Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500

Cara mohon bantuan warga emas

Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 .Berita baik bagi semua rakyat Malaysia,Bantuan berbentuk elaun khas kepada rakyat Malaysia yang layak. Tertakluk kepada kriteria yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).Dibawah badan kerajaan JKM, bantuan akan disalurkan kepada mereka yang menepati kriteria seperti mana ditetapkan dibawah.Pengagihan ini bantuan untuk warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Penafian : Ini adalah perkongsian mengenai cara permohonan bantuan warga emas mengikut Permohonan sebelum ini, Mohoh Maaf atas kesalahfahaman tajuk mengenai “bantuan warga emas berjumlah rm500 bagi tahun 2023”.

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluiarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti khususnya warga emas di Malaysia.

Dalam usaha untuk membaik kehidupan rakyat Malaysia, kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sentiasa menambah baik usaha-usaha menjaga kebajikan masyarakat Malaysia. Bagi mengetahui bantuan khas secara elaun  bulanan dari JKM, anda boleh merujuk maklumat dibawah atau layari portal rasmi JKM.

Bagi anda yang berminat menambah maklumat,anda dikehendaki mengikuti perkembangan semasa di dalam negara lagi-lagi dengan pengumuman penting yang baharu daripada kerajaan ata maklumat terkini, bagi memudahkan anda mendapat liputan daripada kerajaan sertai Telegram saluran pantas mengenai pengumuman rasmi kerajaan:

telegram us

Bantuan Warga Emas Berjumlah RM500 Bag

Apa itu BME

  • Kadar bayaran Bantuan Warga Emas (BWE): RM500 sebulan seorang
  • BWE bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Jabatan Kebajikan Masyarakat singkatan: JKM telah ditubuhkan dalam tahun 1946. Ia bertujuan menjaga kebajikan mereka yang memerlukan berlandaskan lima teras utama iaitu perlindungan, pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian. Kumpulan sasar JKMM termasuklah:

  • Kanak-kanak
  • Orang kurang upaya
  • Warga emas
  • Keganasan rumah tangga
  • Keluarga bermasalah
  • Orang papa/fakir
  • Gelandangan
  • Perintah khidmat masyarakat (PKM)
  • Pertubuhan sukarela kebajikan (PSK)
  • Mangsa bencana
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah ditubuhkan pada bulan April 1946. Di dalam jangkamasa 76 tahun, JKM telah mengalami evolusi dalam memenuhi peranannya di dalam pembangunan negara. Bermula dengan penglibatan menangani pelbagai masalah yang timbul akibat Perang Dunia Kedua, peranan dan fungsi Jabatan ini telah berkembang kepada perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial, ia telah di tempatkan di bawah beberapa Kementerian:
  • 1946 – 1951
    Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaya
  • 1952 – 1955
    Jabatan Perusahaan dan Perhubungan Sosial
  • 1956 – 1957
    Jabatan Kesihatan dan Kebajikan Sosial
  • 1957 – 1958
    Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Sosial
  • 1958 – 1959
    Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat
  • 1960 – 1962
    Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat
  • 1963 – 1964
    Kementerian Buruh dan Kebajikan Masyarakat
  • 1964 – 1982
    Kementerian Kebajikan Am
  • 1982 – 1990
    Kementerian Kebajikan Masyarakat Malaysia
  • 1990 – 2004
    Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
  • 2004 – kini
    Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Semak Syarat Kelayakan BWE

 Bagi anda yang ingin mencuba nasib untuk memohon bagi bantuan ini,anda dikehendaki semak dahulu syarat-syarat kelayakan yang diminta oleh pihak kementerian bagi memudahkan permohonan anda diterima.

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Syarat Yang Mesti Ada

1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;

2. Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas;

3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa; dan

4. Warga emas yang bukan tinggal di:

i. Institusi kendalian JKM; atau

ii. Pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma;

Bagi mereka yang berminat untuk membuat permohonan bantuan BWE, anda boleh merujuk dibawah.

Baca juga:

Bantuan Secara Elaun Bulanan Sejumlah RM500 l Rujuk Segera Kelayakan Anda

Bantuan Awal Persekolahan RM150 Disalurkan Pada Januari 2023 – PM

IMG 20221228 191852 605Cara Memohon Bantuan BWE

Sudah semestinya jika anda ingin membuat permohonan bantuan haruslah mengisi borang atau menyediakan beberapa maklumat sendiri untuk maklumat majikan yang menilai kelayakan anda.

Dibawah adalah borang yang anda dikehendaki untuk download terlebih dahulu dan isi bersama beberapa dokumen lain:

Borang Permohonan Bantuan JKM18

Borang Kaji Semua Bantuan JKM20

Dibawah kami akan kongsi dokumen atau fail yang penting dan perlu ada semasa memohon bantuan warga emas(BWE).Borang permohonan bersama dokumen dibawah haruslah lengkap supaya memudahkan permohonan anda diterima.

  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
    1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
    2. Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
    3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
    4. Salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Sebarang maklumat lanjut atau ingin lebih kepastian tentang Permohonan ni boleh layari portal JKM Portal Rasmi JKM

Semoga permohonan anda berjalan dengan baik dan anda haruslah mengemaskini selalu maklumat borong permohonan supaya tidak tersalah dan tertinggal.Selain itu,harap dengan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat membantu golongan warga emas dan OKU

Bagi anda yang berminat menambah maklumat,anda dikehendaki mengikuti perkembangan semasa di dalam negara lagi-lagi dengan pengumuman penting yang baharu daripada kerajaan ata maklumat terkini, bagi memudahkan anda mendapat liputan daripada kerajaan sertai Telegram saluran pantas mengenai pengumuman rasmi kerajaan:

telegram us

Maklumat Tambahan:

Fungsi bahagian di JPOKU

  • Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) mengandungi enam (6) Bahagian yang mempunyai fungsi masing-masing seperti berikut:

(1) BAHAGIAN PEMBANGUNAN KERJAYA

1) Merancang pembangunan kerjaya OKU:

  • Meneliti jawatan yang sesuai diisi oleh OKU bagi sektor awam;
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan gaji minima kepada pekerja OKU;
  • Merancang dan menyelia program kerjaya OKU.

2) Menggalak penyertaan OKU dalam pasaran pekerjaan:

  • Mengadakan jalinan kerjasama dengan majikan terpilih;
  • Memantau program on the Job Training bagi OKU lepasan sekolah menengah dan lepasan politeknik dengan majikan;
  • Merancang dan mengadakan seminar pekerjaan kepada majikan;

3) Pendaftaran pekerjaan OKU:

  • Memantau pendaftaran pekerjaan OKU di dalam sistem Pengurusan maklumat OKU (SMOKU).

4) Pengurusan Data Pekerjaan OKU:

  • Memantau pengurusan data OKU di sektor awam berdasarkan pekeliling perkhidmatan dasar 1 % OKU di sektor awam dan Sistem e-JKM iaitu Maklumat OKU Sektor awam.

5) Perkhidmatan Job Coach:

  • Menyelia keperluan bajet dan pembayaran elaun untuk program Job Coach;
  • Merancang dan melaksanakan latihan/kursus Job Coach kepada kakitangan awam, pihak majikan swasta dan NGO;
  • Menyediakan khidmat nasihat kepada majikan dan orang awam berkaitan Job Coach;

6) Merancang dan melaksana Disability Equality Training (DET):

  • Merancang dan menyelaras peruntukan kewangan untuk program DET;
  • Menyelaras kerjasama antara DET trainer di seluruh Malaysia;
  • Menyelaras dan mengumpul maklumat program DET yang dijalankan oleh DET trainer; dan
  • Merancang dan melatih DET trainer.

(2) BAHAGIAN PEMBANGUNAN SOSIAL

1) Menjalin perkongsian bijak dengan sektor korporat untuk pembangunan OKU;

2) Menggalak penyertaan OKU dalam ekonomi;

3) Menggalak penglibatan komuniti dalam kerja kemasyarakatan berkaitan OKU;

4) Menyelaras, menyelia dan menjalin kerjasama dengan Pertubuhan Sukarela Kebajikan (PSK) OKU;

5) Menjalin kerjasama dengan agensi dalam dan luar Negara;

6) Merancang pembangunan dan memantau Pusat Khidmat Setempat (PKS);

7) Merancang pembangunan dan memantau Rumah Kelompok (RK);

8) Menyelaras dan memantau pendaftaran OKU di dalam SMOKU:

  • Membangun dan menyelenggara sistem pendaftaran dan pangkalan data;
  • Mengurus dan menyelaras pangkalan data OKU;
  • Mengurus dan memantau semua jenis aduan berkaitan pendaftaran OKU; JABATAN PEMBANGUNAN ORANG KURANG UPAYA

9) Merancang dan menyediakan dokumentasi Jabatan;

10) Menjalankan tugas sebagai Timbalan Ketua Pendaftar OKU mengikut kuasa yang diberikan dalam Akta OKU 2008:

  • Menyelia tugas dan tanggungjawab Pendaftar dan Penolong Pendaftar di negeri dan daerah.

11) Merancang, membangun, menyelaras dan memantau program advokasi mengenai pendaftaran OKU.

(3) BAHAGIAN PERKHIDMATAN INSTITUSI

1) Menyelia pentadbiran dan pengurusan institusi (Taman Sinar Harapan dan Bengkel Daya):

  • Menyelaras dan memantau agihan peruntukan kewangan institusi;
  • Membuat semakan laporan perbelanjaan bulanan institusi;
  • Merancang, membangun dan memantau program jagaan dan pemulihan di institusi;

2) Menyelaras dan memproses permohonan kemasukan ke institusi:

  • Memantau perlaksanaan permohonan kemasukan ke institusi menggunakan sistem e-JKM;
  • Menyiasat dan menyelesaikan isu-isu OKU atau laporan kematian penghuni institusi OKU;
  • Merancang dan melaksanakan program latihan kepada care givers di institusi;

3) Menyelaras statistik & daftar kemasukan ke institusi;

4) Merancang, membangunkan dan menyelaras Sistem Pengurusan Klien institusi dan Indikator Kualiti Penjagaan Kesihatan (IKPK);

5) Menyelaras dan Memantau Pembangunan Kurikulum Latihan Kemahiran Teknikal dan Vokasional berpandukan Standard Sijil Kemahiran Malaysia;

6) Mengurus, menyelaras dan memantau Pusat Latihan, Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi sebagai Pusat Kecemerlangan OKU:

  • Merangka dan membangun program-program pembangunan kerjaya di PLPP;
  • Mengurus dan Menyelaras Tindakan bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia bagi Kursus yang ditawar di PLPP;
  • Memantau program-program latihan dan pembangunan OKU di Pusat Latihan Perindustrian dan dan Pemulihan (PLPP) Bangi;
  • Menyelaras dan Memantau Pelaksanaan Program dan Perkhidmatan Job Coach di PLPP Bangi;
  • Mengatur dan Menyelaras kerjasama PLPP Bangi dan Agensi-Agensi lain bagi meningkatkan kualiti program yang ditawarkan di PLPP Bangi; dan
  • Urus setia Mesyuarat Task Force PLPP Bangi Sebagai Pusat Kecemerlangan OKU dan Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Amanah PLPP Bangi.
(4) BAHAGIAN PEMULIHAN DALAM KOMUNTI (PDK)
1) Merancang, membangun dan memantau program jagaan dan pemulihan di 486 buah PDK seluruh Negara:
  • Menyelia pentadbiran dan pengurusan kewangan di PDK;
  • Merangka dan menyediakan keperluan bajet tahunan PDK;
  • Menyelaras perancangan dan laksana program dan aktiviti PDK;
  • Merancang dan melaksanakan latihan dan kursus pemulihan dan jagaan kepada Petugas dan Penyelia PDK;
2) Menyedia dan menguruskan Mesyuarat Penubuhan PDK Baru;
3) Menganalisa, menyediakan dan menguruskan Pengagihan Geran Tahunan kepada semua PDK seluruh Negara;
4) Merancang dan menambahbaik Garis Panduan Pengurusan PDK;
5) Merancang dan menerbitkan Buku Rancangan Mengajar OKU di PDK;
6) Merancang dan melaksanakan Pembangunan Kurikulum di PDK;
7) Merancang, melaksanakan dan memantau Program Kumpulan Advokasi Diri OKU , Program Parent Support Group di PDK dan       Program Terapi Augmentative Alternative Communication (AAC);
8) Menyiasat dan menyediakan Laporan Aduan berkaitan PDK;
9) Merancang, melaksanakan, memantau Economic Empowerment Programme (EEP) dan Program Purple DNA di PDK;
10) Merancang, melaksanakan dan memantau Program Sukarelawan Japan Overseas Cooperations Volunteers (JOCV) di PDK; dan
11) Penyediaan Buletin Tahunan PDK.
(5) BAHAGIAN AKSESIBILITI
1) Perancangan dan pemantapan aksesibiliti kepada OKU:
  • Alam Bina;
  • Pengangkutan;
  • ICT;
2) Jalinan kerjasama dengan agensi yang berkaitan;
3) Merancang dan melaksanakan Audit Akses dengan kerjasama pihak berkaitan;
4) Merancang dan melaksanakan Program Advokasi Aksesibiliti OKU;
5) Menggalakkan pembangunan alat-alat sokong bantu mengikut piawaian yang ditetapkan;
6) Merancang dan melaksanakan aktiviti berkaitan aksesibiliti kepada OKU dari aspek:
  • Aksesibiliti di dalam/luar bangunan;
  • Aksesibiliti alam persekitaran;
  • Aksesibiliti kepada pengangkutan awam;
7) Perancangan dan pemantapan aksesibiliti di PKMN/ PKMD/Institusi; dan
8) Merancang dan melaksanakan Audit Akses dengan kerjasama pihak berkaitan.
(6) SEKRETARIAT MAJLIS KEBANGSAAN BAGI OKU
1) Membantu Majlis menjalankan fungsi sebagai Urus Setia kepada Majlis Kebangsaan OKU;
2) Membantu Majlis melaksanakan fungsi-fungsi berikut:
  • Menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan Dasar Negara dan Pelan Tindakan Negara berhubung OKU;
  • Membangun program dan strategi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai OKU;
  • Memantau dan menilai program pembangunan OKU oleh Jawatankuasa dan pihak-pihak berkaitan;
3) Menjadi urus setia bersama kepada 6 jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah Majlis Kebangsaan bagi Orang Kurang Upaya iaitu:
  • Jawatankuasa Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina;
  • Jawatankuasa Pendaftaran Orang Kurang Upaya;
  • Jawatankuasa Pekerjaan;
  • Jawatankuasa Pengangkutan;
  • Jawatankuasa Quality Life Care;
  • Jawatankuasa Pendidikan;
4) Menyediakan Bajet/Laporan Kewangan Majlis;
5) Menyelia, menyelaras dan memantau pelaksanaan Dasar Negara dan Pelan Tindakan Negara berkaitan OKU; dan
6) Membuat syor kepada Kerajaan mengenai semua isu melibatkan OKU.

Sumber:Portal Rasmi JKM

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati