Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Official Bantuan Lembaga Zakat Selangor Sebanyak RM600 Secara One-off

Bantuan Lembaga Zakat Selangor Sebanyak RM600 Secara One-off

Bantuan Lembaga Zakat Selangor Sebanyak RM600 Secara One-off

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah hari ini admin ingin berkongsi satu info bantuan dari kerajaan sebanyak RM600 ringgit Malaysia secara one-off kepada yang layak.

Majlis Agama Selangor yang merupakan badan bertanggungjawab berkaitan dengan hal hal ehwal agama berusaha untuk memberi bantuan RM600 di bawah Lembaga zakat Selangor yang merupakan badan kutipan zakat di Negeri Darul Ehsan tersebut.

Bantuan Lembaga zakat Selangor Peduli (Lembaga Zakat Selangor) kadar sebanyak RM600 akan di salurkan dan diberikan secara one-off kepada pemohon dan rakyat  yang berkelayakan atau mencukupi syarat permohonan. Untuk makluman semua rakyat Malaysia, program bantuan zakat peduli merupakan sebuah jalan atau saluran yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri bagi menolong golongan miskin tegar,golongan B40 dan mereka yang memerlukan.

Bantuan Lembaga Zakat Selangor Sebanyak RM600 Secara One-off

Pihak kerajaan negeri Selangor melalui Lembaga zakat selangor telah mewujudkan satu kaedah khas untuk membantu rakyat rakyat Selangor yang dalam kesusahan dengan menyalurkan duit sebanyak RM600 secara sekali bayar. Pemberian ini diberikan terbuka kepada mereka yang terjejas terutama mangsa banjir yang melanda negara.

IMG 20230124 095135 029

Bantuan zakat peduli di bawah Lembaga zakat Selangor ini mengutamakan golongan sasar terlebih dahulu daripada golongan yang lebih baik kebajikan isi rumah dan juga bantuan zakat penuh ini juga menyasarkan kepada iaitu  kumpulan asnaf yang ditimpa musibah ketika banjir baru-baru ini. Bantuan secara sekali bayar ini di dalam bentuk kewangan atau duit ini amat penting dan membantu bagi mereka yang benar-benar memerlukan lagi-lagi golongan yang asnaf yang ditimpa banjir besar baru-baru ini.

Baca juga:

Bantuan Kredit Ewallet RM100 & RM200 Januari 2023 Diteruskan

Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Untuk yang berminat untuk memohon bantuan sebanyak RM600 secara sekali bayar ikuti syarat kelayakan di bawah dan apa telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi pemberian bantuan zakat peduli LZS seperti dibawah:

Pembahagian bantuan zakat ini untuk:

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima wajib beragama islam
  • Kelahiran Selangor atau telah menetap di negeri ini melebihi 1 tahun.

KADAR JUMLAH BANTUAN

Pihak lembaga zakat Selangor telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan khas ini akan diberikan sebanyak RM600 secara sekali bayar (one-off) kepada penerima yang layak.

TARIKH PERMOHONAN

Tempoh permohonan bantuan ini masih dibuka. Bermula 21 November 2022 sehingga tarikh tutup pada 31 Januari 2023. Bagi mereka yang berkelayakan, anda masih boleh membuat permohonan sebelum tarikh tutup.

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN

Berikut telah disediakan panduan permohonan bantuan zakat peduli LZS seperti dibawah :

  1. Langkah pertama sila layari portal rasmi LZS Peduli Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor
  2. Kemudian tekan butang mohon bantuan LZS Peduli
  3. Anda perlu is maklumat yang diperlukan

*Ikuti arahan yang telah disediakan sehingga selesai.

Nota : Pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan untuk memudahkan semakan permohonan. Senarai dokumen boleh dirujuk di laman utama portal rasmi LZS peduli.

Mohon Disini

Moga-Moga Allah Sentiasa Merahmati Kita

Semoga dengan perkongsian maklumat dan info mengenai Bantuan Sebanyak RM600 Secara One-off ini sedikit sebanyak ia dapat membantu anda dan mereka-mereka yang lain yang memerlukan bantuan ini kerana ia adalah bantuan yang sangat menjadi keutamaan terutama golongan yang tidak berkemampuan. Semoga anda dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. Jangan lupa kongsikan info ini kepada rakan-rakan anda yang lain. Semoga ada pahala buat kita semua di atas perkongsian ini.

Soalan Lazim Sumbangan LZSPeduli (Bantuan Banjir Zakat Selangor)

1. Apakah Bantuan Kecemasan / Bencana Alam (Banjir) LZS

  • Bantuan yang diwujudkan untuk menyantuni golongan fakir, miskin dan muallaf serta orang awam yang terjejas teruk akibat banjir.

2. Siapakah yang layak memohon bantuan ini?

  • Memenuhi syarat kelayakan umum agihan zakat:-
  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia atau permastautinan tetap
  • Lahir dan menetap di Selangor (bermastautin) di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun.

3. Jika pemohon adalah Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf, adakah mereka boleh memohon bantuan ini?

  • Ya, pemohon dalam kalangan Asnaf Fakir, Miskin dan Muallaf boleh membuat permohonan melalui pautan

4. Apakah kaedah permohonan untuk bantuan ini?

  • Kaedah Permohonan untuk Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-
  • Permohonan secara individu (ketua keluarga)
  • Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.
  • Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun

*Memuatnaik dokumen berikut: Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat

Kaedah Permohonan BUKAN Asnaf Fakir, Miskin & Muallaf:-

Permohonan secara individu (ketua keluarga)

Permohonan melalui : Portal LZSPeduli.

  • Lahir dan menetap di negeri Selangor/bermastautin di negeri Selangor tidak kurang daripada tiga (3) tahun
  • Memuatnaik dokumen berikut: Mykad ketua keluarga, No. akaun bank dan Laporan polis atau pengesahan pimpinan masyarakat.

Nota : Kaedah Siasatan adalah berdasarkan dokumen lampiran.

5. Dimanakah semakan status permohonan boleh dibuat?

  • Status permohonan Bantuan Bencana LZS boleh disemak melalui pautan ini : Sistem eZakatONLINE

6. Berapa lama tempoh masa yang diambil untuk membuat pembayaran selepas dari tarikh kelulusan?

Pembayaran dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh kelulusan dalam portal.

  • 7. Adakah pemohon masih layak memohon sekiranya telah membuat permohonan melalui Ketua Kampung/ ADUN kawasan?
  • Boleh, pemohon layak untuk membuat permohonan bantuan ini.

8. Berapa kadar bantuan yang akan diterima oleh pemohon?

  • Kadar bantuan ialah RM600 bagi pemohon yang layak.

9. Berapa lama tempoh Bantuan Bencana dibuka untuk permohonan?

  • Bantuan Fasa 2 ini bermula pada 1 Januari 2022 dan dibuka sehingga 31 Januari 2022. Sebarang pemakluman akan diumumkan dari semasa ke semasa melalui media sosial LZS.

10. Bagaimana kaedah penyaluran bantuan ini?

  • Kaedah bayaran dibuat melalui kaedah bayaran terus ke akaun pemohon. Dengan itu, pemohon dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah berikut:-

Akaun bank masih aktif untuk proses transaksi bayaran.

Akaun bank adalah akaun individu, dan bukan akaun bersama.

Maklumat nombor akaun dan nama bank dimuat naik dengan jelas

11. Bagaimana sekiranya pemohon tiada nombor akaun bank?

  • Bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank akan dipertimbangkan menggunakan kaedah bayaran secara tunai dan baucer tunai, sila berhubung dengan pegawai operasi agihan daerah atau khidmat pelanggan melalui saluran Livechat di Portal Zakat Selangor.

12. Adakah permohonan ini dibuka untuk orang awam selain asnaf yang berdaftar?

  • Ya, permohon turut dibuka kepada orang awam yang memenuhi syarat permohonan seperti di Perkara (2) dan (4).

13. Apakah akan berlaku sekiranya pemohon tidak melengkapkan dokumen lampiran atau maklumat yang diminta?

  • Sekiranya pemohon mengemukakan maklumat dan dokumen lampiran yang tidak lengkap atau palsu, pihak LZS berhak MENOLAK permohonan ini.

14. Sekiranya saya mempunyai pertanyaan, dimanakah perlu saya rujuk?

Pertanyaan lanjut, sila hubungi Talian Zakat Selangor 1-300-88-4343.

Mr Deen
Mr Deen
Fulltime Writer. "Tidak perlu menjelaskan siapa dirimu kepada sesiapapun, kerana yang menyukaimu tidak perlu tahu dan yang membencimu tidak akan percaya". Terus pandang ke depan!

Anda Mungkin Meminati