Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Garis Panduan Ibubapa/Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di Dalam Kelas (SdK)

Garis Panduan Ibubapa Penjaga dan Komuniti Sebagai Sukarelawan di Dalam Kelas SdK

SdK atau lebih tepat disebut sebagai Sukarelawan di dalam Kelas merupakan satu lagi program yang dirangka dan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membantu membangunkan sistem pendidikan negara kearah yang lebih mapan. SdK ini sebenarnya bukanlah perkara baru tetapi mungkin 1 penjenamaan semula yang lebih jelas atau mungkin seakan-akan konsep eSarana PIBG seperti Kumpulan Sokongan Ibubapa (KSIB) dan Penglibatan Ibubapa & Komuniti (PIBK).

Pasti anda pernah dengar bukan mengenai KSIB dan PIBK? Ya, telah ada banyak sekolah yang cemerlang dan hebat kerana eSarana mereka sangat berjaya dengan bantuan dari KSIB dan PIBK ini.

Apa Sebenarnya SdK, KSIB dan PIBK ini?

Ok kalau masih belum faham, maka anda huraikan dalam 1 ayat sahaja.

Sukarelawan dalam Kelas, KSIB dan PIBK ini semuanya mungkin dibawah eSarana PIBG yang mana PIBG mendapatkan bantuan Komuniti tidak kira ibubapa mahupun penjaga atau mereka yang berada di sekitar sekolah untuk turun padang sama-sama ke sekolah membantu mengikut kepakaran masing-masing dalam meningkatkan prestasi sekolah termasuk akademik, kokurikulum, keselamatan & keceriaan.

Jelas dengan maksud diatas? Ok, ianya maksud secara umum supaya anda faham. Setiap satu sebenarnya mempunyai pelaksanaan yang mungkin berbeza-beza.

Konsep Sukarelawan di Dalam Kelas

Ibubapa atau penjaga atau komuniti yang secara sukarela bersedia membantu guru mata pelajaran semasa proses PdP, dimana ia dilaksanakan secara pilihan iaitu sekolah tidak diwajibkan untuk melaksanakannya, tetapi bergantung kepada kesesuaian dan keperluan sekolah. Pelaksanaan SdK bermula dari peringkat prasekolah, rendah serta menengah, termasuk pendidikan khas dan program inklusid.

SdK melibatkan pengintegrasian sumbangan dari segi kepakaran bidang masing-masing namun masih tertakluk kepada etika profesionalisme keguruan semasa proses PdPc.

Apakah Syarat-syarat Pelibatan Sukarelawan di dalam Kelas?

Sukarelawan perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti yang berikut :

  1. Melepasi proses pemilihan oleh Jawatankuasa PIBG.
  2. Memahami objektif PdPc yang hendak dicapai dan mendukung matlamat tersebut.
  3. Mematuhi had dan batasan yang ditetapkan dalam garis panduan sedia ada pada setiap masa.
  4. Hanya dibenarkan berada di dalam kelas dengan kehadiran guru mata pelajaran pada masa yang ditetapkan.
  5. Mematuhi peraturan sekolah pada setiap masa berdasarkan kepada semua Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan yang sedang berkuat kuasa.
  6. Bebas daripada isu-isu sensetif (fahaman ekstremis, dadah, perkauman, politik, agama dan sebagainya).
  7. Perkongsian sebarnag bentu dokumen, gambar, rakaman, dan audio visual perlu mendapatkan kebenaran PGB.
  8. Bebas daripada kepentinan peribadi.
  9. Penglibatan adalah sukarela tanpa mengenakan sebarang caj atau bayaran.
  10. Menghormati pengurusan pentadbiran sekolah.
  11. Membantu pembangunan sahsiah murid tetapi tidak terlibat dalam pelaksanaan tindakan disiplin.
  12. Membantu tanpa mengambil alih tugas hakiki guru.
  13. Mematuhi arahan pentabir sekolah dari semasa ke semasa.

Carta Alir Pelaksaaan Sukarelawan di Dalam Keelas

Carta Alir Pelaksanaan Sukarelawan dalam Kelas SDK

Pekeliling dan Panduan Pelaksanaan SdK

Berikut dikongsikan Surat Pekeliling Ikhtisas Garis Panduan Pelaksanaan SdK.

Adakah Ada Ibubapa Yang Berminat Jadi Sukarelawan Dalam Kelas?

Ramai ibubapa diluar sana yang sangat cakna dengan pendidikan anak-anak dan pasti ramai yang berminat untuk membantu guru di sekolah. Walaupun tidak mempunyai pengalaman di dalam pedagogi, tetapi pengalaman dan ilmu pengetahuan ibubapa yang tinggi pasti dapat dikongsikan bersama kepada para guru dan ibubapa yang lain.

Aktiviti Cadangan Buat Sukarelawan dalam Kelas

Sebenarnya terdapat banyak aktiviti yang boleh difikirkan bersama, antaranya ialah :

  • Aktiviti sesi perkongsian pengalaman kerjaya.
  • Menghias bilik darjah dan kawasan sekolah.
  • Program motivasi sekolah.
  • Program insaniah sekolah yang boleh dilibatkan sekali ahli jemaah masjid dikawasan sekitar untuk buat aktiviti yang lebih harmoni.
  • Pengajaran dan pembelajaran bersama melibatkan ibubapa dan murid didalam bilik darjah.
  • Sukaneka dan aktiviti fizikal untuk mengeratkan hubungan antara ibubapa dan murid.
  • Hari terbuka sekolah bagi memberi signal kepada ibubapa tentang keterbukaan pihak sekolah dengan kehadiran ibubapa.
  • Program reka cipta untuk membina semangat perkongsian, perbincangan dan kerja berpasukan antara murid dan hubungan dikalangan ibubapa.

Semua ini sekadar cadangan dan ianya boleh diubah suai ikut keperluan. Semoga SDK ditempat anda aktif!

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati