Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Peluang Kerjaya Guru: UPSI Buka Pengambilan Pelajar Diploma Pendidikan Effective Oktober 2022

Screenshot 20221003 101540 com.canva .editor edit 152379849999143

Peluang Kerjaya Guru: UPSI Buka Pengambilan Pelajar Diploma Pendidikan l Rujuk Syarat Permohonan. Makluman terkini, pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) telah membuka permohonan diploma pendidikan bagi sesi 2023.

Pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris Holdings Sdn Bhd mempelawa kepada calon yang berminat untuk menyambung pelajaran sewaktu cuti sekolah untuk memohon program Diploma Pendidikan Lepasan IjazahUniversiti Pendidikan Sultan Idris bagi kemasukan 2023 ini.

Program Diploma Pendidikan ini merupakan kursus yang melibatkan pengajian selama satu tahun setengah yang dijalankan pada waktu cuti sekolah, di mana pembelajaran adalah mengikut masa yang fleksibel sahaja.

Ini adalah peluang keemasan kepada anda untuk memilih kerjaya sebagai guru. Kelayakan anda yang mempunyai diploma pendidikan memudahkan urusan anda untuk memohon jawatan guru sekolah.

diploma upsi

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan diploma pendidikan, anda dialu-alukan untuk membuat permohonan segera di UPSI.

Peluang Kerjaya Guru: UPSI Buka Pengambilan Pelajar Diploma Pendidikan l Rujuk Syarat Permohonan

Apakah Kelebihan Program Diploma Pendidikan?

Bagi yang ingin menyambung diploma pendidikan, anda boleh ketahui dahulu kelebihan diploma pendidikan yang ditawarkan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara kelebihan program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah UPSI ini ialah:

  1. Yuran pengajian Diploma Pendidikan hanya keseluruhan RM10,000.
  2. Yuran pengajian akan dibayar selama 4 sem bersamaan ansuran 4 kali.
  3. Anda akan mempunyai masa belajar yang dleksibel semasa cuti sekolah.
  4. Pengajian Diploma Pendidikan anda dianugerahkan oleh UPSI sepenuhnya.
  5. Mempunyai pengiktirafan MQA dan KPM.
  6. Pembelajaran sepenuhnya pada cuti sekolah.
  7. Pembelajaran secara bersemuka beserta latihan mengajar,
  8. Diploma ikhtisas untuk mengajar sekolah kerajaan atau swasta.

Apakah Syarat Kemasukan Diploma Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris?

Kpeada calon-calon yang berminat untuk memohon,Anda mestilah memenuhi syarat kelayakan seperti di bawah ini:

  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Pemohon telah mempunyai Ijazah Pertama dalam pelbagai bidang di Universiti yang diiktiraf kerajaan.
  • Hendaklah PNGK tidak kurang daripada 2.00
  • Wajib lulus kepujian Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Apakah Kursus Yang Ditawarkan Universiti Pendidikan Sultan Idris?

Bagi para pemohon yang ingin membuat permohonan, anda boleh membuat permohonan berdasarkan kursus yang anda minati. Berikut merupakan kursus DPLI dan program yang ditawarkan di dalam program Sarjana Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris Mod Cuti Sekolah ini:

  1. Program Psikologi Pendidikan
  2. Program Teknologi Instruksional
  3. Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  4. Program Pendidikan Khas
  5. Program Pendidikan Sekolah Rendah
  6. Program Pendidikan Sains Sekolah Rendah
  7. Program Sosiologi Pendidikan
  8. Program Pengajian Kurikulum
  9. Program Pendidikan Matematik Sekolah Rendah
  10. Program Pedagogi • Program Bahasa Melayu
  11. Program Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL)

Berpakah Yuran Pengajian Yang Dikenakan?

Untuk Diploma pendidikan lepasan ijazah ini,dikenakan yuran  sebanyak RM 15,000 (Bantuan pembiayaan pendidikan disediakan)

diploma upsi 2

Permohonan Diploma Pendidikan Di UPSI

Bagaimanakah Cara Memohon?

Bagi calon yang berminat,anda boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah di bawah:

  1. Isi borang permohonan di pautan: https://tinyurl.com/borangpendaftaranDPLI-UPSI2023
  2. Hantar borang dan dokumen ke [email protected]

Untuk Maklumat Lanjut

Makluman kepada pemohon,untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai program Sarjana Pendidikan UPSI Mod Cuti Sekolah ini,

  • sila hubungi Pegawai Perhubungan Program di talian 017-5060857
Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati