Panggilan Temuduga SPP: Guru Ini Kongsikan 10 Persediaan “LULUS” Yang Calon Wajib Ambil Cakna. Baru sahaja pihak SPP mengumumkan keputusan permohonan menjadi Pegawai Pendidikan yang portal permohonan dibuka sebelum ini.
Tahniah diucapkan kepada mereka yang layak dipanggil temuduga. Kepada mereka yang masih belum menyemak mengenai hebahan panggilan temuduga SPP, anda boleh menyemak dibawah:
Semakan Panggilan Temuduga SPP 2022
Kepada mereka yang menerima berita gembira, anda bolehlah membuat persediaan yang rapi bagi menghadapi temuduga daripada pihak SPP. Berkenaan panggilan temuduga pendidikan, pihak kami dari Sistem Guru Online membawakan khas kepada persediaan panggilan temuduga SPP dibawah.
Panggilan Temuduga SPP: Guru Ini Kongsikan 10 Persediaan “LULUS” Yang Calon Wajib Ambil Cakna
Isi Kandungan
Sebentar tadi baru sahaja pihak SPP mengumukan keputusan bagi panggilan temuduga Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) DH41 Dan DH29. Tahniah kami ucapkan kepada mereka yang berjaya dipanggil hadir temuduga. Bagi mereka yang tidak berjaya,anda jangan berputus asa kerana peluang menjadi pendidik masih terbuka.
Anda Berjaya Dipanggil Hadir Temuduga?Tahniah!
Dipanggil oleh pihak SPP untuk hadiri temuduga merupakan satu peluang yang besar kepada calon-calon. Pihak SPP telahpun menapis semua permohonan para calon yang memohon, dan jika anda terpilih itu merupakan satu kejayaan kerana anda berada dikalangan yang terbaik.
Persediaan Temuduga? Bagaimana Untuk Saya Lebih Bersedia?
Jangan risau! anda semestinya mampu dan boleh!. Tarikh Temuduga yang bakal tiba merupakan suatu yang mungkin akan memberi debaran kepada para calon semua. Walau bagaimanapun, anda perlu menghadapinya dengan tenang dan rapi. Disini, kami sediakan khas kepada anda persediaan temuduga SPP yang dikongsikan oleh seorang Guru, Farah Nabilah yang mempunyai pengalaman hadiri temuduga SPP. Jom! kita ikuti persediaan yang PENTING bagi menhadapi temuduga SPP nanti.
Persediaan Temuduga SPP: 10 Persediaan Lulus Temuduga SPP Jika Berminat Menjadi Pendidik
Pertama sekali….
Mestilah pakai pakaian kemas dan formal. Wajib ada tag nama, rambut pendek bagi lelaki, dan baju kurung bagi wanita islam. Wanita bukan islam, pakai pakaian sopan.
Kedua….
Zaman teknologi sekarang mesti tahu asas dan serba sedikit mengenai Google Meet, Zoom, Telegram, Youtube dan lain-lain.
Ya, sememangnya seorang pendidik wajar mengambil tahu kecanggihan aplikasi dan teknologi supaya proses pengajaran berjalan lancar
Ketiga…
Kenali kaedah PDPR yang ada. Online, offline, offsite. Gabungan kaedah. Baca dan fahami betul-betul. Semuanya ada di laman web dan FB KPM.
Keempat…
Cuba tambah ilmu tentang apps terkini yang ramai cikgu guna pada masa sekarang ini seperti Kahoot, Quizziz, Wordwall, Liveworksheet, Educandy dan banyak lagi. Praktis dari sekarang.
Kelima…
Memandangkan kes covid19 belum turun dan kita masih dalam PKP, kemungkinan temuduga diadakan secara online sangat tinggi. Sila sediakan tempat sesuai untuk ditemuduga. Lighting, microphone dan background antara yang penting.
Keenam Ini Take Noted!..
Praktis cara mengajar. Pilih satu subjek, atau topik menarik. Cuba ajar depan cermin atau rakam diri sendiri mengajar. Ubah bagi nampak menarik dan berkeyakinan.
Ketujuh…
Paling penting, wajib setuju jika ditempatkan di mana-manapun. Jangan pilih-pilih tempat. 4 negeri iaitu Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak itu sudah pasti. Sediakan mental dan fizikal.
Kelapan…
Jika dipanggil temuduga bersemuka pula, praktis gaya bercakap, mesti yakin, cakna isu semasa, jangan pula antivaksin yer. Pastikan badan sihat.
Kesembilan…
Jawab soalan dengan suara yang lantang, jelas dan jangan guna bahasa pasar. Mesti guna bahasa formal dan baku. Paling penting, masa nak kenalkan diri mesti guna kata sendi yang betul. Saya berasal ‘dari’ Kedah. Bukannya Saya berasal ‘daripada’ Kedah ya. Kang kena setepek awal-awal temuduga. Huhu
Akhir Sekali…
Boleh kongsikan pengalaman mengajar jika pernah mengajar, BBM yang pernah buat, masalah di sekolah dan cara mengatasi.
Dan Jangan Lupa…
boleh juga nak tumpukan perhatian pada sistem pendidikan Malaysia sekarang, semak balik Falsafah Pendidikan Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, ketahui fungsi SPP dan JPA.
Perkongsian ini dikongsi oleh Facebook : Farah Nabilah
“Selamat Bertemuduga Kepada Mereka Yang Berjaya, Semoga Mendapat Kejayaan”
Demikianlah perkongsian serba sediki mengenai persediaan hadiri temuduga SPP. Mungkin ramai yang terlepas pandang walaupun ia perkara remeh. Semoga dipermudahkan urusan para calon pendidik. Do Your Best!