Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Makluman Terbaru : BKM Fasa 4 Akan Disalurkan Bermula 15 November Ini |Pemohon Dinasihatkan Untuk Membuat Semakan Akhir Segera

Tarikh Rasmi bayaran bkm fasa 4

Makluman Terbaru : BKM Fasa 4 Akan Disalurkan Bermula 15 November Ini | Pemohon Dinasihatkan Untuk Membuat Semakan Akhir Segera. Berita terbaru diterima Perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri baru saja mengumunkan tarikh rasmi pembayaran bagi bkm fasa 4 akan mula disalurkan bermula 15 November ini.

Ini merupakan berita gembira kepada rakyat Malaysia yang menunggu-nunggu berita berkenaan pemberian bantuan keluarga Malaysia yang diperkenalkan sejak bermula awal tahun lagi dengan pembayaran bermula fasa 1 pada bulan 3.

Menurut Perdana menteri, pengumuman mengenai bkm fasa 4 ini adalah dipercepatkan daripada tarikh asal ini adalah kerana untuk membuat persediaan bagi menghadapi Monsun Timur Laut(MTL) yang dijangka akan berlaku pertengahan November nanti.

Sertai Telegram sistem guru online untuk mendapatkan info terkini maklumat penting dan lain-lain lagi pemberitahuan yang akan kami update dari semasa ke semasa:

Makluman Terbaru : BKM Fasa Akan Disalurkan Bermula 15 November Ini |Pemohon Dinasihatkan Untuk Membuat Semakan Akhir Segera

Bantuan Tunai Rakyat BTR 2023 Kategori Keluarga Diawalkan

Bilakah Tempoh Pembayaran BKM Fasa Bermula?

Untuk pengetahuan kepada semua, pihak kerajaan telah mengumumkan bantuan bagi BKM Fasa 4 akan mula disalurkan bermula 15 November dan dijangka tamat pengkreditan bayaran BKM Fasa 4 pada 18 November 2022.

Bagaimanakah Tempoh Permohonan Rayuan BKM?

Mengenai tempoh permohonan rayuan BKM bagi fasa masih belum dimuktamadkan dan dikeluarkan makluman terbaru daripada Perdana menteri sendiri dan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengenai bilakah tempoh permohonan rayuan bagi mereka yang tidak layak atau lulus pemberian bayaran BKM fasa

Jika diikutkan pada tempoh permohonan rayua BKM fasa 4, tempoh permohonan rayuan dibuka semasa tempoh pengkreditan bermula sehingga tamat tempoh pengkreditan.

Sebanyak 8 Billion Ringgit Diperuntukkan Untuk BKM Tahun 2022

Menurut kerajaan Malaysia, sebanyak RM8 billion diperlukan dalam pemberian bantuan keluarga Malaysia yang memanfaatkan sebanyak 8.7 juta penerima bagi tahun 2022. Kerajaan Malaysia sememangnya memanfaatkan dana yang diperuntukkan untuk membantu para rakyat yang terbeban dengan keadaan ekonomi yang kini dalam keadaan mencabar.

Kini bantuan BKM bagi fasa 4 telah diumumkan tarikh rasmi pengkreditan, anda boleh membuat semakan dan mengemaskini maklumat agar urusan pengkreditan anda berjalan dengan lancar dan tiada masalah semasa tempoh pengkreditan bermula iaitu 15 November 2022.

Semakan Akhir Dan Rayuan BKM Fasa Tahun 2022

Semakan BKM Fasa 4 Merupakan Semakan Akhir..

Makluman kepada para penerima bantuan BKM, anda boleh membuat kemaskini semula maklumat sekiranya terdapat perubahan atau penambahan maklumat seperti :

  • berkenaan gaji semasa,
  • bilangan tanggungan anak dan
  • maklumat seperti nombor telefon serta nombor akaun bank.

Membuat semakan bagi persediaan pembayaran BKM Fasa 4 adalah semakan yang penting kerana ia merupakan semakan terakhir bagi pembayaran pkn yang akan melabuhkan tirai selepas melalui 4 fasa pembayaran bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).

Cara Kemaskini Butiran BKM Fasa 4

Bagi mereka yang ingin membuat kemaskini butiran BKM bagi fasa 4 adalah dikehendaki untuk membuat kemaskini berdasarkan maklumat daripada pihak LHDN yang portal bagi BKM diselia oleh LHDN.

LHDN bertanggungjawab dalam memastikan urusan pembayaran bkm berjalan lancar dan selaras dengan penetapan oleh pihak kerajaan Malaysia iaitu mengkreditkan jumlah bayaran PKM mengikut kategori yang layak serta menepati syarat bagi Bantuan Keluarga Malaysia tahun 2022.

Untuk setakat ini tiada maklumat rasmi daripada pihak LHDN yang mana diberitahu bila akan dibuka portal untuk kemaskini maklumat butiran untuk pembayaran BKM Fasa 4.

Nota: Anda dinasihatkan untuk membuat semakan akhir bagi pembayaran fasa empat kerana selepas selesainya pemberian bantuan BTN bagi fasa 4 iaitu tarikh 18 November 2022. Oleh itu diminta kepada para mohon untuk lebih cakna dengan pemberian Bantuan BKM fasa 4 yang merupakan yang terakhir.

Bagaimana Dengan Makluman Mengenai Rayuan BKM Bagi Fasa 4?

Mengenai rayuan BKM fasa 4 pula masih belum dimaklumkan bila tempoh bagi membuat rayuan BKM Akan diberitahu oleh pihak LHDN di laman rasmi portal BKM. https://bkm.hasil.gov.my/

Bagaimanakah Saya Boleh Membuat Semakan Rayuan Bagi BKM Fasa 4 Nanti?

Segala mengenai apa-apa pengemaskinian bagi semakan serta rayuan mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah dirujuk pada portal rasmi pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang kebiasaannya membuka bermula pada tempoh pengkreditan bayaran BKM bermula.

Diharapkan kepada penerima BKM untuk terus cakna akan pemberitahuan daripada pihak LHDN yang dari semasa ke semasa akan kami update di telegram sistem guru online.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati