Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Terkini : Pengambilan Guru Dipertingkatkan l KPM Guna Kaedah Kluster Mata Pelajaran Dalam Pengambilan Guru Effective 2022

pengambilan guru dipertingkatkan

Terkini : Pengambilan Guru Dipertingkatkan l KPM Guna Kaedah Kluster Mata Pelajaran Dalam Intake Guru. Isu negara kekurangan guru sedang hangat diperkatakan, ramai yang mengatakan sistem pendidikan negara perlu ada pembaharuan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) telah bertindak dan menyusun strategi untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam sistem pendidikan negara.

Keperluan guru telah dikaji oleh KPM dengan hasil kerjasama beberapa pihak. Oleh demikian itu, KPM bersetuju untuk mengorak langkah dalam mengisis kokosongan dan kekurangan guru yang dilihat perlu diselesaikan segera bagi memastikan sistem pendidikan negara mencapai matlamat.

Ikuti ulasan lanjut mengenai pengambilan guru dibawah.

Baca : “Intake Guru Ditambah”- KPM l Peluang Keemasan Graduan Jadi Guru Tahun 2022

Terkini : Pengambilan Guru Dipertingkatkan l KPM Guna Kaedah Kluster Mata Pelajaran Dalam Intake Guru

Intake Guru Ditambah

Baru-baru ini menteri kanan pendidikan , Datuk Dr.Radzi Jidin mengeluarkan kenyataan mengenai intake guru akan diperbesarkan dan diperluaskan bagi memenuhi permintaan guru di setempat dalam negeri di Malaysia.

Ia merupakan usaha kerajaan melalui KPM untuk menangani isu lambakan graduan, kekurangan profession guru dan masalah kerja di sekolah. Oleh itu, KPM turut mengkaji beberapa mekanisma dalam urusan intake guru yang perlu dilihat teliti bagi memastikan perancangan yang dibuat mencapai matlamat pendidikan negara.

KPM Jelaskan Intake Guru Adalah Berdasarkan Kaedah Kluster Mata Pelajaran

43ad8f59 4ca1 4883 a76d 06572d969e1e 9
Terkini : Pengambilan Guru Dipertingkatkan l KPM Guna Kaedah Kluster Mata Pelajaran Dalam Pengambilan Guru Effective 2022 3

Dibawah tampuk pentadbiran baharu Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Dr.Radzi Jidin mengkaji dan meneliti isu pengambilan guru dengan pendekatan baharu. Beliau mengutarakan pandangan, isu pengambilan guru adalah sudah lama dan perlu diselesaikan.

Isu pengambilan guru sebelum ini dilihat dan dikaji balik, dan hasilnya pihak KPM menjumpai jalan penyelesaianya dengan menggunakan kaedah baharu dalam urusan pengambilan guru.

Menurut Datuk Dr.Radzi Jidin, mengenai intake guru berdasarkan kaedah kluster mata pelajaran, jika graduan pendidikan dalam bidang fizik, maka kena tunggu ada kekosongan opsyen dalam subjek fizik di sekolah baru boleh diambil untuk mengajar di sekolah.

Melalui kaedah pengambilan baharu iaitu kluster mata pelajaran, pengambilan berdasarkan kluster mata pelajaran, graduan fizik yang akan mengajar mata pelajaran fizik sememangnya tahu matematik itu bermakna graduan fizik juga boleh mengajar subjek matematik.

Jadi, ia akan dapat membuka peluang dan mengecilkan jurang dalam masalah pendidkan negera yang melanda sekarang ini.

Pihak SPP Bersedia Untuk Membuat Pengambilan Guru Secara Besar-Besaran

Kita sedia maklum, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan(SPP) memainkan peranan yang penting dalam pengambilan guru yang akan ditempatkan diserata negeri dalam Malaysia. Pihak SPP akan membuat tapisan kepada ribuan permohonan dari graduan pendidikan dan graduan bukan pendidikan.

Bagi tahun 2021, pihak SPP telah membuka pengambilan guru secara one-off bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan. Merujuk pada data tahun lepas, sebanyak 18 ribu lebih diambil dalam urusan pengambilan guru.

Kini bagi tahun 2022 pula, KPM dengan perancangan baharu menegaskan akan bekerjasama dengan pihak SPP dan kemungkinan pengambilan guru akan diperluaskan lagi berbanding tahun lepas berdasarkan kaedah kluster mata pelajaran yang diperkenalkan oleh pihak KPM.

Bakal Graduan Pendidikan, Anda Sudah Bersiap Sedia Untuk Menjadi Guru?

Ramai sebenarnya yang tertunggu-tunggu makluman baharu daripada KPM mengenai pengambilan guru yang dilihat dapat menyelesaikan masalah lambakan graduan pendidikan di Malaysia dalam pelbagai subjek dan kos pengajian.

Walaubagaimanapun, persedian dalam urusan pengambilan perlu dibuat bagi memastikan permohonan jawatan guru berjalan lancar. Disini, kami dari Sistem Guru Online menyediakan anda tip-tip bagi panggilan bagi temu duga SPP. Klik Sini.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati