Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam dan Sektor Swasta dan Penerangan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam dan Sektor Swasta dan Penerangan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Ramai rakyat Malaysia yang mempunyai komitmen berkenaan pinjaman dan sering juga merujuk jadual pembayaran peribadi bank rakyat. Pelbagai pengetahuan yang anda perlu ketahui berkenaan pinjaman peribadi dan lain-lain berkenaan bank rakyat.

Bagi Bank Rakyat, mereka mempunyai matlamat yang jelas untuk memastikan perkhidmatan mereka berada pada tahap yang terbaik dan sentiasa tingkatkan kualiti perkhidmatan mereka. Bank Rakyat menyediakan pinjaman peribadi kepada penjawat awam dan pekerja swasta serta terdapat jadual pembayaran peribadi Bank Rakyat yang boleh disemak secara atas talian.

Berkenaan Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat

Jenis Pinjaman Peribadi Bank Rakyat

Untuk pengetahuan semua, pihak Bank Rakyat ada menyediakan perkhidmatan pinjaman peribadi yang disediakan mengikut pelbagai golongan. Dengan matlamat untuk memberikan kemudahan kepada pelbagai lapisan, berikut adalah merupakan senarai jenis pinjaman peribadi yang disediakan oleh Bank Rakyat:

  • Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam
  • Pembiayaan Peribadi-i Penyatuan Hutang
  • Pembiayaan Peribadi-i Pesara
  • Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta
  • Pembiayaan Peribadi-i Swasta(Eksklusif)
  • Pembiayaan Peribadi-i Umrah dan Haji

Antara yang menjadi pilihan ramai dalam perkhidmatan pinjaman peribadi adalah pinjaman peribadi Bank Rakyat penjawat awam dan swasta.

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Penjawat Awam

Bagi mereka yang berjaya mendapat pembiayaan peribadi-i Sektor awam adalah ditetapkan bayaran peribadi melalui jadual pembayaran peribadi bank rakyat yang rasmi boleh dirujuk melalui gambar rajah dibawah:

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam (Kadar Terapung)

jadual pembayaran peribadi bank rakyat penjawat awam
Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam dan Sektor Swasta dan Penerangan Pinjaman Peribadi Bank Rakyat 9

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam (Kadar Terapung) Secara Elektronik

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam (Kadar Terapung) Secara Elektronik

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam (Kadar Terapung) Pindahan Gaji

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam (Kadar Terapung) Pindahan Gaji

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam (Kadar Tetap)

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam (Kadar Tetap)

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam (Kadar Tetap) Elektronik

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam (Kadar Tetap) Elektronik

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Swasta

Untuk mereka yang layak mendapat pembiayaan peribadi-i sektor Swasta pula boleh merujuk jadual pembayaran peribadi Bank Rakyat Swasta. Berikut adalah merupakan gambar rajah yang anda boleh rujuk:

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Swasta (Kadar Terapung)

jadual pembayaran peribadi bank rakyat swasta

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Swasta (Kadar Terapung) Elektronik

Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Swasta (Kadar Terapung) Elektronik

Perbezaan Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam dan Sektor Swasta

Melalui perkhidmatan pembiayaan peribadi yang disediakan oleh Bank Rakyat, ada dua jenis pembiayaan peribadi yang kita akan bincangkan berkenaan pinjaman peribadi penjawat awam dan swasta.

Pembiayaan Peribadi-i Sektor Awam

Berikut adalah penerangan berkenaan pembiayaan peribadi yang disediakan khas kepada sektor awam:

Ciri-Ciri

  • Amaun pembiayaan sehingga RM400,000
  • Tempoh pembiayaan sehingga 10 tahun
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan
  • Pilihan kadar keuntungan tetap atau terapung

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Berpendapatan bulanan tetap minimum RM1,600 termasuk elaun tetap
  • Berkhidmat dalam sektor awam & syarikat GLC terpilih
  • Telah berkhidmat minimum tiga (3) bulan

Dokumen yang Diperlukan

  • Salinan MyKad/MyTentera.
  • Slip gaji untuk 3 bulan terakhir.
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir (pengkreditan gaji)
  • Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:
    • Surat Pengesahan Majikan
    • Borang EA.

Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta

Dibawah adalah merupakan penjelasan lengkap berkenaan ciri, syarat dan dokumen yang perlu disediakan semasa proses permohonan pinjaman peribadi kepada sektor Swasta:

Ciri-Ciri

  • Amaun pembiayaan sehingga RM400,000
  • Tempoh pembiayaan:
    • Gaji RM2,000 – RM 3,000 (Permohonan baru 5 tahun / Permohonan berulang 10 tahun)
    • Gaji RM3,001 dan ke atas (Permohonan baru 10 tahun / Permohonan berulang 10 tahun)
  • Tiada jaminan diperlukan
  • Perlindungan takaful atas pilihan pelanggan

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur minimum 18 tahun dan maksimum 60 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
  • Gaji kasar minimum termasuk elaun tetap adalah seperti berikut :
    • Berjawatan tetap RM2,000 dan keatas
    • Berjawatan kontrak RM8,000 dan keatas

Dokumen yang Diperlukan

  • Salinan MyKad
  • Slip gaji untuk 3 bulan terakhir.
  • Penyata Bank untuk 3 bulan terakhir (pengkreditan gajI)
  • Penyata KWSP
  • Dan sekurang-kurangnya satu daripada berikut:
    • Surat Pengesahan Majikan
    • Borang EA
    • Slip Pengesahan Penerimaan e-B oleh LHDN

Soalan FAQs Berkenaan Jadual Pembayaran Peribadi Bank Rakyat Sektor Awam dan Sektor Swasta

Apakah tujuan pinjaman peribadi bank rakyat?

Produk ini menawarkan kemudahan tunai bagi membantu anda dalam menangani keperluan kewangan.

Adakag pinjaman peribadi bank rakyat patuh syariah?

Kemudahan pembiayaan adalah di bawah prinsip syariah Murabahah (dengan menerima pakai amalan Tawarruq) di mana berdasarkan Wa’d daripada pihak pelanggan.

Berapa caj atau fi pinjaman peribadi Bank Rakyat?

Duti Setem: 0.5% dari jumlah pembiayaan seperti yang terkandung dalam Akta Duti Setem 1949. Manakalah untuk Fi Wakalah atau agensi berjumlah RM28.30 termasuk Yuran Broker.

1 komen

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati