Ini Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Perlu Ke Bank 2023. Isu kos sara hidup khususnya berkaitan harga barang yang semakin memberi tekanan kepada kehidupan rakyat Malaysia kini menjadi keutamaan pentadbiran di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri menegaskan, walaupun kekuatan ringgit dan Pasaran Saham menunjukkan perkembangan positif selepas pembentukan kerajaan baharu, beliau tetap mahu memberi tumpuan kepada aspek kos sara hidup dan mencari jalan penyelesaian.
Selain itu juga, dikala musim kegawatan ekonomi ini, begitu ramai yang memerlukan bantuan kewangan, ada diantara mereka yang mungkin terpaksa mengambil keputusan untuk mengeluarkan duit ASB anda demi kelangsungan hidup di waktu kos sara hidup yang kian meningkat ini. Pelbagai cabaran dan dugaan yang terpaksa dihadapi rakyat terutama selepas berlaku musim pandemik Covid-19 yang meninggalkan kesan begitu besar buat rakyat Malaysia sehinggakan ada rakyat yang terpaksa mengambil keputusan untuk mengorbankan nyawa sendiri akibat tertekan dengan ekonomi dan hilang punca pendapatan.
Oleh itu, di sini kami mengajarkan beberapa cara untuk bantu anda agar mudah untuk mengeluarkan duit simpanan anda di ASB. Sila ikuti cara ini dengan baik.
Ini Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Perlu Ke Bank 2023
Isi Kandungan
Untuk makluman semua, perkongsian cara pengeluaran duit ASB ini anda boleh ikutinya dengan baik dan fahami langkah-langkah yang telah diberikan sebagaimana di bawah supaya anda tidak tersilap langkah dan cara pengeluaran.
Sila ikuti dan lihat langkah-langkah cara keluarkan duit asb online di bawah:
- Anda perlu daftar sebagai pengguna sekiranya anda pertama kali menggunakan Portal myASNB ini.
- Anda perlu tekan DAFTAR & isikan maklumat bagi pengguna
- Log masuk seperti biasa apabila mendaftar.
- kemMasukkan ID & KATA LALUAN.
- Klik pada menu PORTFOLIO
- Klik pada butang TRANSAKSI (rujuk gambar di bawah)
- Pilih pada JUALAN SEMULA Baca & fahami notis DEKLARASI.
- Masukkan jumlah RM yang anda ingin keluarkan wang ASB.
- Tandakan ✓ pada kotak Pengesahan.
- Tekan pada butang CONTINUE Klik TAC REQUEST & anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.
- Masukkan nombor TAC yang anda terima.
- Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan pada skrin.
- Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 2-3 hari bekerja.
- Selesai!
Makluman: Sebelum mendaftar, peserta yang belum mengemaskini nombor telefon hendaklah terlebih dahulu berbuat demikian di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa kad pengenalan anda bersama anda untuk tujuan pengesahan.
Langkah-langkah Mengeluarkan Duit ASB Secara Online
Berikut adalah gambar-gambar yang diberikan untuk memudahkan anda merujuknya
Baca juga:
- Bantuan Tunai Rakyat Kategori Bujang 2023
- Senarai Bantuan Kerajaan Januari 2023 Semak Kelayakan Anda
- Permohonan Rumah PR1MA Mampu Milik 2023 Ini Cara Daftar
- Bantuan Khas BERNAS RM60 Juta Pesawah Seluruh Negara
- Bantuan Awal Persekolahan 2023
Info Tambahan Mengenai Pengeluaran ASB Online
Berapakah Had Pengeluaran Yang Dibenarkan ASB Online:
- Had pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah hanya RM1000 untuk sebulan, terkumpul daripada akaun Unit Dipercayai ASNB pemegang unit.
- Jumlah minimum untuk pengeluaran ialah RM100.
- Transaksi penuh dibenarkan hanya 3 kali sebulan.
- Peserta hanya boleh mengeluarkan wang dari akaun mereka sendiri.
Bagi mengeluarkan wang dalam jumlah yang begitu besar, pemegang unit boleh berbuat seperti demikian di Cawangan atau Ejen ASNB. Untuk makluman pemegang, had maksimum untuk pengeluaran adalah RM1,000.00.
Waktu Urusniaga myASNB
Untuk pengetahuan para pemegang semua, anda disarankan untuk mengambil tahu mengenai waktu urusniaga supaya pengeluaran anda dapat berjalan dengan lancar. Waktu urus niaga sedia ada myASNB adalah seperti berikut:
- Unit Amanah Harga Tetap adalah pada: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang
- Unit Amanah Harga Berubah adalah pada: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang
Apakah Info Lanjut Pengeluaran?
Untuk info lanjut bagi pengeluaran ASB online atau cara keluarkan duit ASB di bank dan kaunter.
Sebarang pertanyaan anda boleh disalurkan ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau e-mel [email protected].
Apakah Itu ASNB
Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) adalah merupakan anak syarikat milik penuh PNB. ASNB ini juga telah ditubuhkan secara rasmi pada 22 Mei 1979 sebagai syarikat pengurusan unit amanah di bawah PNB. Setelah 40 tahun berada dalam industri, kini ASNB telah mengurus 15 dana yang bernilai RM267.12 bilion pada tarikh catatan terakhir 31 Disember 2020. Disamping pengurusan dan menawarkan pelaburan Dana ASB, ASNB turut menawarkan ASB2, ASW, ASD dan dana pelaburan yang lain.
ASNB – Aplikasi online
Berdasarkan arus modenisasi, ASNB ia boleh mengubah kaedah transaksi menggunakan platform yang lebih interaktif serta digital iaitu melalui myASNB. myASNB adalah portal pelaburan yang mana ia dibangunkan ASNB demi memudahkan pelabur ASNB untuk menguruskan pelaburan secara atas talian.
Di antara juga infrastruktur yang mana ia telah disediakan menerusi myASNB adalah:
- Pelaburan tambahan terus ke dalam akaun unit amanah ASNB secara percuma.
- Penetapan pelaburan secara automatik menerusi Auto Labur.
- Menyemak rekod urus niaga dan baki pelaburan yang terkini.
- Mengemaskini maklumat peribadi dengan mudah dan pantas.
- Mengurus akaun pelaburan anak yang berusia 18 tahun ke bawah untuk penjaga berdaftar.
- Pengeluaran pelaburan unit amanah ASNB.
Bagaimanakah mahu mula dengan menggunakan myASNB?
Sebagaimana yang telahpun dinyatakan sebelum ini, myASNB iaitu kemudahan ASNB online. Segala kemudahan berkaitan dengan ASNB ia adalah seperti auto labur, jualan balik, penyata akaun, penukaran dana, perancangan pewarisan, dan sebagainya dimana ia boleh dilakukan melalui myASNB.
Namun, perlu diketahui sebelum anda menggunakan perkhidmatan dalam talian ini, anda perlu juga mengemaskini terlebih dahulu nombor telefon pada mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB. Adalah kerana ia untuk setiap transaksi yang telah dilakukan, kod TAC akan dihantar kepada nombor telefon bimbit yang didaftarkan sebelum anda boleh melengkapkan transaksi.
Soalan Lazim Berkenaan ASNB
Saya berminat untuk melabur di dalam unit amanah ASNB. Apakah yang perlu saya lakukan?
- Anda perlu membaca serta memahami isi kandungan Prospektus Induk dan Prospektus Induk Tambahan (jika ada) terkini bagi tabung-tabung terlibat, yang telah didaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti, sebelum membuat sebarang pelaburan. Naskah-naskah prospektus dan borang pendaftaran boleh didapati di cawangan ASNB dan ejen ASNB. Prospektus Induk dan Prospektus Induk Tambahan (jika ada) juga boleh di muat turun melalui Laman Web ASNB.
Di manakah saya boleh membuka akaun baru, menambah dan mengeluarkan pelaburan saya?
Anda boleh membuat urus niaga tersebut di cawangan ASNB atau di ejen-ejen ASNB iaitu:
- Maybank
- Maybank Islamic
- CIMB
- CIMB Islamic
- RHB
- RHB Islamic
- Pos Malaysia
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
- Affin Bank
- Alliance Bank
- AmBank
- AmBank Islamic
- Bank Muamalat
- HongLeong Bank
- HongLeong Islamic Bank
- Bank Islam
- AFFIN Islamic
MyASNB
Segala perkara yang telah dijelaskan mengenai Cara Keluarkan Duit ASB Tanpa Perlu Ke Bank 2023 adalah mengikut apa yang telah dimaklumkan, semoga dengan langkah-langkah yang telah diajarkan ini dapat membantu anda.