Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Cara Mudah E Pengeluaran KWSP Untuk Tahun 2023

Cara Mudah E Pengeluaran KWSP
Cara Mudah E Pengeluaran KWSP

Cara Mudah E Pengeluaran KWSP Untuk Tahun 2023. Pihak pengurusan KWSP selalu mengambil cakna akan kepentingan dan kemudahan kepada pencarum yang menyimpan dalam akaun kumpulan Wang simpanan Pekerja iaitu KWSP jadi pihak pengurusan telah mewujudkan satu sistem yang yang memudahkan kepada pencarum untuk mengeluarkan wang simpanannya dengan mudah antara yang diwujudkan oleh pihak pengurusan KWSP ialah mewujudkan sistem E pengeluaran KWSP

E- pengeluaran KWSP  diwujudkan untuk memudahkan ahli KWSP membuat persediaan bagi menghadapi persaraan yang lebih selesa, KWSP membenarkan pengeluaran penuh atau sebahagian dari simpanan untuk memenuhi keperluan tertentu berhubung kait dengan persaraan selari dengan polisi KWSP sedia ada.

Pada anda yang ingin mengikuti informasi terbaru berkaitan permohonan kerja kosong atau bantuan kerajaan yang official bolehlah ikuti telegram di bawah:

Cara Mudah E Pengeluaran KWSP Untuk Tahun 2023

Cara Mudah E Pengeluaran KWSP 2
Cara Mudah E Pengeluaran KWSP

Apakah itu KWSP?

Kumpulan Wang simpanan Pekerja KWSP merupakan salah satu badan organisasi yang mana diwujudkan untuk membantu pekerja-pekerja yang kerja di sektor swasta atau bukan sektor kerajaan jadi inisiatif terbaik kerajaan adalah mewujudkan satu organisasi yang mana boleh membuat skim penyimpanan kepada semua pekerja swasta  menabung  untuk digunakan pada hari anda berhenti bekerja atau anda bersara

Jadi di sini setelah anda menyimpan di KWSP semestinya anda ingin mengeluarkan duit tersebut ketika memerlukan atau dalam keadaan terdesak jadi sistem pengeluaran KWSP telah di bina untuk memudahkan semua pencarum KWSP.

Kemudahan Cara Mudah E Pengeluaran KWSP

Kelebihan Pengeluaran Online

Untuk makluman pengeluaran diwujudkan adalah untuk memudahkan ahli pencarum atau ahli KWSP membuat persiapan bagi menghadapi persaraan yang lebih baik jadi untuk pengeluaran KWSP ni hanya boleh digunakan pada akaun 2 sahaja.

Pengeluaran yang tinggi dikeluarkan itu mestilah berkaitan dengan keperluan peribadi sahaja dan yang menepati syarat-syarat atau polisi yang telah ditetapkan oleh KWSP.

Pembahagian E Pengeluaran KWSP

Pihak pengurusan KWSP telah membuat dua pembahagian untuk Pengeluaran ini.

Cara Mudah E Pengeluaran KWSP 3
Cara Mudah E Pengeluaran KWSP

Pengeluaran Sebahagian

  • Umur 50

Bentuk pengeluaran sebahagian umur 50 mestilah warganegara yang bukan warganegara ahli itu berumur di antara 50 hingga sebelum mencapai umur 55 tahun dan dia mempunyai simpanan dalam akaun 2 KWSP

  • Pendidikan

Bagi pendidikan ahli boleh memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada akaun 2 untuk membantu membiayai pendidikan pasangan atau anak-anak dan berkaitan dengannya kos yang diberi ialah yuran pengajian dan cas yang dikenakan oleh sesi pengajian atau dipanggil baki pinjaman yuran hostel atau penginapan dan penerbangan sehala.

  •  Beli rumah

Rumah kediaman jenis banglo teres berkembar apartment kondominium studio apartment service Town Hall 7 dan lain-lain dengan unit kediaman di Malaysia berdasarkan di bawah akta perkhidmatan kewangan 2013 atau kewangan Islam 2013

  •  Bina rumah

Kelayakan untuk membina rumah adalah warganegara Malaysia  dan bukan warganegara umur bawah 55 mempunyai sekurang-kurangnya 500 ratus dalam akaun 2,pinjaman dari Syarikat pinjaman yang diluluskan dari pemberi pinjaman yang dibenarkan,tidak pernah membuat pengeluaran perumahan atau membuat keluaran membeli rumah

  • Mengurangkan menyelesaikan baki pinjaman perumahan
  •  Ansuran bulanan pinjaman

Komitmen membayar ansuran bulanan ke jamban adalah satu perkara yang berat bagi seseorang yang mempunyai masalah kewangan sini KWSP memperkenalkan pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan supaya dapat membantu ahli KWSP terhimpit dengan keadaan kewangan yang tidak menentu dan tidak tetap sehinggalah selesai salah kawankan ahli KWSP.

  •  Perumahan fleksibel
  •  Perumahan Prima
  •  Haji

Untuk pengetahuan pengeluaran sebahagian haji adalah seorang itu mestilah umur bawah 55 tahun dan dia dipilih untuk melakukan ibadah haji oleh Lembaga tabung haji pada tahun tersebut dan tidak pernah memohon pengeluaran haji dan permohonan untuk pengeluaran haji ini kerana simpanan di tabung haji tidak mencukupi.

  •  Kesihatan

Disebabkan perkembangan teknologi kesihatan sekarang menyebabkan juga kos kesihatan juga menjadi meningkat jadi pihak KWSP telah membuat satu alternatif untuk membenarkan ahli mengeluarkan sebahagian duit KWSP daripada akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan akan diterima permohonannya

  •  Simpanan melebihi RM1juta

berikut adalah pembahagian  atau pilihan pengeluaran sebahagian yang boleh dikeluarkan oleh ahli KWSP dengan menggunakan akaun kedua

IMG 20221226 023733 309Pengeluaran Penuh

  • Umur 55

Apabila ahli KWSP itu mencapai umur 55 tahun caruman anda daripada akaun 1 dan akaun 2 akan digabungkan ke dalam akaun RM55,ahli boleh mengeluarkan kesemua atau sebahagian simpanan daripada akaun 55 yang digabungkan daripada akaun 1 dan 2 sekiranya ahli memilih untuk terus bekerja maka caruman selepas itu akan dikreditkan ke dalam akaun emas yang mana dia boleh dibuat keluarkan pada umur 60 tahun sahaja

  •  Umur 60.

Ahli KWSP yang telah memilih untuk bersara pada umur 60 tahun akan dipindah kepada akaun emas. Jika ada baki simpanan pada akaun 5 5 maka hati tersebut akan dipindahkan kepada kak mas dan anda boleh memilih untuk membuat pengeluaran secara pengeluaran sepenuh atau sebahagian pada bila-bila masa sahaja untuk menanggung kos sara hidup persaraan anda

  • Pekerja berpencen dan pesara pilihan
  • Hilang upaya
  •  Meninggalkan negara
  •  Kematian

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pilihan pengeluaran secara sebahagian atau penuh anda boleh rujuk pada Portal Rasmi KWSP atau link di bawah:

Portal Rasmi KWSP

SYARAT KELAYAKAN E-PENGELUARAN KWSP

Syarat Kelayakan Diperlukan

Disini kami  telah menyediakan syarat kelayakan  berdasarkan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan bagi permohonan e-pengeluaran KWSP seperti berikut :

  • Merupakan Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP yang ingin membuat pengeluaran hanya dibolehkan tidak melebihi jumlah pengeluaran maksimumyang telah ditetapkan oleh KWSP
  • Pembahagian diberikan secara kredit ke akaun bank simpanan pemohon/ahli
  • Syarat kelayakan adalah bergantung pada pilihan pengeluaran yang ingin dibuat

CARA PERMOHONAN

Sekiranya anda ingin membuat pengeluaran wang KWSP mestilah melalui akaun 2, langkah pertama sila daftar masuk i-akaun terlebih dahulu jika belum daftar boleh daftar dibawah. Setelah mendaftar i-akaun, anda boleh membuat permohonan melalui e-pengeluaran KWSP.

LANGKAH PERMOHONAN PENGELUARAN

  • Langkah pertama,  anda dikehendaki log masuk i-akaun KWSP. Jika belum ada akaun, anda boleh daftar terus – Di Sini –
  • Selepas anda  log masuk, sila tekan pada bahagian ruangan menu ‘Pengeluaran’
  • Kemudian tekan pada bahagian ‘Permohonan Baru’
  • Sila pilih jenis pengeluaran, anda boleh pilih tujuan pengeluaran peribadi anda
  • Pada ruangan institusi anda boleh memilih bank tempat anda ingin membeli rumah sekiranya tujuan pengeluaran membeli rumah
  • Anda dikehendaki semak dan ikuti langkah yang telah ditetapkan sehingga selesai membuat permohonan pengeluaran
  • Dalam tempoh masa yang ditetapkan, anda akan menerima pesanan SMS dengan kenyataan bahawa anda perlu ke cawangan KWSP bagi membuat pengesahan cap jari di mesin yang disediakan
  • Keputusan permohonan akan mengambil masa sekurang-kurangnya 10 hari bekerja dari tarikh permohonan.

Semoga urusan pengeluaran duit simpanan KWSP ini dipermudahkan dan semoga cara dan syarat kelayakan yang kami tetapkan yang telah ditetapkan oleh majikan membantu urusan anda.

Bagi mendapatkan info dan maklumat pantas daripada pengumuman rasmi kerajaan atau info-info menarik, anda boleh cari maklumat terpantas  yang disediakan di bawah :

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati