Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Guru Ini Kongsi 4 Tips Effective Mudah Lulus Pembiayaan Rumah dengan Bank

Lulus Pembiayaan Rumah
Lulus Pembiayaan Rumah

Guru Ini Kongsi 4 Tips Untuk Mudah Lulus Pembiayaan Rumah dengan Bank. Tahukah anda bahawa ramai yang memohon dengan bank untuk pembiayaan rumah tapi gagal?

Boleh dikatakan lebih kurang 35% permohonan pembiayaan perumahan yang ditolak oleh bank dari bulan Januari hingga Jun 2015.

Ini kerana bank melihat pemohon yang gagal tersebut tidak memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh bank.

Apa yang bank paling nak tengok adalah sejauh mana kemampuan kita untuk bayar balik pinjaman yang kita buat. Tak kan nak bagi pembiayaan dekat orang yang tak mampu kan? Ha, jom baca tips-tips macam mana cara untuk lulus pembiayaan rumah yang dikongsikan ini :

Guru Ini Kongsi 4 Tips Untuk Mudah Lulus Pembiayaan Rumah dengan Bank

1. Patuhi Semua Syarat Yang Telah Ditetapkan

Untuk pengetahuan anda, majoriti bank akan meluluskan permohonan pembiayaan jika ianya tidak melebihi 30% daripada komitmen kewangan sedia ada. Ramai yang mungkin lupa atau pandang remeh tentang terma dan syarat yang dikeluarkan oleh pihak bank.

Jadi, sebelum membuat permohonan anda perlu semak terlebih dahulu had gaji, umur, dan had pembiayaan yang akan diberikan oleh pihak bank sebelum membuat permohonan. Ada juga perlu patuhi semua syarat-syarat yang dikeluarkan oleh bank.

2. Pastikan Ada Rekod Kredit

Biasanya bank tidak mahu memberikan pembiayaan kepad individu yang tidak mempunyai rekod kredit. Maksudnya, individu tersebut tidak mempunyai sebarang komitmen kewangan seperti kad kredit, pinjaman kereta, personal loan dan lain-lain.

Jadi, sebelum memulai permohonan pembiayaan perumahan, anda sudah boleh mula membina rekod kredit bagi meningkatkan peluang untuk lulus pembiayaan ini.

3. Berdisiplin Melangsaikan Hutang

Sebelum anda membuat permohonan untuk pembiayaan perumahan, anda perlu mendisiplankan diri untuk langsaikan hutang-piutang seperti hutang kereta, kad kredit dan sebagainya.

Jangan pandang remeh tentang hutang walaupun anda tidak berniat untuk membuat apa-apa permohonan pembiayaan dalam masa terdekat, kerana melangsaikan hutang dengan segera adalah sikap yang baik.

ef447ebe cc72 4fa0 ae8c a7725b1bef89 3

4. Semak Rekod Kewangan Yang Dimiliki

Akhir sekali, pastikan anda semak dahulu keadaan rekod kewangan anda. Bank akan tengok rekod kewangan anda sebelum semak dokumen lain. Sekiranya rekod kewangan anda buruk maka permohonan anda untuk pembiayaan rumah akan ditolak.

Jika rekod kewangan anda buruk, anda perlu ambil masa memperbaiki dahulu rekod tersebut sebelum melakukan permohonan.

Untuk makluman anda, Bank Negara mempunyai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang mengumpul semua maklumat kredit pembiayaan daripada bank-bank di Malaysia. Jadi, sekiranya ingin mendapatkan maklumat tentang rekod kewangan, anda boleh ke Bank Negara untuk mendapatkan laporan kewangan anda.

6e72aaa8 eaf7 4e47 a2b0 878b75e36712 13

Kesimpulannya, jika sebelum ini permohonan anda ditolak oleh pihak bank, pastikan anda cek balik dan bandingkan dengan tips yang dikongsikan ini bahawa syarat mana anda tidak penuhi.

Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya kan? Jadi semak balik dan mula semula sekarang dan semoga permohonan anda diluluskan suatu hari nanti. Diharapkan tips-tips yang telah dikongsikan ini dapat membantu anda dalam mengetahui Tips untuk mudah lulus pembiayaan rumah.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati