Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Tarikh Permohonan eGTukar 2021

 

Tarikh Permohonan eGTukar 2021
Tarikh Permohonan eGTukar 2021

Tarikh Permohonan eGTukar 2021. Makluman awal berkaitan eGTukar.

cats 1

Makluman awal yang diterima, permohonan Pertukaran Guru antara Bahagian/Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah dalam modul eGTukar akan dibuka mulai 17 Februari 2021 hingga 17 Mac 2021. (tertakluk kepada sebarang perubahan). Permohonan boleh dibuat melalui https://epgo.moe.gov.my atau klik ikon di bawah:
click here png click here icon png 360 2

Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Pengenalan

e-GTukar merupakan salah satu modul bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru. Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

ESTA online application

Pengguna

Sasaran pengguna utama modul ini ialah pentadbir sistem (pengurusan KPM di peringkat Bahagian, Negeri, Daerah, dan Sekolah), dan guru. Perincian adalah seperti berikut:

  1. Guru. Hanya pengguna yang telah DIDAFTARKAN oleh Pentabir Sistem sahaja dibenarkan untuk mendaftar dan menggunakan modul ini.
  2. Pentadbir Sistem. Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan.

apply

Penutup

Semoga perkongsian ini iaitu Tarikh Permohonan eGTukar 2021 sedikit sebanyak dapat memberikan informasi kepada anda semua khususnya kepada guru yang ingin memohon pertukaran tempat berkhidmat (sekolah). Teruskan menyokong kami di t.me/sistemguruonline untuk mendapatkan informasi dan bahan-bahan pendidikan yang terbaik, terkini dan bermanfaat dari semasa ke semasa.

 

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati