Ramai yang membuat permohonan APM kerana ianya adalah sebahagian jabatan beruniform yang akan memberi kemudahan dan kelebihan tersendiri bagi mereka yang menyertai menjadi anggota. Perkongsian kali ini kita akan mendalami apakah itu APM, berapa gaji dan bayaran upah.
Oleh itu, untuk individu yang berminat menyertai dan membuat permohonan JPAM adalah perlu untuk anda ikuti maklumat-maklumat yang kami sediakan untuk anda.
Penerangan Lengkap Mengenai APM
Isi Kandungan
Apakah itu APM?
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia yang terletak di bawah kawalan Jabatan Perdana Menteri. Sebelum ini dikenali sebagai JPA3 atau Rescue 991, kemudian dikenali sebagai JPAM, dan terkini ditukar kepada APM.
Fungsi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM hadir dengan moto ‘Sedia Pantas Berintegriti’ mempunyai peranan yang penting dalam negara. Berikut adalah merupakan fungsi-fungsi APM di Malaysia:
- Melatih seramai mungkin rakyat yang mempunyai pengetahuan dalam aspek keselamatan dan pertahanan awam.
- Mengelola, menubuh, menyenggara, melengkapi, melatih dan Awam angkatan dan perkhidmatan pertahanan awam.
- Melakukan kerja bantuan bencana atau memberi perlindungan bagi menjamin keselamatan nyawa, orang atau harta benda penduduk awam sekiranya berlaku atau akan berlaku bencana serta memudahkan pemulihan mangsa selepas bencana tersebut.
Kadar Bayaran Elaun Sukarelewan APM
Sebagai anggota sukarelawan, APM mempunyai bayaran elaun tersendiri dan boleh berbeza-beza mengikut situasi dan keadaan. Berikut adalah merupakan elaun bayaran kepada APM:
- Bagi Pegawai Sukarela APM berpangkat Staf Muda (Pertahanan Awam) dan ke atas: RM9.80 sejam
- Untuk Lain-Lain Pangkat (LLP) yang berpangkat Prebet sehingga Pegawai Waran (Pertahanan Awam): RM8.00 sejam
- Elaun Kursus yang disediakan APM: RM40.00 sehari
Untuk bayaran elaun ini adalah dibayar atas perkhidmatan dan tugas mereka jalankan. Sekiranya anda mempunyai minat, anda boleh ikuti cara permohonan APM serta beberapa maklumat yang perlu diketahui.
Permohonan APM Serta Syarat Kelayakan Permohonan
Siapakah itu Sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia?
Sukarelawan Pertahanan Awam adalah merupakan orang awam yang mendaftar menjadi anggota Pertahanan Awam di mana-mana pejabat Pertahanan Awam yang sedia ada dan telah berjaya:
- Menamatkan kursus asas dengan jayanya dan telah memperolehi sijil
- Diberi nombor badan/nombor keanggotaan Pertahanan Awam
- Mempelajari ilmu Pertahanan Awam
Syarat Kelayakan Permohonan APM
Untuk membuat permohonan APM, anda mestilah menenpati syarat kelayakan seperti dibawah:
- Calon adalah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
- Calon tidak mempunyai kecacatan fizikal dan sihat tubuh badan
- Calon sekurang-kurangnya lulus akademik SRP/LCE/PMR
- Calon adalah BUKAN anggota badan beruniform yang lain
- Berminat untuk tugas secara sukarela
- Individu yang ingin berbakti
Kemudahan Sukarelawan yang Disediakan
Bagi calon yang berminat membuat permohonan APM, mereka akan menikmati kemudahan seperti dibawah sekiranya terpilih:
- Peroleh rawatan percuma di Hospital Kerajaan
- Elaun perkhidmatan disediakan
- Mendapat uniform percuma
- Bounti diberikan (Saguhati Tahunan)
- Pegawai dan anggota dapat berkhidmat di APM seluruh Malaysia
Cara Membuat Permohonan APM
Untuk membuat permohonan, terdapat beberapa langkah mudah yang anda boleh ikuti. Berikut adalah cara membuat permohonan APM secara rasmi:
- Layari laman web rasmi SiSPAL
- Klik pada permohonan ASPA.
- Anda perlu membuat isian pada semua butiran penting yang diperlukan dengan lengkap di ruangan tersedia.
- Setelah selesai membuat isian, anda boleh menghantar permohonan dan sahkan.
- Pihak APM akan memaklumkan kepada anda mengenai permohonan sekiranya anda terpilih untuk menjadi anggota APM.
Cara Membuat Semakan Status Permohonan APM
Bagi anda yang telah membuat permohonan, anda boleh membuat semakan untuk mengetahui status permohonan anda. Bagi membuat semakan anda boleh layari Portal ASPA.
Untuk Makluman Lanjut, sila Hubungi :
Cawangan Pentadbiran Angkatan (CPA)
Bahagian Pengurusan Angkatan,
Ibu Pejabat Pertahanan Awam Malaysia
No Tel : 03-8920 6136/6139/6124/6122
No Fax : 03-8920 6360
Email : [email protected]
Soalan FAQs Berkenaan Permohonan APM
Bilakah ditubuhkan APM?
Sejak tahun 1952 semasa zaman penjajahan British.
Apakah peranan APM?
Membantu dalam kerja-kerja awam melibatkan bencana, kemalangan, ancaman bahaya dan lain-lain.
Apakah faedah kursus APM?
Berikut adalah antara faedah kursus yang disediakan oleh APM:
1. Belajar bagaimana cara menyelamat di air dan cara-cara menyelam (SCUBA)
2. Peluang mendapat sijil-sijil kemahiran dan kursus yang dihadiri
3. Dapat belajar berhubung melalui Radio Set (Komunikasi)
4. Mendapat pengetahuan cara untuk menguruskan bencana
SIapakah yang layak mohon jadi APM?
Mereka yang berumur 18 tahun dan warganegara Malaysia serta mempunyai kelulusan minima akademik.
Adakah dibayar gaji bulanan bagi anggota APM?
Bergantung kepada tawaran, kebiasaannya diberikan elaun melalui peruntukan kerajaan Malaysia.
Saya sudah mendaftar apm lulus permohonan dalam sistem apm tapi tiada panggilan untuk temuduga dan kursus asas sudah setahun tiada balasan
Nur Alia Syahira Binti Nordin
[email protected]
dah 3 tahun lebih jugak la Saya tunggu kelulusan Dari APM , tapi Masih dalam proses takpe laa mungkin Belum rezeki Saya , SPA pon saya da pernah daftar , don’t give up Adah , you can’t do it
Saya ada is online tapi saya tersilap tak isi kelulusan akedemik.bila saya buat balik tak dapat.adakah permohonan saya diterima atau tidak..
Knpa xdpt masuk Bila Nak buat pendaftaran tu