Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Gaji Baharu Penjawat Awam Diumum Pada Belanjawan 2025

Gaji Baharu Penjawat Awam Diumum Pada Belanjawan 2025

Kerajaan umum gaji baharu penjawat awam pada belanjawan 2025 nanti. Ia adalah merupakan sebuah berita yang ditunggu-tunggu oleh rakyat khsususnya mereka dari golongan penjawat awam. Seperti yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim tekad untuk menaikkan gaji penjawat awam selepas lebih 10 tahun tiada kenaikan gaji baharu penjawat awam.

Sebelum ini, kerajaan telah membuat perbincangan bersama pelbagai pihak untuk memuktamadkan proses kenaikan gaji baharu penjawat awam. Menurutnya, kajian berkenaan disiapkan dalam tempoh 2 bulan.

Pengumuman Gaji Baharu Penjawat Awam Tahun 2024

Apakah Gaji Baharu Penjawat Awam?

image 115
Gaji Baharu Penjawat Awam Diumum Pada Belanjawan 2025 5

Gaji baharu penjawat awam adalah merupakan gaji penjawat awam yang akan ditetapkan oleh kerajaan Malaysia untuk menaikkan dengan penetapan gaji baharu selepas kali terakhir iaitu pada tahun 2013. Berdasarkan beberapa mekanisme dan perbincangan kerajaan Malaysia Madani, ia dijangka akan dipercepat proses untuk gaji baharu penjawat awam yang mana sepatutnya dinaikkan bersamaan dengan kos sara hidup dan faktor-faktor lain.

Dalam pada itu, pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan gaji baharu penjawat awam dinaikkan adalah usahasama antara JPA dan Kerajaan Malaysia. Dijangkakan sebanyak lebih 1 juta penjawat awam akan terlibat dalam penetapan gaji baharu penjawat awam.

Bila Diumumkan Gaji Baharu Penjawat Awam?

image 113
Gaji Baharu Penjawat Awam Diumum Pada Belanjawan 2025 6

Keputusan penambahbaikan sistem struktur gaji penjawat awam dijangka diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2025 tahun ini.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam kenyataan memaklumkan cadangan penambahbaikan itu akan dimuktamad dan dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri selewat-lewatnya pada awal suku kedua tahun ini untuk kelulusan.

Bila Pembentangan Bajet 2025?

Untuk masa ini, pembentangan bajet 2025 masih belum diumumkan tarikh rasminya. Namun dijangkakan ia diadakan di penghujung bulan 2024. Pembentangan bajet 2024 sebelum ini adalah pada bulan Oktober 2023 yang menyaksikan kerajaan akan membawa pembaharuan dari segi pengurusan penjawat awam, persaraan dan lain-lain.

Penambahbaikan Sistem Saraan Penjawat Awam

Usaha Kerajaan Dalam Menambahbaik Sistem Saraan

image 114
Gaji Baharu Penjawat Awam Diumum Pada Belanjawan 2025 7

JPA telah memaklumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 2/2024 yang turut dihadiri Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Dalam mesyuarat tersebut, telah dibincangkan dan menimbang inisiatif dalam penambahbaikan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) terutama berkaitan dengan aspek meningkatkan pendapatan boleh guna bagi penjawat awam.

Penambahbaikan pendapatan boleh guna penjawat awam adalah satu daripada fokus dalam pemerkasaan modal insan perkhidmatan awam untuk membuat peningkatan produktiviti penjawat awam untuk merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI menurut pihak JPA.

Dalam pada itu, Perdana Menteri jugat memberikan penekanan kepada elemen-elemen pembaharuan perkhidmatan awam seperti :

  • Pendigitalan sistem perkhidmatan
  • Kerjasama strategik yang holistik
  • Pendekatan keseluruhan negara (whole-of-Nation).

Ia bagi memacu peningkatan kecekapan, keberkesanan dan profesionalisme perkhidmatan awam dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat serta negara.

Objektif Kajian Sistem Saraan

Objektif untuk dicapai adalah keberhasilan yang disasarkan dalam kajian bagi mencapai perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi, dinamik dan berintegriti.

Pencapaian keberhasilan ini bertunjangkan kepada matlamat merealisasikan empat (4) objektif kajian iaitu :

  • Peningkatan Efisiensi
  • Kos Pengurusan Yang Optimum
  • Peningkatan Produktiviti
  • Peningkatan Kesejahteraan

Cara Kemuka Pendapat untuk Penambahbaikan Sistem Saraan

Selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 di bawah Bab 13, Bidang Keutamaan A iaitu “Membangunkan Perkhidmatan Awam yang Berprestasi Tinggi”, Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan dengan memberi fokus kepada pengurusan sumber manusia ke arah perkhidmatan awam yang moden.

Kajian ini juga memberi keutamaan kepada pendigitalan serta mengambil kira perubahan persekitaran merangkumi ekosistem baharu, peningkatan kemahiran pekerja (multitasking/ multiskilling) dan fleksibiliti dalam cara/ lokasi bekerja.

Penjawat awam di segenap lapisan perkhidmatan masih boleh mengemukakan cadangan penambahbaikan sistem saraan sedia ada meliputi segala aspek perkhidmatan melalui portal :

Semakan saraan yang telah dilancarkan sejak 7 Ogos 2023 di pautan sebelum 1 Mac 2024.

Untuk Sebarang Pertanyaan

Anda boleh emelkan kepada pihak bertanggungjawab untuk bertanyakan sebarang kemusykilan, persoalan, dan aduan anda berkaitan Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam:

[email protected]

4 KOMEN

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati