Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Biodata Alif Teega – Suami Aisyah Hijanah

biodata alif teega

Influencer dan ikon anak muda yang dikenali sebagai Alif Teega (berumur 29 tahun, lahir 22 Januari 1994) adalah merupakan seorang usahawan, pempengaruh, pengarang dan juga penceramah Malaysia yang telah mendapat populariti dengan kandungan bertemakan Islam dan mesej serta motivasi inspirasinya.

Beliau juga merupakan pengasas dan ketua pegawai eksekutif Alif enterprise iaitu sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan dalam pelbagai urusan seperti pemasaran digital, penjenamaan, pengurusan acara dan juga pendidikan dalam talian.

Terkenal dengan buku karangan beliau iaitu “The power of ikhlas”, “The power of sabar” dan juga “The power of syukur”. Alif Teega juga merupakan seorang suami kepada influencer terkenal Aisyah hijanah. Ikuti maklumat berkenaan biodata beliau lebih lanjut.

Maklumat Berkenaan Alif Teega

Kehidupan Awal dan Pendidikan

ALIF TEEGA

Dilahirkan pada 22 Januari tahun 1994, Alif Teega telah dilahirkan di Leeds, United Kingdom Di mana tempat bapanya melanjutkan pengajian Doktor Falsafah(Phd). Beliau adalah merupakan anak sulung daripada empat beradik. Telah berpindah daripada United kingdom ke Malaysia bersama keluarga ketika berusia enam tahun dan telah dibesarkan di Kuala Lumpur.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 dan sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati bagi pendidikan menengah. Alif Teega dikenali sebagai seorang pelajar yang aktif menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum dalam sukan, debat serta drama. Beliau juga mempunyai minat dalam bidang keusahawanan dan telah menjual pelbagai produk seperti minyak wangi, coklat serta buku kepada rakan dan guru-gurunya.

Untuk pengajian tinggi beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA (UITM) yang mana beliau telah mengambil dalam bidang pentadbiran perniagaan dan beliau berjaya mendapatkan Ijazah Sarjana Muda di tahun 2016. Semasa belajar di Universiti beliau telah terlibat dalam keusahawanan dan juga menyertai pelbagai kelab serta persatuan dan majlis perwakilan pelajar.

Biografi Alif Teega

Berikut adalah beberapa maklumat lengkap mengenai Alif Teega:

BiografiMaklumat
NamaMohd Hazalif Bin Mohd Hazani
Tarikh Lahir22 January 1994
Tempat LahirLeeds, United Kingdom
KewarganegaraanMalaysia
BangsaMelayu
AgamaIslam
PendidikanUniversiti Teknologi Mara (UITM)
PekerjaanUsahawan, Influencer, Pengarang buku, Penceramah
StatusTelah berkahwin dengan isteri:
Aisyah Hijanah (2017)
Fatin Umaidah (2023)
Anak-anakKhadeejah Hijanah
Muhammad Hassan Syarif
Media SosialInstagram: alifteega

Kerjaya dan Pencapaian

ALIF TEEGA

selepas tamat sahaja belajar di Universiti, Alif tiga telah membuat keputusan untuk menceburi dalam dunia keusahawanan dan menubuhkan syarikatnya sendiri. Aliff tiga enterprise telah ditubuhkan pada 2017 yang mana syarikat ini menawarkan perkhidmatan seperti pemasaran digital penjenamaan pengurusan acara dan juga pendidikan dalam talian. Beliau telah berjaya mengembangkan branding dirinya di dalam media sosial istagram YouTube tiktok dan Telegram dengan mengumpul puluhan ribu pengikut.

dengan berfokuskan konten-konten berkisar islamik cerita motivasi dan ulasan mengenai isu sosial telah menaikkan namanya dan menjadikan beliau sebagai ikon anak muda. Di dalam dunia alam maya beliau telah bekerjasama dengan pelbagai pengaruh selebriti dan juga organisasi lain seperti JAKIM, Majlis Belia Malaysia dan juga PBSM dalam mempromosikan mesej yang positif dan membangun.

Beliau juga berbakat dalam penulisan yang mana beliau berjaya menulis beberapa buku seperti “Biarku lindung mendungmu”, “Selama nafasku berhembus”, “Lembaran cinta dari hati” dan lain-lain yang mana telah popular di kalangan pembaca. Selaku penceramah motivasi beliau telah terlibat dalam beberapa ceramah dan seminar untuk pelbagai acara seperti festival hari belia kebangsaan dan lain-lain.

Kehidupan Rumahtangga Alif Teega

alif teega dan aisyah hijanah

Aliff Teega telah berkahwin dengan seorang influencer yang juga merupakan penulis terkenal iaitu Aisyah Hijanah pada tahun 2017. Perkahwinan mereka mendapat liputan yang luas di media sosial kerana kedua pasangan ini adalah terkenal dengan konten-konten islamik dan disokong oleh peminat mereka.

Hasil perkahwinan Alif bersama Aisyah hijanah telah dikurniakan dua orang anak iaitu satu orang anak perempuan bernama Khadijah hijanah yang lahir pada tahun 2018 dan juga satu orang anak lelaki yang bernama Muhammad Hassan Syarif yang dilahirkan pada tahun 2020.

Alif Teega Kahwin Dua

Dilaporkan Alif tiga telah mengesahkan bahawa beliau sudah berkahwin kali kedua bersama isteri keduanya yang dipercayai bernama Fatin Umaidah. Hal ini telah disahkan oleh Alif tiga di Instagram miliknya yang bertarikh 26 November 2023.

https://www.instagram.com/p/C0Gw-Nay1wi/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati