Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021

Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021
Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021

Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021 kini mula dibuka sehingga 31 Mac 2021. Etiqa General Takaful Berhad (Etiqa) telah bersetuju melaksanakan Program kerjasama dengan Yayasan UMP bagi menubuhkan inisiatif penajaan Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful.

Tawaran biasiswa ini boleh dimohon oleh para pelajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang telah mendapat surat tawaran untuk melanjutkan pengajian pada peringkat Ijazah Sarjana Muda mulai sesi 2020/2021. Biasiswa yang ditawarkan ini adalah terbuka kepada semua bidang pengajian yang berdaftar di Universiti Malaysia Pahang. Selain itu, terdapat juga beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh pelajar sebelum membuat permohonan.

Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021

Syarat-syarat Permohonan Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021

8aed6892 fba0 40bf bb14 93f34208ac1b 5

Permohonan hanya akan dipertimbangkan sekiranya memenuhi kedua-dua syarat asas dan syarat khusus berikut:

Syarat-syarat Asas Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 25 tahun semasa tarikh permohonan dibuat.
  3. Telah menerima surat tawaran kemasukan ke tahun pertama pengajian UMP (bagi kemasukan Semester 1 sesi 2020/2021.
  4. Pelajar yang aktif di dalam Ko-Kurikulum.
  5. Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah.

Syarat-syarat Khusus Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021

Syarat-syarat khusus ini adalah berdasarkan kelayakan akademik pemohon, antaranya ialah:

  • Keputusan Peperiksaan Semester 1 Sesi 2020/2021 UMP: CGPA 3.50 dan ke atas.
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2019: CGPA 3.50 dan ke atas.
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di samping mempunyai SPM: 4 Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan.
  • Matrikulasi di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia / UIA / Politeknik / Program Asasi / IPTA / Diploma dan lain-lain: CGPA 3.50 dan ke atas.

Calon yang Tidak Layak Memohon

Berikut merupakan calon-calon yang tidak layak untuk memohon biasiswa ini, iaitu:

  1. Pelajar-pelajar yang tidak memenuhi syarat-syarat asas dan juga syarat-syarat khusus yang telah ditetapkan.
  2. Calon yang telah mendapat tajaan daripada mana-mana badan penaja lain.
  3. Pelajar yang sedang mengikuti program atau kursus jarak jauh / program atau kursus separuh masa.
  4. Pelajar yang akan dan sedang mengikuti Program Kerjasama, Program Berkembar, Program Dwi Ijazah, Program Luar Kampus, dan Program Jarak Jauh.

Cara-cara Permohonan

Anda boleh membuat permohonan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapatkan di bawah. Borang permohonan tersebut perlulah dilengkapkan dan kemudian hantar kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni di Kampus Gambang atau Pekan melalui salah satu alamat emel berikut:

atau boleh juga dihantar secara manual ke alamat berikut:

  • Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Pahang, Lebuhraya Tun Razak, 26300 Gambang, Kuantan Pahang.
  • Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Pahang, 26600 Pekan, Pahang Darul Makmur.

Dapatkan “Borang Permohonan Biasiswa” di sini

Di sini admin nak kongsikan borang permohonan Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP Tahun 2021. Sila download menggunakan link yang telah disediakan.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : 

Nota Penting

  • Permohonan perlu dihantar pada atau sebelum 31 Mac 2021 jam 4.30 petang.
  • Permohonan yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dipertimbangkan.
  • Hanya permohonan yang melepasi tapisan akan dipanggil ditemu duga.
  • Keputusan permohonan Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful dijangka akan diumumkan selepas 50 hari dari tarikh tutup permohonan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan ini boleh hubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni UMP di talian berikut:

  • Telefon: 09-5492545 / 09-4245700

Semoga perkongsian Biasiswa Kecemerlangan Etiqa Takaful Yayasan UMP 2021 ini dapat membantu para pelajar khususnya penuntut Ijazah Sarjana Muda Universiti Malaysia Pahang yang masih tercari-cari sebarang tajaan atau biasiswa pendidikan. Para pelajar dinasihatkan agar membaca syarat-syarat permohonan sepebuhnya terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.

Selain itu, anda juga mungkin berminat dengan perkongsian Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong 2021 Kini Dibuka atau Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2021.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati