Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan Penceraian dalam Islam Secara 1 Kali Lafaz dihadapan Hakim

penceraian dalam islam

Penceraian dalam islam merupakan 1 ilmu wajib dipelajari oleh semua orang. Jelas sekali, walaupun setiap pasangan yang berkahwin inginkan satu mahligai yang bahagia. Namun begitu, kadang kala tewas dengan pancaroba dan ujian yang dilemparkan sehingga menyebabkan perceraian berlaku.

Walaupun ianya halal disisi Allah swt, akan tetapi ianya merupakan perkara yang dibenci olehNya. Kadar perceraian kian meningkat saban hari, namun mungkin itu merupakan solusi terakhir buat pasangan tersebut yang diuji dengan pelbagai perkara yang tidak dapat kita bayangkan.

Data Penceraian di Malaysia oleh Kerajaan

Di Malaysia yang terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum, dalam keharmonian dan perpaduan rakyat sebenarnya berlaku banyak keretakan rumah tangga yang disebabkan oleh pelbagai punca. Data ini telah dikongsikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan seharusnya kita semua mengambil iktibar tentang statistik data yang membimbangkan ini.

penceraian dalam islam
Permohonan Penceraian dalam Islam Secara 1 Kali Lafaz dihadapan Hakim 4

Menurut data yang dikongsikan oleh pihak kerajaan, kita dapat simpulkan bahawa 3 isu utama berlakunya penceraian ialah :

  • Masalah kewangan pasangan mencatatkan 17,359 kes di seluruh Malaysia.
  • Gangguan pihak ketiga dengan 6,574 kes dan merupakan situasi yang membimbangkan.
  • Penderaan fizikal & mental. 4,884 kes dan trend ini dibimbangi semakin meningkat.

Jika ini belum merisaukan kita, mari kita lihat data terbaru yang dikutip secara spesifik melibatkan kes penceraian orang islam sahaja di seluruh negeri di Malaysia. Data dikutip untuk proses penceraian yang difailkan bermula Mac 2020 hingga Ogos 2021.

NEGERIKES PENCERAIAN
Johor7,558
Kedah5,985
Kelantan5,982
Melaka2,402
Negeri Sembilan3,473
Pahang5,058
Perak5,921
Perlis1,081
Pulau Pinang2,978
Sabah4,010
Sarawak561
Selangor12,479
Terengganu5,098
Wilayah Persekutuan3,854
JUMLAH66,440

Definisi Talak & Penceraian dalam Islam

Walaupun penceraian dalam islam merupakan perkara yang dibenci Allah swt, namun ilmu penceraian ini perlu kita fahami dan kuasai sebagai panduan hidup kita mencari redha Allah. Berikut ialah definisi talak dan penceraian dalam islam:

DEFINISI & PENERANGAN
Talak
Berasal dari perkataan Arab yang bermaksud melepaskan ikatan atau membuka ikatan. Dari segi syarak ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan perkataan yang jelas atau kinayah.
Penceraian
Bermaksud menamatkan perhubungan perkahwinan sama ada dengan pilihan suami atau dengan keputusan qadi. Dari segi bahasa bermaksud berpisah manakala dari segi istilah pula membawa maksud keruntuhan hubungan perkahwinan dan terputusnya hubungan suami isteri dengan bersebab.

Urusan Penceraian dalam Islam di Mahkamah Syariah

Sebagaimana tertulis didalam Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Terengganu, terdapat beberapa cara untuk membubarkan perkahwinan. Salah satunya melalui cara permohonan perceraian. Apa yang perlu dilakukan oleh pasangan sekiranya ingin bercerai?

penceraian dalam islam

Cara Permohonan Penceraian dalam Islam

Setiap Mahkamah Syariah menyediakan satu bilik rundingan dan fungsi bilik tersebut adalah untuk berbincang atau meminta pendapat daripada Pegawai Syariah Mahkamah tentang kemelut rumahtangga yang dihadapi oleh pasangan tersebut.

Adakah kedua-dua pihak perlu hadir? Tidak perlu, memadai hanya salah seorang pasangan sahaja yang hadir. Andai kata pihak-pihak bersetuju untuk bercerai secara damai, eloklah untuk menggunakan kaedah permohonan perceraian ini. Salah seorang dari pasangan suami isteri tersebut perlu hadir ke Mahkamah yang berdekatan bagi membuat permohonan perceraian.

Proses Sulh atau Alternative Dispute Resolution (ADR)

Menjadi satu amalan, sebelum pasangan tersebut bercerai, mereka akan melalui proses Sulh atau Alternative Dispute Resolution (ADR) yang akan dikendalikan oleh pegawai Sulh. Tugas pegawai Sulh adalah mendengar dari kedua-dua pihak dan mencelah jika perlu. Proses Sulh ini hanya melibatkan pasangan suami isteri dan pengawai Sulh sahaja.

Tidak ada mana-mana wakil peguam Syarie dibenarkan masuk bagi mendengar proses tersebut. Seandainya Sulh berjaya dan pihak-pihak bersetuju untuk berpisah, pegawai Sulh akan terus mengemukakan permohonan tersebut kepada Hakim Mahkamah Syariah untuk diteruskan perceraian pada hari yang sama.

Namun, apa yang akan berlaku sekiranya proses Sulh gagal? Pasangan tersebut akan diberikan satu tarikh lain untuk menghadap Yang Arif. Memandangkan kuasa talak ditangan suami, Yang Arif tidak akan memaksa suami untuk melafazkan cerai.

Namun, Yang Arif akan membuat penilaian sama ada rumahtangga tersebut mencapai matlamat perkahwinan atau tidak dan akan menasihati suami untuk melafazkan talak sekiranya perlu.

Perincian Perkara Yang Akan di Selidik Sebelum Lafaz Talak di Buat

Sebelum talak dilafazkan, ada beberapa perkara yang akan diselidik terlebih dahulu.

  1. Adakah isteri dalam keadaan haid?
  2. Adakah persetubuhan berlaku dalam tempoh terdekat?
  3. Adakah suami dalam keadaan sedar dan sihat?
  4. Adakah pihak-pihak bersetuju untuk bercerai?

Sekiranya Yang Arif berpuas hati dengan semua keterangan dan pengakuan dari pasangan tersebut, beliau akan memberi peluang kepada pasangan tersebut untuk bersalaman buat kali yang terakhir sebelum diberikan keizinan kepada suami untuk melafazkan cerai.

Yang Arif hakim akan memberi peluang kepada pihak suami untuk melafazkan cerai kepada isterinya dengan ayat yang telah diberikan. “Saya, Ahmad hamdi bin Mohamad menceraikan Isteri saya, Maimunah binti Hadi dengan lafaz talak satu”. Hanya lafaz ini dibenarkan didalam Mahkamah dan pihak suami perlu akur dan ikut lafaz tersebut.

Selepas bercerai, pihak-pihak hendaklah mengembalikan kad perakuan kahwin dan sijil perkahwinan kepada Mahkamah untuk dilupuskan dan akan digantikan kepada sijil cerai yang baru.

Dapatkan Pelbagai Borang dan Contoh Permohonan Kes Penceraian dalam Islam

Untuk pengetahuan semuan, setiap permohonan adalah berbeza bagi setiap negeri memandangkan enakmen yang digunakan adalah berbeza namun, bagi rakyat Terengganu, segala borang-borang boleh didapati di Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.

Antara contoh dan borang yang disediakan ialah :

Kes Penceraian dalam Islam

  1. Contoh Afidavit Kes Permohonan Perceraian
  2. Contoh Penyata Tuntutan Kes Khulu’ / Tebus Talaq
  3. Contoh Afidavit Kes Permohonan Perceraian Di Bawah Takliq
  4. Contoh Afidavit Kes Permohonan Pengesahan Perceraian
  5. Contoh Afidavit Kes Permohonan Pengesahan Rujuk
  6. Contoh Penyata Tuntutan Kes Fasakh
  7. Contoh Penyata Tuntutan Kes Sabitan Isteri Nusyuz

Kes Tuntutan Nafkah

  1. Contoh Penyata Tuntutan Kes Nafkah Anak
  2. Contoh Penyata Tuntutan Kes Mengubah Perintah Nafkah Anak
  3. Contoh Penyata Tuntutan Kes Membatalkan Perintah Nafkah Anak
  4. Contoh Penyata Tuntutan Kes Nafkah Isteri
  5. Contoh Penyata Tuntutan Kes Nafkah Iddah
  6. Contoh Penyata Tuntutan Kes Mutaah
  7. Contoh Penyata Tuntutan Kes Tunggakan Nafkah Isteri
  8. Contoh Notis Permohonan Perintah Interim Nafkah Anak

Kes Perkahwinan

  1. Contoh Afidavit Kes Permohonan Kebenaran Berkahwin Wali Hakim
  2. Contoh Afidavit Kes Permohonan Kebenaran Berpoligami
  3. Contoh Afidavit Kes Permohonan Kebenaran Nikah Bawah Umur
  4. Contoh Penyata Tuntutan Kes Faraq Nikah
  5. Contoh Penyata Tuntutan Kes Isteri Kembali Taat
  6. Contoh Penyata Tuntutan Kes Hutang Mas Kahwin
  7. Contoh Penyata Tuntutan Kes Wali Engkar
  8. Contoh Afidavit Kes Permohonan Pengesahan / Perintah Nikah

Kes Tuntutan Harta Sepencarian/ Hibab/ Wasiat

  1. Contoh Penyata Tuntutan Kes Harta Sepencarian (Kes Bercerai Semasa Hidup)
  2. Contoh Penyata Tuntutan Kes Harta Sepencarian (Kes Kematian)
  3. Contoh Penyata Tuntutan Kes Hibah
  4. Contoh Penyata Tuntutan Kes Pengesahan Wasiat
  5. Contoh Afidavit Kes Permohonan Pelantikan Penjaga Diri Dan Harta

Kes Faraid

  1. Contoh Afidavit Kes Permohonan Sijil Faraid (Selapis)
  2. Contoh Afidavit Kes Permohonan Sijil Faraid (Berlapis)
  3. Contoh Afidavit Kes Persetujuan Serahan Kenderaan
  4. Contoh Afidavit Kes Permohonan Sijil Faraid (Kenderaan)

Kes Tuntutuan Hak Jagaan Anak

  1. Contoh Penyata Tuntutan Kes Hadhanah
  2. Contoh Penyata Tuntutan Kes Mengubah Perintah Hak Jagaan Anak
  3. Contoh Notis Permohonan Perintah Interim Hadhanah

Penceraian dalam Islam Sebagai Satu Jalan Akhir Untuk Kebaikan Semua Pihak

Ada ketikanya, permohonan dibuat oleh pihak isteri dan pihak suami tidak bersetuju langsung untuk melepaskan atau melafazkan talak. Dalam Islam, terdapat 7 cara untuk bercerai maka pihak isteri boleh mendapatkan pandangan di Mahkamah Syariah berdekatan mengenai kaedah perceraian yang terbaik. Walaupon lafaz cerai telah dilafazkan di Mahkamah, seandainya pasangan tersebut ingin ruju’ atau cinta kembali berputik, mereka boleh hadir ke Mahkamah Syariah untuk membuat permohonan Ruju’.

Setiap fasa perkahwinan hendaklah direkod. Ini kerana, kadang-kadang kita terlalu mengambil mudah tentang nikah cerai dan tanpa sedar, sebenarnya, lafaz talak telah dilafazkan melebihi yang sepatutnya. Oleh sebab itu, janganlah mengambil mudah tentang nikah cerai. Banyak keadaan dan hukum saling berkait rapat seperti status taraf anak yang lahir, persetubuhan dan sebagainya.

Mungkin ramai tak tahu, persetubuhan yang berlaku sepanjang pernikahan syubhah tersebut sekaligus memberi kesan kepada hak-hak anak tersebut dalam pembahagian faraid.

Akhir kata, sebagai seorang suami atau ketua keluarga kita perlu sentiasa menjaga dan mengawal petuturan. Tanpa sedar, walaupon hanya bermain-main dengan perkataan nikah atau cerai, secara hukumnya akan terlaksana walaupon tanpa niat.

Di antara syarat sah nikah adalah mempunyai akal yang sihat. Oleh itu, para suami sekalian, anda mempunyai tanggungjawab terhadap amanah yang anda telah lafazkan untuk mengambil alih tanggungjawab, maka laksanakanlah dengan sempurna.

Tidak dinafikan setiap perkahwinan akan mempunyai pelbagai fasa ujian namun, adakah semudah itu kita mengaku kalah terhadap ujian tersebut? Usaha untuk membaiki hubungan terlebih dahulu sebelum meletakkan noktah dalam perkahwinan tersebut.

Seorang ayah tidak menyerahkan anak perempuannya untuk diseksa dan dizalimi oleh seseorang bernama suami. Lafaz akad nikah bukanlah tiket untuk menjadikan isteri sebagai ‘punching bag’ atau melampias nafsu semata-mata.

Zaman sekarang merupakan zaman teknologi dan pelbagai sumber yang ada bagi menimba ilmu dan terlalu ramai penceramah atau penasihat memberi ilmu rumahtangga tanpa perlu dibayar. Sebagaimana hadis Rasullullah, kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap orang yang dipimpin. Kita perlu menukar perspektif pandangan terhadap perkahwinan. Bukannya kebahagiaan itu perlu dicari akan tetapi kebahagiaan itu perlu dicipta barulah bahagia boleh dicapai.

Paling penting dalam sesuatu perkahwinan tersebut mempunyai matlamat perkahwinan dan tiada mudharat terhadap pihak-pihak. Ada ketikanya perceraian adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan pergaduhan terus berlaku. Sebagai ibu bapa, tanpa sedar anak-anak menjadi saksi setiap adegan pergaduhan yang berlaku. Secara tak langsung memberi kesan terhadap pembelajaran anak-anak. Ramai ibu bapa yang leka tentang perkara ini.

Tidak salah untuk menjadi co-parents dalam mendidik anak-anak, mungkin ini adalah jalan terbaik buat mereka. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga lupa ada yang terluka tanpa kita sedari. Anak-anak adalah amanah dan setiap amanah hendaklah dilaksanakan dengan sebaiknya. Tidak sepatutnya mereka menyaksikan setiap perselisihan faham diantara ibu bapa mereka.

Perceraian adalah jalan terakhir jika semua usaha bagi memulihkan perkahwinan tersebut gagal. Paling penting dalam sesuatu perkahwinan tersebut mempunyai matlamat perkahwinan dan tiada mudharat terhadap pihak-pihak. Ada ketikanya perceraian adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan pergaduhan terus berlaku.

Sebagai ibu bapa, tanpa sedar anak-anak menjadi saksi setiap adegan pergaduhan yang berlaku. Secara tak langsung memberi kesan terhadap pembelajaran anak-anak. Ramai ibu bapa yang leka tentang perkara ini. Tidak salah untuk menjadi co-parents dalam mendidik anak-anak, mungkin ini adalah jalan terbaik buat mereka. Jangan pentingkan diri sendiri sehingga lupa ada yang terluka tanpa kita sedari.

Anak-anak adalah amanah dan setiap amanah hendaklah dilaksanakan dengan sebaiknya. Tidak sepatutnya mereka menyaksikan setiap perselisihan faham diantara ibu bapa mereka. Perceraian adalah jalan terakhir jika semua usaha bagi memulihkan perkahwinan tersebut gagal.

FAQ Penceraian Dalam Islam Secara Lafaz di Hadapan Hakim

Apa yang akan berlaku sekiranya pihak isteri dalam keadaan haid?

Ini bergantung kepada hakim yang mengendalikan kes tersebut. Kebiasaanya, Yang Arif akan menetapkan satu tarikh bicara yang lain bagi sehinggalah pihak isteri habis tempoh haid.

Bagaimana dengan penjagaan anak-anak @ hadhanah?

Pihak-pihak hendaklah mengemukakan tuntutan lain lain bagi proses hadhanah. Ini kerana, bidang kuasa bagi kes hadhanah adalah diperingkat Mahkamah Tinggi Syariah dan ianya tidak boleh berjalan seiring dengan permohonan perceraian yang merupakan bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah.

Adakah pihak-pihak perlu diwakili oleh Peguam Syarie?

Tidak perlu kerana permohonan ini merupakan kes direct dan kehadiran pihak-pihak perlu setiap kali prosiding berlangsung.

Kenapa perlu diselidik sebelum diberi keizinan untuk melafazkan cerai?

Pertama sekali untuk mengelakkan perceraian Bain dan paling penting sekali adalah mudah bagi hakim untuk mengira tempoh eddah buat pihak isteri.

Bagaimana dengan nafkah eddah atau lain-lain tuntutan?

Digalakkan buat pasangan untuk berbincang di antara mereka, sekiranya tiada perbincangan dibuat, pihak isteri boleh membuat tuntutan di Mahkamah Syariah yang berdekatan.

Berapa lama tempoh untuk bercerai?

Ianya bergantung kepada Mahkamah Syariah tersebut. KPI yang diletakkan adalah dalam tempoh 6 bulan, namun bergantung kepada kepadatan kes Mahkamah tersebut.

Adakah pihak-pihak akan melalui proses bicara?

Tidak, kerana pasangan tersebut bersetuju untuk bercerai. Permohohan ini tidak memerlukan saksi dan bukti-bukti, cukup sekadar kehadiran pihak-pihak.

Jika suami tidak bersetuju untuk bercerai, apakah solusi yang terbaik?

Memandangkan kuasa talak ditangan suami, seeloknya sebelum membuat Sesutu permohonan pasangan hendaklah berbincang bagi mengelakkan tempoh perceraian menjadi panjang.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati