Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2. baru saja berlangsung pembayaran sumbangan tunai rahmah kepada rakyat Malaysia bagi Fasa 1. Kini bayaran untuk sumbangan tunai rahmah (STR) fasa 1 telah disalurkan ia bermula pada 17 Januari secara berperingkat dan selesai sebelum hujung bulan januari.
Untuk pengetahuan semua pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah adalah melalui fasa ke fasa melalui juga penetapan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Ini adalah kerana bantuan ini seiring dengan bantuan yang lepas seperti bantuan keluarga Malaysia yang sebelum ini melalui empat fasa dan dijangka Sumbangan Tunai Rahmah ini akan melalui fasa yang sama.
Pembayaran juga melibatkan pelbagai bank yang disenaraikan seluruh Malaysia. Diameter juga kepada rakyat Malaysia untuk cakna mengenai hal-hal pembayaran agar sumbangan bantuan daripada kerajaan dapat disalurkan dengan jayanya ke dalam akaun anda. Untuk persediaan bagi menghadapi Fasa 2 anda diminta untuk merujuk di bawah.
Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2
Isi Kandungan
STR Diberikan Secara Berfasa
Untuk bulan Disember lalu, bantuan tunai rakyat telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia. Bantuan pemberian ini khas untuk rakyat Malaysia yang memerlukan terutama kumpulan b40 dan miskin. Namun pada 16 Januari 2023, penjenamaan semula BTR kepada sumbangan tunai rahmah (STR) oleh kerajaan Malaysia dengan kadar jumlah bantuan yang sama cuma nama sahaja yang telah ditukar.
Kadar Dan Kategori
Untuk sedia maklum, kadar bayaran bagi STR fasa 1 yang masih dijalankan ini melibatkan beberapa kategori dan jumlah bantuan yang berbeza akan diterima mengikut penerima. Kategori bujang dan warga emas bujang akan menerima bayaran sebanyak RM100 dan isi rumah (keluarga) akan menerima sebanyak RM300.
Pembayaran STR juga diberikan secara kredit terus ke dalam akaun bank semasa yang masih aktif dan secara tunai di cawangan BSN bagi penerima tiada kad bank seperti mereka yang dipedalaman.
Tarikh Bayaran STR Fasa2
Maklumat mengenai pembayaran STR Fasa 2,untuk waktu sekarang tarikh bayaran STR fasa 2 masih belum diumumkan oleh kerajaan Malaysia, adalah dijangkakan pembayaran akan diberikan pada suku pertama bersamaan bulan 3 atau sebelum pertengahan tahun ini.
Seperti kebiasaan kalau diikutkan pada pemberian bantuan yang lepas iaitu bantuan keluarga Malaysia kita dapati pasar ke pasar mempunyai tiga bulan jarak pembayaran untuk setiap fasa. Namun bagi Sumbangan Tunai Rahmah ini kita akan menunggu terlebih dahulu pengumuman rasmi daripada kerajaan Malaysia. Kepada anda, Segala maklumat berkenaan tarikh fasa 2 akan kami kemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.
Sementara menunggu bayaran str fasa seterusnya, anda juga boleh membuat semakan dan log masuk akaun MySTR anda bagi persediaan Fasa 2.
Cara Semak MySTR Di Dalam Portal
Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Untuk anda, bermula pada 17 Januari tahun 2023, seluruh rakyat Malaysia sudah boleh membuat semakan dan kemaskini mengenai status sumbangan tunai rakyat (STR). Boleh menyemak dan membuat semakan dengan melayari portal rasmi yang disediakan oleh pihak kerajaan Malaysia di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Sila layari portal rasmi MySTR.
portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah
Untu makluman,Sama seperti MyBKM yang lalu, anda hanya perlu masukkan maklumat anda untuk semakan status dan kemaskini maklumat. Buat sekarang ini kelayakan bantuan STR ini berdasarkan penerima BKM 2022 yang lalu. Untuk permohonan baru berkemungkinan akan dibuka sebelum STR fasa 2.
Baca juga:
- Cara Semak Str
- Bantuan Kerajaan: Bina rumah moden 2023 dengan harga mampu milik
- Panduan Permohonan Bantuan E-Wallet Sebanyak RM300 Setiap Bulan
Cara Membuat Semakan
Pertama Sekali, Sila log Masuk Mystr
Untuk makluman semua, Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.
Pendaftaran MySTR
- Anda kena klik MySTR dan pastikan no MyKad anda adalah merupakan penerima fasa 1 STR 2023
- Sila isi masukkan Maklumat Keselamatan
- Sila isi masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan
- Selesai dan pendaftaran anda telah pun berjaya
Semakan Untuk STR Fasa 1
Sebagai panduan anda,Semakan anda boleh dibuat pada menu dalam Semakan Pembayaran Fasa 1 seperti berikut:
- Pertama, Sila klik ke Log Masuk portal rasmi MySTR
- Kemudian,Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Seterusnya,Pengesahan Kata Kunci Keselamatan daripada anda sendiri.
- Kemudian,Masukkan Kata Laluan
- Disamping itu,Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
- Adalah Maklumat yang akan dipaparkan seperti berikut dibawah:
- Nama Pemohon
- No Mykad Pemohon
- Status Permohonan
- Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Penawaran Bantuan Kerajaan Malaysia Sebelum Ini
Kerajaan Malaysia menawarkan berbagai jenis bantuan sosial kepada rakyat yang memerlukan. Beberapa contohnya bantuan sebelum ini adalah:
- Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) – Bantuan tunai tahunan bagi golongan berpendapatan rendah yang ditetapkan oleh kerajaan.
- Bantuan Prihatin Nasional (BPN) – Bantuan tunai yang ditawarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang terjejas akibat pandemik COVID-19
- Bantuan Sara Hidup (BSH) – Bantuan bulanan yang ditawarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membantu memenuhi keperluan asas seperti makanan, pakaian, dan perumahan.
- Bantuan Pendidikan – Bantuan yang ditawarkan kepada pelajar yang tidak mampu untuk membiayai pendidikan.
- Bantuan Kewangan Kebajikan Negara – Bantuan yang ditawarkan kepada individu yang tidak mampu untuk membiayai perubatan, perawatan dan perumahan.
Untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan , ada beberapa syarat yang perlu dipenuhi oleh individu atau keluarga dan permohonan harus dihantar melalui laman web rasmi atau pejabat berkenaan sebelum ini.
Untuk tahun 2023 untuk rakyat Malaysia Anda perlu cakna akan hal-hal yang berkaitan Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 anda tidak terlepas dengan pengumuman rasmi daripada kerajaan sendiri mengenai bantuan yang dikeluarkan.