Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Terbaik!! Guru Ini Kongsi Cara Ajar Murid ‘Bundarkan’ Nombor Guna Kaedah ‘Miskin Kaya’

Ajar Murid
Ajar Murid

Terbaik!! Guru Ini Kongsi Cara Ajar Murid ‘Bundarkan’ Nombor Guna Kaedah ‘Miskin Kaya’. Tugasan harian mengajar merupakan kerja guru-guru di sekolah. Sudah menjadi tanggungjawab seorang guru mencurahkan bakti mereka demi memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak.

Seorang guru juga mestilah seorang yang pandai mengambil inisiatif dalam mengajar. Banyak rupanya “gaya” atau “cara” guru yang bermacam-macam demi memastikan murid-murid memahami apa yang diajar. Barulah tidak terjadi situasi “Masuk telinga kanan , keluar telinga kiri”.

Terutama guru yang mengajar matematik, mesti banyak punya skil guru-guru yang ‘awesome’ demi memastikan anak murid faham apa yang diajarkan.

Guru-guru, pernah tak dengar teknik bundarkan nombor dengan kaedah ‘Miskin Kaya’? Haa kalau belum, anda boleh ikuti kaedah ini yang diperkenalkan oleh seorang guru yang kreatif dan inovatif!

Ikuti Cara Ajar Murid ‘Bundarkan’ Nombor Guna Kaedah ‘Miskin Kaya’ dibawah.

Terbaik!! Guru Ini Kongsi Cara Ajar Murid ‘Bundarkan’ Nombor Guna Kaedah ‘Miskin Kaya’

Kita semua mesti pernah dengarkan istilah ‘Bundarkan’ dalam subjek Matematik di bangku sekolah dulu-dulu kan?

Sememangnya sinonim dalam matapelajaran matematik dengan istilah bundarkan yang diguna pakai dalam belajar asas matematik. Jadi, guru-guru atau para ibubapa boleh ambil cakna mengenai cara mengajarkan kaedah bundarkan kepada anak-anak yang menakjubkan dan mudah ini!

‘Bundarkan’ Nombor Guna Kaedah ‘Miskin Kaya’

Jom kita ikuti cara-cara bundarkan nombor menggunakan kaedah ‘Miskin Kaya’ yang diperkenalkan oleh seorang guru yang kreatif dibawah ini.

4 CARA MUDAH BELAJAR BUNDAR DENGAN TEKNIK NOMBOR ‘MISKIN KAYA’

Baik, malam ni aku kongsi cara ajar anak-anak topik BUNDAR guna kaedah MISKIN KAYA. Cara ini sangat BERKESAN untuk murid tahun 2&3 serta murid tahun 1 yang sederhana dan laju.

Langkah 1

Kenalkan murid dengan NOMBOR MISKIN = 0-4 dan NOMBOR KAYA = 5-9

Langkah 2

BULATKAN kehendak soalan. Jika soalan minta Bundar kepada PULUH terdekat, BULATKAN nombor PULUH. Jika soalan minta Bundar kepada RATUS terdekat, bulat nombor RATUS.

Langkah 3

Buat DUA PILIHAN JAWAPAN

Jawapan pertama ialah NOMBOR ITU Sendiri (nombor yang dibulatkan) dan nombor selepasnya WAJIB ditukarkan menjadi ‘0’ (sifar).

Jawapan kedua MESTI LEBIH SATU (nombor yang dibulatkan) dari jawapan pertama dan nombor selepasnya tukar menjadi ‘0’ (sifar).

Contoh A :- Bundarkan no 73 kepada puluh terdekat.

Jawapan PERTAMA MESTILAH 70
dan jawapan kedua ialah 80.

Contoh B :- Bundarkan nombor 1265 kepada
ratus terdekat :-
Jawapan pertama ialah 1200
Jawapan kedua ialah 1300

cara matematik
Ajar Murid
cara matematik 2
Ajar Murid

LANGKAH 4
Lihat nombor di SEBELAH KANAN nombor yang dibulatkan.

  •  Sekiranya nombor sebelah kanan itu NOMBOR MISKIN, maka jawapannya juga MISKIN.
  • Sekiranya nombor kanan itu NOMBOR KAYA, maka jawapannya mesti KAYA.

Selain guna ayat nombor Miskin nombor Kaya, boleh juga guna nombor Kecil nombor Besar.

Berdasarkan pengalaman aku mengajar selama 15 tahun, cara ini paling mudah untuk murid sederhana dan laju faham. Cara ini aku pernah kongsi pada tahun 2015 dulu, hari ni aku kongsi lagi.

Murid slow aku akan guna teknik Turun Naik Bukit atau Rumah JIRAN.

Mungkin guru-guru anak kalian ajar teknik lain. Tiada masalah.

Matematik punyai 1001 cara jawab. Asalkan anak faham, gunalah cara mana pun.

Perkongsian cara mengajar bundarkan guna teknik ‘miskin kaya’ ini dikongsikan oleh seorang guru di halaman facebook, Mohd Fadhli Salleh.

Kesimpulannya, cara mengajar matematik mempunyai 1001 cara asalkan dapat memberi pemahaman yang cukup kepada anak atau murid. Bukan guru sahaja yang boleh ajarkan, ibu bapa juga boleh ambil inisiatif untuk anak-anak.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati