Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Penangguhan Perintah Gaji Minimum Malaysia Bagi Tahun 2023

IMG 20221230 WA0034

Penangguhanan Perintah Gaji Minimum Malaysia Bagi Tahun 2023.

Pihak kerajaan selalu dengan cakna dan ambil perhatian akan kebajikan pekerja swasta khususnya lagi-lagi berkaitan dengan isu gaji yang menjadi isu yang besar kepada pekerja swasta ekoran kos barangan dan kos sara hidup makin bertambah. Pada permulaan kerajaan telah menetapkan gaji minimum akan dikuatkuasakan pada 1 Januari 2023 bagi majikan yang kurang lima orang pekerja.

Setelah mengambil kira aspek dan faktor tertentu untuk kategori majikan yang menggajikan pekerja mereka yang kurang dari 5 orang, Kerajaan telah membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN pelaksanaan bagi kuatkuasakan Gaji Minimum RM1,500 dari 1 Januari 2023 kepada 1 Julai 2023 di bawah kategori ini.

Di samping itu, kerajaan telah mengumumkan sebelum ini bahawa pekerja di seluruh negara Malaysia akan mendapat ketetapan kadar gaji minimum yang baharu, pada nilai RM1,500 sebulan mulai 1 Mei 2022 untuk majikan yang menggaji kan 5 orang atau lebih.

Bagi anda yang berminat menambah maklumat,anda dikehendaki mengikuti perkembangan semasa di dalam negara lagi-lagi dengan pengumuman penting yang baharu daripada kerajaan ata maklumat terkini, bagi memudahkan anda mendapat liputan daripada kerajaan sertai Telegram saluran pantas mengenai pengumuman rasmi kerajaan

telegram us

Penangguhanan Perintah Gaji Minimum Malaysia Bagi Tahun 2023

Perintah Gaji Minimum Malaysia (Minimum Wage Order)

Takrif “gaji minimum” di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] ialah gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

Inisiatif Gaji Minimum Kebangsaan diumumkan oleh Perdana Menteri dalam Pembentangan Bajet pada 15 Oktober 2010.

Ini merupakan salah satu instrumen dasar melalui Model Baru Ekonomi (MBE) bagi membina Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi yang terangkum dan mampan menjelang tahun 2020.

Dasar ini bertujuan untuk memastikan pekerja dapat memenuhi keperluan asas dan mencari suasana sesuai untuk industri dalam meningkatkan nilai rantaian pengeluaran mereka.

Tarikh Kuatkuasa Gaji Minimum 2023

(a) Pada 1 Mei 2022, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada

  • bagi majikan yang mengambil 5 orang pekerja atau lebih; dan
  • majikan tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja yang majikan menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020 sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.

(b) Pada 1 Januari 2023, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada 5 orang pekerja, tidak termasuk majikan yang dinyatakan di Perenggan 2 A (ii).

Bagi tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022, kadar gaji minimum bagi pekerja untuk majikan kategori ini adalah mengikut kawasan tempat kerja pekerja iaitu RM1,200 di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran dan RM1.100 untuk kawasan selain kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran.

Implikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan ialah:

  • Perintah Gaji Minimum 2020 adalah terbatal. Walau bagaimanapun, apa-apa prosiding undang-undang, pendakwaan atau siasatan yang dibuat di bawah Perintah Gaji Minimum 2020 adalah diteruskan sehingga selesai; dan
  • Semua kontrak dan Perjanjian Kolektif hendaklah mengambil kira semua peruntukan dalam Perintah Gaji Minimum 2022.

Jadual Kadar Gaji Minimum Terkini (2023)

IMG 20221229 WA0284

Seseorang majikan yang membuat pekerjaan profesional iaitu merujuk kepada pekerjaan kategori 2: Profesional di bawah MASCO

Dalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, terdapat sembilan kumpulan sub utama, iaitu

  • profesional sains dan kejuruteraan;
  • profesional kesihatan;
  • profesional perguruan;
  • profesional perniagaan dan pentadbiran;
  • profesional teknologi maklumat dan komunikasi;
  • profesional perundangan;
  • profesional perkhidmatan hospitaliti dan yang berkaitan;
  • profesional sosial dan kebudayaan; dan badan pengawalaturan

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui info lanjut berkaitan dengan permasalahan atau akta-akta berkaitan dengan pekerja bolehlah merujuk kepada rasmi dibawah:

Portal Rasmi Masco

Baca juga:

Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 Bagi Tahun 2023

Senarai Cuti Sekolah Sepanjang Tahun 2023

IMG 20221229 220708 988Pekerja Yang Layak  Untuk Mendapat Gaji Minimum

Jumlah ini terpakai kepada semua pekerja swasta kecuali pekhidmat domestik.

Pekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:

  • Jadual Pertama Akta Kerja 1955;
  • Jadual Ordinan Buruh Sabah; atau
  • Jadual Ordinan Buruh Sarawak.

Oleh yang demikian, pekerja TASKA, pekerja dalam industri mikro, pekerja badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisations, NGOs), pekerja rumah ibadat, pekerja separa masa, pekerja kasual, adalah layak menerima untuk gaji minimum ini dan haruslah tertakluk kepada terma dan syarat kontrak pekerjaan masing-masing.

Penalti Bagi Majikan Yang Tidak Melaksanakan Pembayaran Gaji Minimum

Bolehkah majikan membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum jika pekerja mereka bersetuju?

Semestinya Tidak. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang yang ditetapkan.

Berikut adalah penalti yang boleh dikenakan kepada majikan yang tidak melaksanakan PGM :

Kesalahan Penalti Yang akan dikenakan pada majikan
Kesalahan Pertama:

Denda tidak melebihi RM10,000 setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok.

  • Penalti Am:

Denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukkan.

  • Penalti bagi Kesalahan Berterusan:

Denda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan.

  • Penalti bagi Kesalahan Berulang:

Denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.

Sebagai Pekerja Apa Anda Perlu Tahu?

Gaji minimum ialah gaji pokok seperti yang ditetapkan dalam Perintah_Gaji_Minimum (PGM) 2022. Ia tidak termasuk elaun, insentif atau apa-apa bayaran tambahan yang dibuat kepada pekerja.

Ia terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta yang bekerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan kecuali perkhidmat domestik (pembantu rumah, tukang kebun, tukang masak dalam rumah persendirian).

Perintah Gaji Minimum (PGM) 2022 berkuat kuasa mulai Mei 2022 menggantikan PGM 2020.

Boleh lihat Disini

Tahukah anda, kadar gaji yang ditetapkan ini terpakai kepada semua pekerja swasta KECUALI pekhidmat domestik.

Pekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:

  1. Jadual Pertama Akta Kerja 1955
  2. Jadual Ordinan Buruh Sabah
  3. Jadual Ordinan Buruh Sarawak

Untuk mendapatkan bantuan dan nasihat mengenai dasar dan pelaksanaan gaji_minimum, sila hubungi:

Sekretariat

Majlis Perundingan Gaji Negara

Kementerian Sumber Manusia

Aras 7, Blok D3, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 PUTRAJAYA

Tel: 03-8886 5156

Faks: 03-8881 0668

E-mel: minimumwages[at]mohr[dot]gov[dot]my

Laman sesawang: www.mohr.gov.my

Isu-isu Pelaksanaan

Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia dan Labuan)

Kementerian Sumber Manusia

Aras 5, Blok D3, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 PUTRAJAYA

Tel : 03-88865192

Faks: 03-8889 2368

Emel : jtksm[at]mohr[dot]gov[dot]my

Laman sesawang: jtksm.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja (Sabah)

Kementerian Sumber Manusia

Tingkat 1, Blok C & D,

Bangunan KWSP P/S 14557

88852, Kota Kinabalu, SABAH

Tel : 088-238755/233820

Faks : 088-242445

Emel : jtknsabah[at]mohr[dot]gov[dot]my

Laman sesawang: jtksbh.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak)

Kementerian Sumber Manusia

Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar,

Jalan Simpang Tiga,

93532, Kuching, SARAWAK

Tel : 082-242261/414062

Faks : 082-244909

Emel : gajimin[at]mohr[dot]gov[dot]my

Laman sesawang: jtkswk.mohr.gov.my

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia

Kementerian Sumber Manusia

Aras 9, Blok D4, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62530 PUTRAJAYA

Tel : 03-88865460

Faks : 03-88862355

Emel : jppm[at]mohr[dot]gov[dot]my

Laman sesawang: jpp.mohr.gov.my

Bagi anda yang berminat menambah maklumat atau  mengikuti perkembangan semasa di dalam negara lagi-lagi dengan pengumuman penting yang baharu daripada kerajaan dan maklumat terkini, bagi memudahkan anda mendapat liputan daripada kerajaan sertai Telegram saluran pantas mengenai pengumuman rasmi kerajaan mengenai permohonan kerjaya dan Bantuan Kerajaan.


telegram us

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati