Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Terkini : Perdana Menteri Umum Berita Gembira Kepada Penjawat Awam 2022

Screenshot 20220830 123044
Perdana Menteri Umum Berita Gembira

Terkini : Perdana Menteri Umum Berita Gembira Kepada Penjawat Awam. Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Ismail Sabri baru sahaja mengumumkan berita gembira  di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang berlangsung jam 10 pagi tadi yang dijangka akan menjadi tumpuan 1.6 juta penjawat awam dari seluruh negara.

Perdana Menteri Umum Berita Gembira

Perdana Menteri menjelaskan di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) bahawa penjawat awam wajar diberi ganjaran kerana perkhidmatan awam kepada rakyat dan kerajaan Malaysia. Usaha penjawat awam dihargai oleh kerajaan Malaysia. Sehubungan itu,kerajaan Malaysia telah mengumumkan inisiatif kepada penjawat awam. Ikuti makluman dibawah:

Perdana Menteri Umum Berita Gembira: Menaikkan kadar maksimum jumlah cuti rehat yang boleh dikumpulkan bagi tujuan award wang tunai(GCR) daripada 160 hari ke 180 hari.

Perdana Menteri Umum Berita Gembira

Kerajaan memahami dengan beban tugas yang semakin besar dan mencabar, ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka. Dengan kenaikan kadar maksimum GCR ini, membolehkan cuti tersebut disimpan bagi tujuan award wang tunai di masa persaraan sekaligus meningkatkan tunai di tangan pada hari persaraan kelak;

Perdana Menteri Umum Berita Gembira: Tambahan Kadar Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari menjadikan jumlah Cuti Rehat Khas 15 hari setahun kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun.

Tambahan Cuti Rehat Khas sebanyak 5 hari ini akan memberi manfaat kepada lebih kurang 500,000 guru bagi urusan-urusan yang mustahak dan kecemasan yang dibenarkan serta memberi peluang guru-guru mengumpul jumlah GCR yang lebih tinggi;

408690238 1544106963075629 1596214460150520273 n 3

Perdana Menteri Umum Berita Gembira: Perluasan tafsiran ahli keluarga bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod urusan kematian ahli keluarga terdekat.

Jika sebelum ini cuti tanpa rekod bagi urusan kematian hanya tertakluk kepada kematian suami atau isteri, ibu kandung dan ibu mertua, bapa kandung dan bapa mertua serta anak sahaja, penambahbaikan tafsiran ahli keluarga diperluas kepada kematian yang melibatkan adik-beradik,nenek dan datuk bagi anggota perkhidmatan awam;

Perdana Menteri Umum Berita Gembira: Penambahbaikan pemberian pergerakan gaji tahunan kepada pegawai yang telah mencapai gaji maksimum.

Kerajaan telah bersetuju menambahbaik Kadar Tetap 3 peratus semasa yang diterima oleh pegawai yang mencapai gaji maksimum kepada suatu kadar baharu dan diseragamkan mengikut gred bagi semua klasifikasi perkhidmatan berkuat kuasa 1 Januari 2022. Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan Pekeliling berkaitan bagi penjelasan terperinci bagi perkara ini.

Kelima: Bayaran Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) tambahan khas sebanyak RM100 untuk penjawat awam Gred 11 hingga Gred 56 dan akan dibayar mulai Januari 2023..

Seramai 1.28 juta penjawat awam akan menerima manfaat ini dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.5 bilion. Sebagai contoh, sebelum ini kadar KGT bagi gred 11 adalah RM80, maka pada tahun 2023, beliau akan menerima kadar KGT asas sebanyak RM80 dan tambahan khas sebanyak RM100 menjadikan jumlah KGT diterima pada tahun 2023 adalah sebanyak RM180; dan

Keenam: Bantuan khas Kewangan (BKK) Tahun 2023.

Dibayar kepada anggota perkhidmatan awam Gred 56 ke bawah berjumlah RM700 dan RM350 bagi pesara Kerajaan dan veteran tidak berpencen yang akan diberi pada Januari 2023.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati