Bagaimana Hukum Beri Duit Raya Tapi Tidak Bayar Hutang? Kebiasaan umat islam di Malaysia apabila tibanya hari raya bermulalah tradisi beri duit raya sebagai tanda sedekah dan hadiah terutama kepada golongan kanak-kanak. Namun persoalan pula timbul, apakah hukum beri duit raya tapi tidak bayar hutang? Adakah ia dibolehkan dalam islam dan bagaimana pula dengan keadaan orang yang berhutang?
Melihatkan keadaan ini, masih belum menjadi perdebatan ramai dan ramai yang terlepas pandang berkenaan hukum beri duit raya tapi tidak bayar hutang. Walaubagaimanapun, hutang tetap hutang dan wajib dilunaskn oleh mereka yang berhutang walaupun nilainya kecil. Pembaca boleh ikuti perkongsian lengkap berkenaan hutang dan apakah hukum beri duit raya tapi tiak bayar hutang.
Berkenaan Hutang Dalam Islam dan Hukum Beri Duit Raya Tapi Tidak Bayar Hutang
Isi Kandungan
Apa Itu Hutang?
Hutang atau dalam bahasa arabnya “al-qard” adalah bermaksud penyerahan sesuatu bentuk barang atau harta daripada pemiutang(Pemberi hutang) kepada penghutang(Penerima hutang) dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilainya dengan perkara yang akan digantikan semula kepada pemilik asal tanpa apa-apa bentuk penambahan. Contohnya, pinjam seratus dibayar seratus.
Apa Hukum Bayar Hutang?
Orang yang berhutang adalah wajib untuk memulangkan barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa perkara atau apa-apa bentuk tambahan terhadap harta yang dipinjam itu. Perkara ini telah dijelaskan bahawa hutang wajib dibayar berdasarkan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 183:
Yang bermaksud: “Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya.”
(Surah al-Baqarah ayat 183)
Hukum Beri Duit Raya Tapi Tidak Bayar Hutang
Berkenaan beri duit raya tapi tidak bayar hutang, duit raya dapat dikelaskan sebagai ‘sedekah’. Duit raya adalah merupakan jumlah duit yang seseorang itu boleh berikan kepada si penerima. Dalam konteks memahami perbincangan mengenai hukum beri duit raya tapi tidak bayar hutang, kita boleh faham dalam konteks sedekah seperti mana yang dibincangkan oleh Buya Yahya.
Bertanyakan soalan kepada Buya Yahya, Penceramah Indonesia berkenaan hutang dengan mengatakan dia tidak mampu untuk membayar hutang dan mengambil keputusan untuk memberi sedekah dengan tujuan untuk mohon Allah permudah urusan dia bayar hutang.
Buya Yahya menjawab bahawa seseorang itu apabila melakukan amalan perlu mengetahui ilmu sebagai panduan. Buya mengatakan bahawa hutang adalah wajib dibayar dan pahala bayar hutang adalah lebih besar daripada memberi sedekah berdasarkan kenyataannya mengukur atas kewajipan membayar hutang.
2 Situasi Bayar Hutang Apabila Si Penghutang Ingin Bersedekah
Semasa perbincangan tersebut, Buya Yahya membawa dua situasi yang mana keadaan haram dan harus jika seseorang yang berniat untuk bersedekah namun masih berhutang seperti berikut:
1.Hukum Haram Sedekah Jika Hutang yang Sudah Jatuh Tempoh
Wajib bayar hutang yang sudah jatuh tempoh untuk bayaran bagi si penghutang kerana membayar hutang itu lebih wajib berbanding sedekah yang sunat. Kalau seseorang itu sengaja melambat-lambatkan bayaran hutang yang telah dipersetujui untuk membayar, maka hukumnya adalah haram dan dihukum berdosa.
Selagi mana belum jatuh tempoh hutang adalah dibolehkan seseorang itu untuk sedekah menurut Buya Yahya. Walaubagaimanapun, adalah lebih afdhal untuk penghutang menjelaskan bayaran hutang kepada pemiutang.
2. Hukum Harus Sedekah Jika Hutang Sudah Jatuh Tempoh
Ada keadaan yang Buya Yahya katakan bahawa penghutang dibolehkan untuk bersedekah dengan syarat meminta izin daripada pemiutang. Sekiranya mendapat keizinan daripada pemiutang maka pemberi hutang boleh melakuka sedekah. Namun, haram dan wajib bayar hutang sekiranya diminta oleh pemiutang apabila tempoh bayar hutang tiba.
Dalam situasi ini, Buya Yahya juga menegaskan bahawa tiada yang lebih utama daripada sedekah sekiranya diyakini lebih baik bersedekah berbanding membayar hutang. Ini adalah salah jika diyakini sedemikian, kerana perkara wajib adalah perlu diutamakan daripada perkara yang sunat dilakukan.
Kesimpulan Hukum Beri Duit Raya Tapi Tidak Bayar Hutang
Berdasarkan penjelasan Buya Yahya mengenai keharusan sedekah bagi orang berhutang dan telah sampai tempoh, maka dapat dinyatakan bahawa hukum beri duit raya tapi tidak bayar hutang yang jelas sampai tempohnya adalah haram dan berdosa. Bukanlah menghalang daripada bersedekah, namun kewajipan muslim itu sendiri adalah menyelesaikan hak muslim yang lain yakni pemiutang.
Seperti pendapat nabi berkenaan larangan melambat-lambatkan membayar hutang tetapi dia mampu adalah dihukum sebagai seorang zalim. Selesaikanlah kewajipan kita sesama muslim kerana ia adalah tuntutan yang lebih utama.