Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan yang Mungkin Anda Tidak Tahu 8

Menjadi penjawat awam merupakan impian sebahagian orang ramai kerana kelebihan bila kerja kerajaan. Ramai mereka yang menginginkan pekerjaan tetap dan stabil. Oleh itu ramai yang menganggap bahawa menjadi penjawat awam akan dapat memberi keseimbangan dalam kehidupan.

Mungkin ramai yang belum tahu terdapat beberapa kelebihan yang lain kebanyakan orang tidak ketahui lagi. Menjadi penjawat awam bukanlah mendapat kelebihan dalam kemudahan membuak pinjaman dengan bank bahkan mempunyai banyak kelebihan yang memberi jaminan kehidupan mereka.

Kelebihan Bila Kerja Kerajaan Malaysia yang Ramai Tidak Tahu

Berikut adalah merupakan beberapa kelebihan bila kerja kerajaan diberikan kepada mereka digelar sebagai penjawat awam.

1. Cuti

Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan

Secara asasnya , penjawat awam mempunyai 25 hari Cuti setahun. Cuti yang tidak dihabiskan boleh dibawa ke tahun hadapan dan sah untuk selama 3 tahun. Jika tidak dibawa kehadapan, Cuti boleh disimpan dalam Gantian Cuti Rehat ( Max 180 Hari Sepanjang Perkhidmatan). Contohnya jika tahun 2023 seorang penjawat awam hanya ambil 10 hari cuti, Cuti terkumpul yang boleh dibawa pada tahun 2024 adalah 25 + 15 = 40 Hari .

Selain itu, ada juga jenis kemudahan cuti yang ditawarkan seperti;

  • Cuti Separuh Gaji 
  • Cuti Tanpa Gaji
  • Cuti Jaga Anak Kuarantin (Tiada Had) 
  • Cuti Isteri Bersalin ( 7 hari) 
  • Cuti Urusan Kematian Keluarga Terdekat ( Tiada Had) 
  • Cuti Umrah (7 Hari) 
  • Cuti Sambilan (14 Hari)  
  • Kebenaran Tidak Hadir Atas Sebab Kecemasan Am (Tiada Had) 

2. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Pembiayaan Pendidikan

Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan

Penjawat awam boleh menyambung pelajaran dengan Bergaji Penuh dan keseluruhan yuran ditanggung kerajaan. Ini termasuk pembiayaan pendidikan ke luar negara.

3. Waktu Bekerja yang Fleksibel

Bermula tahun 2018 , penjawat awam diberi kemudahan masuk bekerja bila-bila masa daripada 7.30am – 9.00am.  Jika masuk kerja 7.30am , waktu balik 4.30pm. Jika masuk 7.44am , waktu balik 4.44pm dan begitu la seterusnya. Jadi jangan pelik kalau tengok mereka masuk dan keluar kerja tak serentak. 

Untuk wanita mengandung dan Bulan Ramadhan ada kebenaran pulang satu jam awal.

4. Kebenaran Meninggalkan Pejabat Pada Waktu Bekerja

Diberi kemudahan untuk keluar pejabat dan menyelesaikan urusan peribadi yang terpaksa dilakukan pada waktu bekerja. Maksimum 4 Jam. Jika lebih, penjawat awam tersebut perlu memohon cuti. Kebenaran ni tertakluk kepada kelulusan penyelia. 

Selain itu , ada juga mutual understanding antara penyelia dan pekerja untuk urusan keluar ambil anak sekolah dan keluar sarapan sementara atas faktor jaga kebajikan pegawai. Biasanya dibenarkan asalkan tidak mengganggu tugas rasmi.  Tetapi yang mana sarapan pukul 10 pagi itu memang perlu dikenakan tatatertib.

5. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA)

Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan

Merupakan bank pembiayaan perumahan untuk penjawat awam. Antara kelebihannya adalah LPPSA membuat penilaian kredit hanya dengan melihat angka dalam slip gaji sahaja tanpa lihat komitmen luar slip gaji. 

Ini berbeza dengan penilaian Bank Komersial yang akan melihat CTOS dan CCRIS. Sebab itu penjawat awam mudah miliki sebuah rumah . Contohnya penjawat awam Gred 41 fresh Graduate boleh mohon pembiayaan rumah LPSSA berjumlah RM400,000.

6. Pembiayaan Peribadi 

Penjawat awam menikmati rate yang rendah atas faktor risiko kehilangan kerja rendah. Pinjaman boleh ditarik maksimum 10 tahun. Sebagai contoh pekerja baharu gred 41 bergaji RM 2900 termasuk elaun layak untuk mohon pinjaman sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran 10 tahun jika tiada komitmen lain. Ada juga pihak bank tawarkan pinjaman motosikal berkuasa tinggi khas untuk penjawat awam.

7. Kenaikan Gaji Tahunan (KGT)

Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan

KGT adalah tetap mengikut gred. Sebagai contoh Gred 19 akan menikmati kenaikan gaji sebanyak RM100 setiap tahun. Gred 41 dapat kenaikan RM 225 dan semakin tinggi Gred, semakin tinggi KGT Selain gaji pokok, ada juga Cost Of Living Allowance (Cola), Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) dan lain-lain bergantung pada skim perkhidmatan. Bagi pegawai Gred 44 dan keatas ada tambahan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) bernilai paling kurang RM 400. 

8. Pencen

Penjawat awam layak berpencen jika cukup syarat telah berkhidmat minima 10 tahun dan berumur 40 tahun. Cuma bayaran pencen hanya dibayar pada umur 55 tahun. Namun, ganjaran pencen lain akan dapat serta merta. 

Persaraan Paksa adalah umur 60 tahun. Tapi ada juga penjawat awam ditawar kontrak selepas pencen dengan kontrak maksima 3 tahun. Sebagai contoh Ketua Polis Negara sebelum ni. Gaji mereka setinggi RM30,000 sebulan ditambah pencen yang dinikmati.

9. Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBK)

Bagi kumpulan pelaksana iaitu gred 19 ,mereka ada kenaikan ke gred 22 dan 26 apabila cukup 13 tahun berkhidmat. Bagi gred P&P contoh Gred 41 pula, kenaikan bergantung pada kekosongan kecuali Cikgu yang ada time based 8 tahun ke Gred 44, 8 tahun ke Gred 48, 6 tahun ke Gred 52 dan 3 tahun ke Gred 54.

10. Faedah Selain Pencen Bulanan

Perkara ini paling ramai tidak tahu sebab kebanyakan orang ingat penjawat awam hanya menerima pencen bulanan berjumlah 50% daripada gaji pokok akhir. Sedangkan ada beberapa faedah lain, contohnya GCR dan Ganjaran Gratuiti. 

Contohnya bagi pesara bergaji RM 12,000 sebulan. Faedah pencen bulanan adalah RM7,200 sebulan, Gratuiti berjumlah RM360,000 dan GCR 180 Hari berjumlah RM79,200. Pengiraan Gratuti , Pencen dan GCR bergantung pada jumlah perkhidmatan dan gaji akhir.

Sekiranya pesara meninggal dunia , anak masih boleh dapat pencen sehingga dia  berumur 21 tahun atau tamat ijazah pertama (mana terkemudian), anak OKU akan dapat pencen seumur hidup, dan balu atau duda juga dapat pencen seumur hidup walaupun berkahwin semula.

11. Kemudahan Perubatan

Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan

Isteri-isteri /suami, anak-anak dan ibu bapa penjawat awam semua layak menerima kemudahan perubatan Guarantee Letter (GL)  di semua Hospital Kerajaaan termasuk Hospital Universiti.

Bagi gred 41 layak duduk Wad Kelas 1. Perkhidmatan yang diberikan juga adalah percuma. Contohnya jika isteri bersalin di Hospital Universiti, kos adalah sekitar RM800 keatas bergantung keadaan. Tapi penjawat awam hanya perlu keluarkan lebih kurang RM30 sahaja untuk beli pampers dan lain-lain yang tidak dilindungi faedah perubatan ini.  

Selepas pencen pun penjawat awam masih layak menikmati kemudahan. Jika pesara meninggal dunia, mak ayah arwah pun dapat faedah ini seumur hidup mereka.  Inilah faedah paling mahal dan terbaik dinikmati penjawat awam dan pesara.

12. Diskaun Khas Hotel dan Rumah Peranginan Premier

Khas untuk penjawat awam yang orang ramai tidak tahu bahawa mereka layak dapat rate diskaun khas untuk penjawat awam dengan hanya tunjuk kad kerja. 

Untuk RPP , rate sekitar RM 50 – 350 semalaman. Kebiasaan RPP ramai yang tidak mohon kerana selalu permohonan penuh.

13. MyPortfolio

Netizen Kongsi Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan yang Mungkin Anda Tidak Tahu
Pelbagai Kelebihan Bila Kerja Kerajaan

Semua penjawat awam mempunyai portfolio masing-masing. Jadi hampir tiada multi-tasking atau tugas kerja bertindih. Oleh sebab itu, kebanyakan penjawat  awam hanya buat kerja rutin sahaja dan tidak melibatkan diri dengan kerja pegawai di cawangan lain. 

Contoh pegawai Operasi Am tidak boleh diminta ganti tugas di kaunter. Sebab itu jika pegawai bercuti, urusan kita yang diuruskan beliau tidak boleh diurus pegawai lain. Kecuali ada Pemangkuan Tugas secara rasmi.

Demikianlah kelebihan bila kerja kerajaan malaysia a pelbagai insentif beberapa kelebihan yang menarik disediakan. Kerajaan malaysia sebagai majikan sememangnya menjaga kebajikan dan keperluan penjawat awam.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada penjawat awam anda boleh mengemukakan dan membuat permohonan di laman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati