Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Senarai Bantuan Kerajaan Januari 2023 Semak Kelayakan Anda

Senarai Bantuan Kerajaan Januari 2023, Semak Kelayakan Anda!

Senarai Bantuan Kerajaan Januari 2023 Semak Kelayakan Anda Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warganegara Malaysia, tahun 2022 telahpun melabuhkan tirainya dan kini tahun 2023 telahpun membuka tahun yang baru buat kita. Dan tahun yang baru ini jugalah kerajaan baharu kita telahpun memperkenalkan pelbagai bantuan-bantuan untuk membantu rakyat Malaysia serta menyenangkan keadaan rakyat Malaysia dalam situasi ekonomi dan kos sara hidup yang semakin tinggi pada hari ini.

Kerajaan baharu kita yang dipimpin juga oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyediakan serta membuat pelbagai inisiatif bantuan kerajaan dimana sudah maklum bahawa negara Malaysia baru melepasi pandemik Covid-19 dan kos sara hidup yang tinggi telah menjadikan bebanan yang besar buat rakyat Malaysia.

Senarai Bantuan Kerajaan Januari 2023 Semak Kelayakan Anda

Untuk makluman semua rakyat Malaysia, berikut adalah beberapa senarai bantuan kerajaan yang telah dibentangkan dalam dewan rakyat, oleh itu sila semak syarat kelayakan anda semasa membuat permohonan bantuan yang disediakan ini.

Anda juga dinasihatkan agar mengikuti syarat-syarat kelayakan permohonan bantuan yang diberikan supaya borang permohonan bantuan anda tidak ditolak.

Baca juga bantuan kerajaan yang diwar-warkan yang lain disini:

Pelbagai Bantuan Kerajaan Yang Menarik 2023

Untuk pengetahuan warganegara Malaysia, inisiatif bantuan ini adalah merupakan inisiatif bantuan sambungan daripada kerajaan terdahulu. Oleh itu, berkemungkinan terdapat kesamaan dari segi bantuan yang disalurkan oleh kerajaan dan mungkin akan ada beberapa sedikit perbezaan bagi bantuan ini. Berikut adalah beberapa senarai bantuan kerajaan bagi tahun 2033

Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1

Untuk makluman semua rakyat, bantuan kerajaan ini disalurkan dengan beberapa kategori seperti mana yang telah dibentangkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri Dato’Seri Anwar Ibrahim di dalam dewan rakyat. Bantuan ini telah diawalkan daripada Mac kepada Januari disebabkan faktor diambil kira masalah pekebun kecil getah, petani nelayan terutama mereka yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Apakah Itu Bantuan Tunai Rakyat (BTR)?

Bantuan Tunai Rakyat 2023 ataupun dipanggil dengan BTR adalah merupakan satu bantuan komprehensif dimana ia meningkatkan dengan ketara berbanding Bantuan Sara Hidup (BSH) pada tahun 2020 di mana ia telahpun memberi manfaat kepada lima juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM5 bilion.

Lalu, kemudian Ia dijenamakan kembali untuk bantuan sebelum ini iaitu dengan nama Bantuan Keluarga Malaysia.

Berikut adalah kategori bagi bantuan BTR ini sebagaimana yang sedia maklum.

  • Bagi kategori bantuan untuk Ketua Isi Rumah (KIR) seperti sedia maklum dalam dewan pembentangan akan menerima RM300
  • Manakala bantuan bagi kategori bujang pula akan menerima RM100 sebagaimana juga yang dibentangkan dalam dewan baru-baru ini

Jumlah keseluruhan bagi Pembayaran Fasa 1 bantuan ini akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima dengan peruntukan RM2 bilion

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan terdahulu yang berkemungkinan akan sama dengan bantuan yang terkini

BKM FASA 4 DISEMBER 2022

BKM FASA 4

BKM FASA 4 DISEMBER 2022 1

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Ini juga adalah salah satu inisiatif kerajaan Malaysia dalam membantu pekebun kecil getah dimana mereka layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang dikawal selia oleh RISDA. Untuk makluman semua, peruntukan sebanyak RM190 juta bakal diberikan buat penerima BMT melalui Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi sebagaimana yang telah diumumkan dalam Bajet 2022. Berikut dikongsikan panduan bagaimana cara membuat semakan BMT ini secara online melalui Portal Rasmi Pekebun Kecil Makmur RISDA.

Bagi pemohon Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) yang berjaya mereka akan menerima bantuan kewangan sebanyak RM600, RM300 pada November dan RM300 pada Disember 2022. Pada tahun sebelum ini, jumlah bantuan adalah sama dengan sebanyak RM300 sebulan. Ianya akan dibayar buat pekebun kecil dan penoreh getah dimana berkelayakan selama dua bulan bermula dari November dan Disember 2022 sehingga dana habis. BMT hanya diberikan untuk memastikan kebajikan pekebun kecil/ penoreh getah terpelihara ketika musim hujan yang berpanjangan terutama pada tiga negeri yang terjejas iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Berikut adalah link yang anda boleh buat semakan mengenai BMT dengan menekan link yang diberikan Semakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ataupun bagi anda yang belum mendaftarkan diri dan ingin menyemak status permohonan, anda boleh ke laman website rasmi di sini Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Risda

Bantuan Awal Persekolahan BAP 2023

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Murid yang menerima BAP akan diberi bantuan sebanyak RM100.00 bagi seorang murid secara sekaligus (one-off).

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut dan terperinci mengenai bantuan ini, anda boleh ke halaman rasmi kerajaan pada link yang disediakan ini Rasmi Kerajaan Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023

Bagi penjawat awam juga diberikan bantuan kerajaan supaya dapat meringankan beban bagi penjawat awam dan keselesaan untuk mereka dalam bekerja. Untuk makluman bagi para penjawat awam, bantuan khas kewangan ini diberikan kepada penjawat awam yang mengikut gred yang telah disenaraikan iaitu penjawat awam Gred 56 dan ke bawah dengan bayaran RM700. Manakala bagi penjawat awam yang telah kategori pesara kerajaan pula akan menerima RM350.

Anda boleh membuat rujukan untuk maklumat dan info yang lebih details mengenai bantuan kewangan ini untuk tahun 2023 dengan klik link yang telah kami sediakan disini Page Rasmi Kerajaan Bantuan Khas Kewangan Tahun 2023

*Makluman : Kami tidak mewakili mana-mana agensi kerajaan. Apa yang disampaikan Ini adalah maklumat yang kami perolehi dari laman web rasmi kerajaan untuk membantu mereka-mereka yang diluarsana yang berkelayakan terlepas pandang mengenai bantuan kerajaan ini. Kami hanya sebagai mata dan telinga untuk membantu dan menyampaikan maklumat penting kerajaan. Anda boleh rujuk pautan asal kerajaan yang telah kami sediakan untuk dapatkan maklumat yang lebih lengkap.

Segala maklumat dan info yang telah kami sampaikan adalah berdasarkan dan mengikut maklumat semasa atau bantuan tahunan berulang dan yang sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa.

Semoga segala urusan anda yang berkelayakan untuk memohon beberapa bantuan ini dipermudahkan oleh Allah.

Sertai telegram rasmi Sistem Guru Online untuk dapatkan info dan maklumat terkini kerajaan yang diupdate dari semasa ke semasa

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati