Makluman jawatan DBKL September 2024! Pemohon yang berminat boleh merujuk maklumat lengkap mengenai jawatan DBKL September 2024 yang dihebahkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) peluang kerja terbaru untuk dipohon.
Berkenaan Jawatan DBKL September 2024
Isi Kandungan
Untuk pemohon yang berminat dalam membuat permohonan jawatan DBKL September 2024, adalah disediakan tawaran kerja yang boleh dibuat permohonan secara online.
Kekosongan daripada jawatan minima SPM dengan taraf jawatan kosong adalah kontrak/tetap. Dibawah adalah merupakan maklumat jawatan DBKL September 2024 yang dibuka :
Maklumat | Penerangan |
---|---|
Jawatan Kosong | – Penolong Juruukur Bahan Gred JA29 (Kontrak/Tetap) – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29 (Kontrak/Tetap) – Pembantu Penilaian Gred W19 (Kontrak/Tetap) – Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 (Kontrak/Tetap) – Pembantu Kesihatan Awam Gred U19 (Kontrak/Tetap) – Juruteknik Komputer Gred FT19 (Kontrak/Tetap) |
Taraf Jawatan | Tetap/Kontrak |
Kelayakan Akademik | SPM dan Diploma Setaraf |
Penempatan | Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) |
Tarikh Permohonan Jawatan DBKL September 2024
Bagi maklumat permohonan, jawatan DBKL September 2024 dibuka bermula 27 Ogos 2024 dan akan ditutup 10 September 2024 dan permohonan boleh dilakukan secara atas talian serta perlu menepati syarat yang ditetapkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL).
Kelayakan Kerja Jawatan DBKL September 2024
Berikut adalah merupakan senarai kelayakan bagi jawatan DBKL seperti dibawah:
Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Sijil dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma dalam bidang ukur bahan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Gred FA29
- Sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
Pembantu Penilaian Gred W19
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Pembantu Kesihatan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Juruteknik Komputer Gred FT19
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Rujukan Iklan Jawatan DBKL September 2024
Pemohon boleh buat semakan iklan lebih lanjut mengenai maklumat permohonan. Pastikan para pemohon merujuk maklumat lengkap berkenaan tawaran jawatan kosong rasmi yang dibuka Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) siaran iklan rasmi jawatan kosong:
Cara Permohonan Jawatan DBKL
Kelayakan dan syarat permohonan jawatan kosong ini boleh didapati dengan melayari laman web rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan permohonan hendaklah dikemukakan secara ATAS TALIAN (ONLINE) SAHAJA dengan menggunakan Sistem Recruiting DBKL. Berikut adalah beberapa perkara yang anda perlu cakna:
- Manual Penggunaan Sistem Recruiting DBKL boleh dimuat turun di untuk rujukan calon.
- Calon yang mempunyai Ijazah, Diploma, sijil dari institusi pengajian tinggi awam / swasta atau luar negara hendaklah menyemak pengiktirafan di laman web MQA
- Calon TIDAK PERLU MENGHANTAR salinan Ijazah, Diploma, SPM, SVM, SKM, Sijil atau resume bagi jawatan berkaitan sehingga dihubungi untuk temu duga.
- Borang permohonan secara online yang tidak lengkap akan ditolak.
Hanya calon-calon yang layak selepas disenarai pendek sahaja akan dipanggil ke peringkat seterusnya.