Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Semakan e-Penyata Gaji Online Dan Laporan 2023

Semakan e-Penyata Gaji Online
Semakan e-Penyata Gaji Online

Semakan e-Penyata Gaji Online Dan Laporan 2023. Kerajaan Malaysia sentiasa komited membantu rakyat serta menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat Malaysia terutama di zaman kos sara hidup yang semakin tinggi ini. Rakyat Malaysia menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan terutama selepas melalui zaman pandemik Covid-19 yang lalu ia sedikit sebanyak telah banyak meninggalkan kesan yang begitu besar buat rakyat Malaysia. Sehingga rakyat Malaysia terpaksa menghadapi sesuatu yang baru iaitu bekerja di rumah.

Dengan kemudahan segala aplikasi yang digunakan secara online ia sedikit sebanyak telah dapat membantu serta memudahkan rakyat Malaysia untuk membuat sesuatu urusan yang tanpa perlu lagi untuk pergi ke pejabat serta selain itu ia telah dapat menjimatkan masa bagi seorang pengguna.

Dan yang terkini kerajaan Malaysia telahpun menyediakan satu web laman sesawang iaitu e-Penyata Gaji untuk rakyat Malaysia dengan bertujuan membantu dan memudahkan urusan rakyat menyemak slip gaji bulanan secara atas talian atau online.

Semakan e-Penyata Gaji Online Dan Laporan 2023

Disini kami akan jelaskan beberapa perkara mengenai e-Penyata untuk anda tahu sedikit sebanyak bagaimana cara penggunaannya serta untuk menyemak slip gaji anda yang bulanan dan apakah langkah-langkah untuk melaksanakannya.

  • Apakah Itu e-Penyata
  • Cara Semakan e-Penyata Gaji Online
  • Cara Daftar Pertama Kali e-Penyata Gaji
  • Download e-Gaji serta laporan (eSPGL)
  • Download Penyata Bagi Tujuan Pinjaman
  • Kakitangan Persekutuan yang Terlibat
  • FAQ Soalan Lazim

Makluman, segala maklumat dan perkongsian yang diberikan adalah mengikut apa yang telah diberikan oleh website rasmi. Jika terdapat sebarang perubahan atau kesilapan ia adalah di luar kawalan dan kami segera memperbetulkannya dengan sebaik yang mungkin.

Maklumat e-Penyata Gaji Online 

Tahukah anda? Bahawa Sistem e-Penyata Gaji Online & Laporan adalah untuk menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan untuk tempoh 18 bulan dan Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun terkini sahaja. Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem. Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan tuan/puan pada masa hadapan.

e-Penyata Gaji berfungsi untuk memberikan akses kepada kakitangan kerajaan dalam peringkat Persekutuan untuk melakukan semakan, akses dan menyetak slip penyata gaji dengan mudah. Sistem online ini adalah daripada Jabatan Akauntan Negara (ANM).

Portal ini juga memudahkan urusan harian yang melibatkan penggunaan slip gaji seperti urusan pinjaman kewangan , pengisian maklumat persekolahan anak-anak dan permohonan bantuan kewangan serta urusan lain yang seumpamanya. Secara tidak langsung, sistem ini juga dapat menjimatkan masa, kos serta meningkatkan kadar kecekapan.

Info e-Penyata Gaji Online Dan Laporan Jabatan Akauntan Negara Malaysia 

laptop 820274 640 6
Semakan e-Penyata Gaji Online

Apakah Itu e-Penyata

lanya adalah satu kemudahan untuk menyemak slip gaji yang disediakan secara atas talian atau online. Ianya adalah sistem semakan yang percuma dan disediakan oleh Kerajaan Malaysia menerusi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Dengan kewujudan cara semakan ini, slip gaji kakitangan awam/ kakitangan kerajaan iaitu untuk gaji bulanan akan dapat diakses secara atas talian.

  1. e-Penyata Gaji Online Dan Laporan
  2. Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM)
  3. Semakan Terbaru Tahun 2023
semak epenyata 1
Semakan e-Penyata Gaji Online

Cara Semakan e-Penyata Gaji Online

Sistem E-Penyata Gaji Online merupakan satu kemudahan yang dapat mempercepatkan proses mendapatkan slip penyata bulanan secara individu berbanding menggunakan kaedah lama yang hanya dikeluarkan sebulan sekali.

Semakan penyata gaji bagi penjawat awam ini ia boleh dilakukan melalui portal rasmi JANM Login yang dikenali sebagai ePenyata Gaji.

Berikut adalah langkah untuk anda buat semakan online :

  1. Pergi ke website https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx
  2. Log masuk dengan isi nombor KP/ Passport.
  3. Masukkan Kata Laluan.
  4. Daftar Masuk.

Cara Daftar Pertama Kali e-Penyata Gaji

Sekiranya anda adalah merupakan pengguna pertama kali sistem ini, sila ikuti langkah berikut :

  • Pergi ke website Laman Rasmi Semakan e-Penyata Gaji Online Dan Laporan
  • Tekan “Pertama Kali Mendaftar“
  • Isi semua maklumat di ruangan yang telah disediakan.
  • Ruang yang bertanda ( * ) adalah wajib diisi.
  • Selepas selesai, sila tekan butang OK.
  • Anda kini boleh klik daftar masuk.

Pendaftaran yang berjaya ia adalah bergantung kepada kemasukkan maklumat Nombor KP serta No. Gaji yang telah disahkan oleh sistem.

Cara Download e-Gaji serta laporan (eSPGL)

Untuk langkah seterusnya pula anda perlu ikuti cara yang telah diberikan dibawah dan ia amatlah mudah dan senanh untuk anda lakukan.

semakan penyata gaji 1
Semakan e-Penyata Gaji Online
  1. Selepas anda login masuk dalam sistem, tekan butang Sendiri di bawah menu Penyata Gaji.
  2. Anda perlu tetapkan bulan, tahun bila yang anda mahu muat turun.
  3. Pada laporan egaji anda, akan terpapar beberapa maklumat yang lain.
Semakan e-Penyata Gaji Online
Semakan e-Penyata Gaji Online

Sekiranya anda ingin membuat pinjaman loan perumahan kerajaan atau insuran cukai pendapatan KWSP 2.0 semuanya akan ditolak terus dan ia terpapar dalam penyata anda.

Download Penyata Bagi Tujuan Pinjaman

Terdapat pelbagai penyata khas bagi tujuan institusi kewangan membuat sebarang loan pinjaman daripada pihak bank.

Penyata khas ini perlulah untuk anda diserahkan kepada bank. Cara bagi anda mendapatkannya adalah :

  • Klik pada submenu “Penyata Gaji” di bawah menu “Penyata Pinjaman”.
  • Skrin pengesahan bagi memasukkan “Penyata Untuk Pinjaman” akan dipaparkan seperti berikut untuk memastikan anda ingin memuat turun penyata pinjaman.
  • Pilih No Gaji supaya penyata 3 bulan terkini ia akan dipaparkan dalam sistem jadual Penyata Gaji.
  • Klik pada pautan “Menjana”, untuk menjana penyata untuk pinjaman tersebut dan tekan “OK”.

Kakitangan Persekutuan yang Terlibat

Semua kakitangan digalakkan untuk memuat turun dan menyimpan maklumat slip gaji kerana maklumat dan data secara automatik akan dikeluarkan dari sistem sekiranya terlalu lama.

  • Jabatan Kewangan
  • Jabatan Pelajaran
  • Jabatan Perdana Menteri
  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Kesihatan
  • Jabatan atau Kementerian lain

Soalan Lazim FAQ

Saya ada masalah untuk login e penyata gaji, apa perlu buat?

Sila gunakan Internet Exporer versi baru atau kemaskini perisian Microsoft Security anda.

Bagaimanakah cara untuk dapatkan No. Gaji untuk tujuan pendaftaran?

Sila hubungi pegawai di Unit Gaji tempat anda bertugas.

Apakah pilihan telco yang ditawarkan dalam ePenyata Gaji & Laporan eSPGL?

Berikut adalah telco yang ditawarkan : Digi, Maxis, Celcom, UMobile, Tune Talk, XoX dan Unifi Mobile.

Soalan Dan Pertanyaan e-Penyata Gaji Online 

Maklumat Penting daripada ANM

ANM mengingatkan penjawat awam supaya sentiasa menggunakan url Sistem ePenyata Gaji dan Laporan yang sah sahaja untuk mendapat penyata gaji bulanan atau penyata pendapatan tahunan tuan-tuan.

Pihak ANM tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kebocoran maklumat tuan/puan ketika melayar laman web atau sistem yang bukan milik Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Pastikan kata laluan tidak dikongsi dengan orang lain bagi mengelakkan penyalahgunaan maklumat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pertanyaan dan Sebarang Masalah

E-melkan Masalah atau Aduan berkaitan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan ke e-mel rasmi [email protected] dengan menyertakan Nama Penuh,No.KP, No.Gaji,No.Kod Pejabat Perakaunan, No.Kod Jabatan dan No.Kod Pusat Pembayar.

Semoga dengan segala perkongsian Semakan e-Penyata Gaji Online Dan Laporan 2023 ini sedikit sebanyak dapat membantu anda

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati