Bantuan MBI Selangor RM100 Tahun 2023 (Kembali Ke Sekolah). Kerajaan Negeri Selangor adalah sebuah kerajaan yang telah membangunkan pelbagai kemudahan untuk rakyatnya termasuk menyediakan bantuan dengan sebaiknya untuk rakyatnya dalam menghadapi kos sara hidup yang tinggi.
Dibawah kerajaan Negeri Selangor telah membuka satu permohonan buat rakyat Selangor yang memerlukan bantuan. Ini adalah merupakan inisiatif daripada kerajaan negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dimana ia adalah dibawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI yang telah menyediakan bantuan sebanyak RM100.
Berikut adalah telegram rasmi permohonan bantuan kerajaan terkini
Rasmi Permohonan Bantuan Kerajaan Terkini
Bantuan MBI Selangor RM100 Tahun 2023 (Kembali Ke Sekolah)
Isi Kandungan
MBI Selangor adalah sebuah badan yang telah ditubuhkan khusus bagi mentadbir pengurusan aset dan pelaburan milik Kerajaan Negeri serta mewakili Kerajaan Negeri untuk melaksanakan aktiviti berunsur perniagaan yang di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri. MBI juga adalah berperanan mempromosi serta mendukung usaha pembangunan kerajaan Negeri Selangor di samping melunaskan kewajiban tanggungjawab sosial buat masyarakat.
Bilakah Tarikh Permohonan Bantuan Akan Ditutup?
Ahmad Azri Zainal Abidin merupakan Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI, menurutnya bahawa adalah sepatutnya permohonan untuk bantuan ini telah ditutup akhir November lalu, namun ianya akan diteruskan untuk rakyat Selangor sehingga 31 Januari tahun 2023.
Ini adalah kerana bertujuan untuk memberi peluang buat pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) dimana ia masih belum melengkapkan beberapa senarai pemohon untuk melengkapkannya serta ianya agar dapat dimanfaatkan untuk lebih ramai rakyat Selangor untuk dapatkan bantuan ini.
- Tarikh Tutup Permohonan Bantuan : 31 Januari 2023
- Jumlah Bantuan Yang Disediakan: RM100
- Tempat Untuk Peruntukan : Setiap Dun Yang Telah Disediakan
Bantuan MBI Selangor RM100 Tahun 2023
“Sepatutnya kita sudah tutup minggu lepas. Sebanyak 56 DUN sudah hantar permohonan tetapi ada yang tidak cukup 300 pemohon bagi setiap DUN seperti yang diperuntukkan.
“Ada DUN yang hantar 40 sahaja, jadi ia adalah kerugian bagi pihak DUN yang tidak cukupkan kuota 300 penerima,” menurutnya kata Ahmad Azri Zainal Nor, Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat MBI
Diikutkan, adalah sebanyak 56 DUN yang telah hantar permohonan akan tetapi ada beberapa yang tidak cukup 300 pemohon bagi setiap DUN seperti diperuntukkan. Ada DUN hanya hantar 40 sahaja, jadi ini adalah kerugian untuk pihak DUN dimana tidak cukupkan kuota 300 penerima kerana peruntukkan diberi bagi 300 penerima.
Menurut SelangorKINI, Ahmad Azri menjelaskan bagi DUN yang sudah lengkap menghantar senarai 300 pemohon namun ada yang ditolak MBI kerana tidak menepati kelayakan, mereka juga boleh menghantar nama lain untuk permohonan baharu.
Inisiatif tunai berjumlah RM100 diperuntukkan untuk bantuan Kembali ke Sekolah MBI kepada 300 penerima bagi setiap DUN. Manakaah had pendapatan pemohon ditetapkan bawah RM4,000 untuk permohonan sesi persekolahan tahun depan berbanding RM2,500 sebelum ini.
Di sini link rasmi MBI Selangor untuk membuat permohonan bantuan dan info maklumat lanjut mengenai bantuan tersebut
Permohonan Bantuan MBI Selangor (Kembali Ke Sekolah)
RM100 Tahun 2023 (Kembali Ke Sekolah)
Dalam SelangorKINI, menurut Ahmad Azri menerangkan utnuk DUN yang telah sudah lengkap menghantar senarai 300 pemohon akan tetapi ada yang telah ditolak MBI ini kerana ia tidak menepati syarat kelayakan, namun mereka juga boleh menghantar nama lain bagi permohonan baharu.
Menurutnya lagi Inisiatif tunai ini adalah berjumlah RM100 diperuntukkan bagi bantuan Kembali ke Sekolah MBI buat 300 penerima untuk setiap DUN. Manakala had pendapatan pemohon adalah ditetapkan bawah RM4,000 bagi permohonan sesi persekolahan untuk tahun hadapan berbanding dari RM2,500 sebelum ini.
Apakah Syarat Kelayakan Atau Kriteria Bagi Permohonan Bantuan Kembali Ke Sekolah Ini?
Kriteria penerima bantuan kembali ke sekolah adalah seperti berikut:
- Ibu atau bapa pelajar lahir dan menetap di negeri Selangor atau bermastautin dan tinggal tetap di negeri Selangor (sekiranya tidak lahir di Selangor, sila kemukakan pengesahan pemastautin);
- Pendapatan isi rumah adalah RM4,OOO.OO dan ke bawah;
- Pelajar bakal memasuki sesi persekolahan 2023 di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah sahaja;
- Bersekolah di sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan di Selangor iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), Sekolah Kebangsaan(SK), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK);
- Terhad kepada 2 (dua) penerima untuk setiap keluarga; (kuasa budibicara diberikan kepada pejabat DUN untuk mengurangkan kepada seorang penerima sahaja bagi keluarga/pemohon tertentu bagi menyantuni lebih ramai penerima yang memerlukan)
- Penerima bantuan kembali ke sekolah mestilah daripada mereka yang tidak menerima bantuan persekolahan atau yang seumpama dengannya dari mana-mana agensi lain seperti Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan lain-lain bagi mengelakkan pertindihan bantuan.
Berikut Pula Adalah Dokumen Sokongan Diperlukan Oleh MBI Selangor :
Permohonan ini perlu disertai dengan beberapa dokumen yang diperlukan:
- Salinan kad pengenalan dan surat beranak pelajar
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga (sijil kematian atau sijil cerai sekiranya berkaitan)
- Salinan slip gaji terkini ibu dan bapa/penjaga (sekiranya tiada, pemohon perlu mengemukakan surat akuan pendapatan gaji yang telah disahkan).
Bagaimanakah Cara Untuk Memohon Bantuan Kembali Ke Sekolah?
Untuk pemohon yang telahpun memenuhi kriteria atau syarat yang telah diberikan di atas, anda boleh membuat permohonan dengan cara mengisi borang yang boleh anda dapati di sini dengan mendowloadnya Borang Bantuan MBI Kembali Ke Sekolah lalu hantarkan segera kepada Pejabat Adun masing-masing.
Ini adalah contoh borang permohonan bantuan kembali ke sekolah MBI seperti di bawah:
Selain dari borang permohonan maklumat peribadi pelajar serta keluarga, pemohon juga perlu mengisi borang pengesahan permaustatian ini daripada penghulu, ketua kampung, pengerusi JKKK, Nazir masjid, pengerusi Jawatankuasa Penduduk/Tman Perumahan dalam negeri Selangor Darul Ehsan. Ini dalah contoh borang seperti yang dilihat dibawah:
Dan seterusnya yang terakhir adalah pemoho perlu mengisi surat akuan pengesahan pendapatan ini dimana boleh didapatkan dari link yang disediakan di atas. Pemohon dinasihatkan agar mengisi borang tersebut dengan baik supaya ia tidak menjadi punca permohonan anda ditolak nanti.
Untuk Permohonan Bantuan Kerajaan Yang Lain, sila tekan disini:
- Permohonan : Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar RM100 Setiap Bulan Dilanjutkan 2023 | Semak Kelayakan Permohonan Anda!
- Makluman : PERCUMA Bantuan Bil Air Dilanjutkan 2024 | Sila Semak Kelayakan Anda!
- MAKLUMAN : Senarai Penting Bantuan Kerajaan Disember 2022 | Mohon Dan Semak Kelayakan Anda!
- Terkini : Permohonan Bantuan Kewangan RM3,920.00 Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) | Ini Cara Mohon!
- Makluman : Tabung Haji Bakal Umum Status Ibadah Haji Tahun Ini | Tarikh Surat Tawaran Haji, Rayuan & Kriteria Kesihatan!
“Semoga Dengan Segala Bantuan Yang Telah Disediakan Oleh Kerajaan Selangor Mahupun Kerajaan Malaysia, Sedikit Sebanyak Ia Dapat Membantu Kehidupan Rakyat Malaysia Dengan Tenang & Selesa”