Join WhatsApp Group Info SGO
Semak CTOS boleh di buat secara atas talian dan ia adalah percuma.
Tahukah anda? Sekiranya anda ingin membuat pinjaman dengan pihak bank untuk pembelian rumah, kereta atau pinjaman peribadi, anda wajib membuat semakan CTOS dahulu untuk memastikan status laporan kredit anda dalam keadaan yang memuaskan.
CARA SEMAK CTOS ONLINE SECARA PERCUMA
Apakah itu CTOS ?
CTOS atau Credit Tip Off Service merupakan Agensi Pelaporan Kredit. Fungsinya hampir sama dengan CCRIS.
Daftar dan semak CTOS dengan percuma :
Bagi laporan kredit asas (tanpa skor dan ccris), boleh didapati dengan percuma secara atas talian.
CARA DAFTAR :
- Layari https://ctoscredit.com.my/
- Tekan daftar sekarang
- Isi maklumat yang diminta
- Lengkapkan maklumat peribadi
- Pastikan nombor telefon yang dimasukkan aktif untuk mendapatkan pengesahan TAC
- Teruskan mengikut arahan yang diberikan untuk melengkapkan pendaftaran (anda perlu memberikan beberapa pengesahan id untuk melengkapkan proses pendaftaran)