Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bantuan Asasi IPTA 2023

Bantuan Asasi IPTA 2023
Bantuan Asasi IPTA 2023

Bantuan Asasi IPTA 2023 . Pihak kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Bantuan kewangan asasi untuk rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan.

Terdapat pelbagai jenis bantuan sepanjang tahun ini yang telah diperkenalkan bagi menolong rakyat Malaysia yang memerlukan terutama kepada golongan sasar miskin tegar dan b40.

Bantuan Asasi IPTA 2023

technology 4256272 640 1
Bantuan Asasi IPTA 2023

Untuk pengetahuan semua, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyelia bantuan kewangan asasi ini. Program bantuan ini diperkenalkan bagi membantu golongan pelajar yang dari keluarga kurang berkemampuan dan sederhana.

Program bantuan asasi RM3,920 setahun ini akan diberikan kepada individu / pelajar yang berkelayakan dari golongan b40 dan m40 supaya dapat membantu sedikit sebanyak kos yuran dan pembelanjaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi untuk menjamin masa depan mereka.

KADAR BANTUAN UNTUK ASASI

Untuk pengetahuan anda, program pemberian bantuan kewangan ini adalah untuk mereka yang mengikuti pengajiam dimana-mana Universiti Awam dalam program bertaraf asasi dengan pendapatan keluarga dari golongan m40 dan b40 pada tahun ini.

Sebanyak RM3,920 setahun kadar bantuan yang akan diterima kepada pelajar yang layak (Sepanjang tempoh pengajian). Namun kadar bantuan akan dibahagikan secara pecahan seperti dibawah.

  • Bantuan Elaun wang saku sebanyak RM2,500 setahun
  • Yuran belajar dan penginapan sebanyak RM1,420
  • Bantuan tiket penerbangan percuma bagi pemohon dari negeri sabah, sarawak dan labuan (1 tiket pergi dan balik)

Kementerian Asasi: Bantuan Asasi IPTA Untuk 2023 | Rujuk Maklumat Lebih Lanjut.

PANDUAN PERMOHONAN

Jika anda atau mempunyai anak yang berkelayakan, permohonan bantuan kewangan asasi boleh dibuat secara atas talian. Pemohon disarankan menyediakan dokumen penting seperti salinan kad pengenalan dan lain-lain semasa permohonan.

Untuk semakan lebih terperinci bantuan khas ini, sila layari portal rasmi KPM –DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan khas untuk pelajar ini, terdapat lebih banyak bantuan berbentuk tunai untuk semua lapisan golongan yang telah disediakan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama yang telah disediakan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Terma Dan Syarat

  1. Pelajar tidak perlu membayar balik bantuan tersebut akan tetapi pelajar perlu membayar balik jumlah bantuan kewangan yang telah diterima SEKIRANYA gagal mengikuti program pengajian dengan jayanya.
  2. Pelajar hendaklah menandatangi borang perjanjian dengan seorang penjamin.

Syarat Kelayakan Untuk Memohon Bantuan

Syarat-syarat dan kriteria untuk memohon Bantuan Kewangan Asasi ialah:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia;
  2. Untuk pelajar yang mengikuti program bertaraf asasi di Universiti Awam dengan pendapatan keluarga dari kelompok B40 dan M40 akan diberikan bantuan kewangan ini;
  1. Pelajar yang telah mendaftarkan diri mengikuti kursus dengan menggunakan syarat kelayakan masuk lulus SPM atau yang setaraf dengannya; dan
  2. Kursus pengajian telah diperakui dan diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Cara Menerima Tawaran

  1. Sila layari laman sesawang Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM.
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Hantar permohonan melalui Pejabat Pendaftar Universiti Awam (UA) masing-masing dan tidak boleh dikemukakan terus kepada pihak KPM.

Semakan Kelayakan Dan Tawaran

Semakan dan tawaran program boleh dibuat secara atas talian (online) melalui Portal Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, KPM. Pemohon hendaklah menyemak dan mencetak sendiri dokumen tawaran seperti berikut :

  • Surat tawaran belajar;
  • Borang perjanjian (3 salinan, borang kosong boleh difotokopi);
  • Surat penyata kewangan penjamin;
  • Panduan mengisi borang perjanjian;
  • Dokumen perjanjian yang telah lengkap hendaklah diserahkan semasa hari pendaftaran; dan
  • Tuntutan bayaran pelajar asasi sedia ada akan dibuat melalui pihak pentadbir UA masing-masing pada setiap semester.

Baca juga:

Info Tentang Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pendidikan dahulunya dikenali sebagai Kementerian Pelajaran, ialah sebuah kementerian di Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia.

Matlamatnya ialah untuk:

  • melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan sejahtera
  • menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.

Senarai tokoh yang pernah menjadi Menteri Pendidikan Malaysia ialah:

  • Tun Abdul Razak
  • Dato’ Seri Diraja Mahdzir Khalid dibantu timbalan Menteri, Dato’ P. Kamalanathan
  • Senator Datuk Chong Sin Woon,
  • Menteri Pendidikan Malaysia berganti lagi kepada Dr. Maszlee Malik
  • dan kemudiannya barulah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

Kesimpulannya, Bantuan Asasi IPTA 2023 ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar asasi mendapatkan dana bagi menampung sedikit sebanyak kos-kos masuk ke institusi pengajian asasi. Jadi, kami doakan semoga dipermudahkan segala urusan permohonan buat adik-adik yang ingin memohon bantuan tersebut.

Maklumat Lanjut

Hotline: +603-8888 1616 (Hotline) / +603-8870 6368 (Hours of Operation: 8.30 am-4.30 pm, Monday-Friday)

Email: [email protected]

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati