41
24 Senarai Kurma Israel di Malaysia yang Perlu Kita Elakkan 11
image 40
24 Senarai Kurma Israel di Malaysia yang Perlu Kita Elakkan 12
image 42
24 Senarai Kurma Israel di Malaysia yang Perlu Kita Elakkan 13
image 43
24 Senarai Kurma Israel di Malaysia yang Perlu Kita Elakkan 14

Rayuan dari Bumi Palestine

Aktivis pernah melawat perkampungan Palestin Fasayl di Lembah Jordan dan mendapati bahawa penduduk kampung perlahan-lahan dipaksa keluar dari tanah mereka oleh tentera Israel untuk pembesaran penempatan.

Satu-satunya mata pencarian yang terbuka kepada mereka ialah bekerja dalam penempatan Israel yang sama. Penduduk Palestin yang tanahnya telah dicuri dan dipaksa bekerja untuk penempatan (termasuk dua kanak-kanak di bawah umur 12 tahun), untuk menyara keluarga mereka.

Rakyat Palestine mempunyai mesej untuk aktivis, rayuan untuk sesiapa sahaja yang mahu mendengar, iaitu ambil tindakan terhadap syarikat yang menyokong apartheid Israel! Jadi, ayuhlah bersama-sama kita memupuk kesedaran perikemanusiaan bersama.

2 KOMEN

  1. Menghairan kenapa barangan tersebut masih boleh masuk ka Malaysia tanpa kawalan pihak2 berwajib terutama KASTAM DIRAJA MALAYSIA.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati