Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

MESI : Kementerian Tenaga dan Sumber Asli kaji semula agar Program MESI 2.0 lebih mesra rakyat

MESI
MESI

Program MESI 2.0 dikaji semula agar lebih mesra rakyat

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) bakal mengkaji semula Program Industri Bekalan Elektrik Malaysia MESI 2.0 dengan menekankan aspek lebih mesra rakyat.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) memaklumkan bahawa usaha ini bertujuan untuk memberikan fokus kepada penyediaan industri bekalan elektrik dalam negara untuk menghadapi cabaran baharu susulan daripada kemunculan teknologi disruptif khususnya yang membabitkan sumber tenaga boleh baharu seperti solar.

Semasa pelancaran MESI 2.0, Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, pembaharuan yang dilaksanakan adalah berdasarkan objektif dan bukan didorong oleh ideologi. Ia juga dilaksanakan bagi memacu kecekapan industri merentasi rantaian nilai yang mana akan menjadikan pengalaman pengguna yang lebih baik, harga elektrik yang munasabah dan dapat menjana aktiviti ekonomi tambahan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak KeTSA, rancangan asal MESI 2.0 yang diluluskan pada 2019 adalah untuk mengubah struktur industri bekalan elektrik dan pada masa yang sama bagi memberikan impak yang besar kepada pengguna di Semenanjung.

“Oleh demikian, kajian semula perlu dibuat supaya selari dengan keutamaan kerajaan yang memberikan tumpuan untuk memulihkan ekonomi negara kesan pandemik Covid-19 dan meletakkan keutamaan kepada kesejahteraan dan kepentingan rakyat,” kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut kenyataan itu, satu kajian yang menyeluruh perlu dilakukan di bawah inisiatif MESI 2.0 bagi memastikan pelaksanaannya tidak akan menjadi bebanan kepada pengguna.

“Mengambil kira situasi dan cabaran baharu kesan daripada pandemik Covid-19, terdapat keperluan mendesak bagi memastikan industri bekalan elektrik negara dapat mendepani cabaran masa hadapan, “future-proof” dan berdaya harap dalam menghadapi cabaran terkini tanpa mengubah struktur industri sedia ada” kata Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau berkata demikian pada Program Penyerahan Kunci Rumah oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui kerjasama Program Jiwa Murni dan Baiti Jannati TNB di Kampung Gelok, Lenggong di Perak, di hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Husaini Husin; Ketua Pegawai Perkhidmatan Korporat TNB, Mohamad Ariff Zainol dan Pengerusi Pelitawanis TNB, Rozini Wan.

Sebelum ini, kerajaan meluluskan inisiatif transformasi industri bekalan elektrik menerusi pelaksanaan MESI 2.0, bertujuan meningkatkan kecekapan industri dan tenaga.

Pembaharuan ketara akan dilakukan termasuk membuka kaedah pemerolehan bahan api iaitu pengenalan pasaran elektrik borong, perkhidmatan runcit yang lebih kompetitif dan dagangan tenaga hijau, yang memberi nilai kepada pelabur dan pengguna.

Manfaat Dasar Industri Bekalan Elektrik Malaysia MESI 2.0

MESI
MESI

Mengikut kenyataan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, perubahan ekosistem industri pembekalan elektrik di bawah Dasar Industri Bekalan Elektrik Malaysia (MESI) 2.0 berpotensi mengurangkan tarik elektrif pengguna dengan cara:

  1. Dengan pelaksanaan MESI 2.0, tariff akan menjadi lebih rendah kerana insentif ini dapat membantu mengoptimumkan usaha mengurangkan kos penjanaan tenaga supaya kadar terbaik dapat disalurkan kepada pengguna.
  2. Penurunan ke paras lebih seimbang disebabkan peralihan daripada perjanjian pembelian kuasa (PPA) pengeluar tenaga bebas (IPP).
  3. MESI 2.0 akan meningkatkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui (RE) dan menjadikan masa depan janakuasa lama akan digantikan oleh tenaga yang dijana daripada tenaga boleh diperbaharui secara beransur-ansur.
  4. Inisiatif MESI 2.0 dapat menurunkan rizab tenaga dalam negara dan mampu menjamin kestabilan bekalan tenaga.

Suruhanjaya Tenaga (ST) telah diberikan tanggungjawab membuat kajian dan bagi memastikan segalanya bakal dilaksanakan kelak adalah selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin memberikan penekanan terhadap kebaikan negara dan rakyat.

Sebelum ini, kami juga ada berkongsi tentang Penutup Fail Program Transformasi Sekolah 2025. Bahan ini adalah dikhaskan untuk kegunaan sesetengah sekolah yang terpilih sahaja. Penutup fail ini diperoleh daripada guru yang bersekolah di negeri Selangor yang terlibat dengan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25).

Akhir kata, jika program ini diteruskan ianya bakal memberikan manfaat kepada banyak pihak. Semoga segala urusan dipermudahkan.

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati