Join WhatsApp Group Info SGO
Apa itu Penjana? Berdasarkan rekod statistic yang ada, hampir 300,000 rakyat Malaysia direkodkan sedang mencari pekerjaan.
Mereka yang terdiri dari pelbagai kategori seperti graduan pengajian tinggi, lepasan sekolah, berumur kurang dan lebih 40 tahun serta golongan orang kelainan upaya.
Insentif ini diwujudkan untuk menggalakkan pengambilan pekerja dengan menyediakan insentif kewangan kepada majikan dan dijangka tempoh pelaksanaan bermula pertengahan Jun sehingga Disember 2020.
PENJANA : MEMPERKASAKAN RAKYAT | PROGRAM INSENTIF PENGAMBILAN PEKERJA & BANTUAN LATIHAN
Antara kategori rakyat yang bakal menikmati insentif ini adalah :
- Golongan belia :
- Program perantis bagi graduan dan lepasan sekolah
- Pemberian elaun latihan sebanyak Rm600 sebulan selama 6 bulan
- Golongan penganggur dan orang kelainan upaya :
- Bawah 40 tahun : Rm800 sebulan selama 6 bulan
- 40 tahun ke atas dan golongan orang kelainan upaya : Rm1000 sebulan selama 6 bulan
- Elaun latihan sebanyak Rm4000 akan diberikan bagi mereka yang hilang pekerjaan dan bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan.