Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Jawatan Kosong UPSI Oktober yang Dibuka Sehingga 30 Oktober 2023

Jawatan Kosong UPSI Oktober
Jawatan Kosong UPSI Oktober yang Dibuka Sehingga 30 Oktober 2023 3

Makluman untuk bulan oktober, kini tersedia jawatan kosong UPSI oktober yang boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan. UPSI kini sedang mencari individu yang berbakat dan berminat untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan pada bulan Oktober. Jika anda mencari peluang kerjaya yang menarik,maka inilah peluangnya.

UPSI, atau Universiti Pendidikan Sultan Idris, merupakan salah satu universiti terkemuka di Malaysia. Universiti ini terletak di Tanjung Malim, Perak, dan mempunyai sejarah yang masyhur dalam bidang pendidikan. UPSI juga berperanan penting dalam melahirkan tenaga pendidik berkualiti tinggi dan penyelidikan yang berharga untuk negara. Kini, UPSI mempunyai pelbagai fakulti dan pusat pengajian, serta sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pendidikan dan perkhidmatan.

Jadi, disini kami galakkan untuk anda mengetahui lebih lanjut mengenai cara memohon jawatan di UPSI. Maklumat selanjutnya berkaitan syarat kelayakan dan proses permohonan boleh anda dapati di bawah.

Tawaran Jawatan Kosong UPSI Oktober Tahun 2023

Jawatan Kosong yang Boleh Dimohon

UPSI kini membuka peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang. Antara jawatan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Jawatan KosongPenerangan
Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19Memberikan sokongan penting dalam prosedur pembedahan pergigian. Memastikan alat-alat pembedahan tersedia, bersih, dan diselenggara dengan baik. Selain itu, mereka juga memberi asuhan pesakit sebelum, semasa, dan selepas prosedur serta menyelenggara rekod perubatan.
Skim Perkhidmatan Khas Universiti (Pembantu Belia dan Sukan) Gred 19Menyokong dan mempromosikan aktiviti sukan dan kebeliaan di universiti. Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program sukan, membimbing belia dalam aktiviti berkaitan sukan, serta memastikan kemudahan sukan dan rekreasi di universiti berfungsi dengan baik.

Penting untuk anda tahu bahawa proses mohon jawatan kosong UPSI oktober perlu mengikut ketetapan yang telah ditetapkan. Pastikan anda memahami dengan jelas syarat-syarat permohonan dan proses penghantaran permohonan sebelum memulakan proses tersebut. Kepatuhan kepada ketetapan ini adalah penting untuk memastikan permohonan anda diterima dengan baik.

Tempoh Permohonan Jawatan Kosong UPSI Oktober

Permohonan adalah perlu dimohon segera dan perlulah mengikut saluran permohonan yang ditetapkan. Untuk kali ini bulan oktober boleh dimohon sebelum 30 Oktober 2023. Diminta para calon untuk meneliti terlebih dahulu syarat dan cara mohon.

Syarat Kelayakan Permohonan UPSI

Bagi syarat kelayakan permohonan jawatan kosong UPSI oktober adalah boleh dirujuk dibawah:

  1. Calon hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan dan tidak melebihi umur 54 tahun.
  2. Anda perlu menjadi warganegara Malaysia untuk memohon jawatan ini.
  3. Perlu mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Ini adalah kelayakan minimum yang diperlukan.
  4. Calon yang mempunyai kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) perlu memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Prosedur Permohonan Kerja Melalui Laman UPSI

Makluman Rasmi Iklan

Bagi memulakan proses permohonan, kami galakkan kepada semua calon untuk merujuk iklan rasmi jawatan kosong UPSI oktober di laman web rasmi. Iklan rasmi ini akan memberikan maklumat terperinci mengenai syarat-syarat kelayakan, tarikh tutup permohonan, dan panduan untuk mengemukakan permohonan anda.

Para calon boleh membuat semakan segera dibawah untuk iklan jawatan kosong UPSI oktober:

Panduan Permohonan untuk Para Calon

jawatan kosong UPSI oktober

Untuk permohonan kali ini, para calon perlu ikuti panduang yang telah ditetapkan dan permohonan hanya boleh dimohon melalui portal rasmi sahaja. Berikut adalah panduan susunan maklumat mengenai proses permohonan kerja di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI):

  1. Calon-calon yang berminat untuk memohon jawatan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) perlu mendaftar dan memiliki akaun dengan Online Job Application ini. (Sila klik di sini untuk panduan penggunaan sistem permohonan jawatan online UPSI).
  2. Bayaran sebanyak RM10.00 dikenakan untuk setiap permohonan jawatan.
  3. Untuk permohonan jawatan kali kedua dan seterusnya, calon tidak perlu mendaftar semula atau mencipta akaun baru. Cukup dengan menambahkan jawatan yang dipohon dalam akaun sedia ada.
  4. Permohonan secara dalam talian harus diisi dengan teliti dan lengkap, kerana permohonan akan diproses menggunakan sistem dalam talian ini. Permohonan yang tidak lengkap boleh mengakibatkan penolakan permohonan.
  5. Sila ambil perhatian bahawa permohonan boleh dibatalkan jika pemohon memberikan maklumat yang tidak tepat atau tidak sah.
  6. Pemohon disarankan untuk menyemak status permohonan mereka secara berkala melalui bahagian “Semak Permohonan” di dalam portal MyJobs atau melalui emel yang didaftarkan dalam MyJobs untuk mendapatkan status permohonan yang terkini. Pihak UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon mendakwa bahawa mereka tidak mengetahui mengenai status permohonan mereka disebabkan mereka tidak memeriksa status permohonan secara dalam talian di ruangan tersebut.
  7. Pemohon dikehendaki mengisi maklumat alamat emel yang masih aktif. Permohonan secara dalam talian ini menggunakan emel sebagai salah satu medium komunikasi antara pihak UPSI dan pemohon. UPSI tidak akan bertanggungjawab jika pemohon tidak menerima maklumat yang dihantar melalui emel disebabkan pemohon tidak mengakses emel mereka.
  8. Calon-calon yang layak selepas tapisan permohonan akan dipanggil untuk sesi temuduga.
  9. Pemohon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari UPSI dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan akan dianggap tidak berjaya.

Demikianlah penerangan lengkap untuk jawatan kosong UPSI oktober yang para calon boleh amati syarat, tempoh permohonan dan cara permohonan yang betul. Selamat maju jaya diucapkan!

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati