Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Bicara Guru: Labur Emas Atau Tanah Yang Mana Lagi BAIK??

poster emas vs hartanahmmgf

LABUR EMAS VS HARTANAH MANAKAH LEBIH BAIK? GURU INI KONGSIKAN PANDANGANNYA. Ramai yang mungkin tertanya-tanya antara emas dan tanah manakah yang paling sesuai untuk dijadikan sebagai aset pelaburan?

Kerana kedua-duanya mempunyai nilai yang baik dan ianya merupakan pelaburan yang relevan tak lapuk dek berlalunya zaman. Bahkan semakin lama semakin tinggi pula harganya. Jadi harini cikgu nak kongsikan kepada anda semua antara emas dan tanah manakah yang paling baik.

Bicara Guru: Labur Emas Atau Tanah Yang Mana Lagi BAIK??

Antara kedua jenis instrumen pelaburan ini, masing-masing memounyai kelebihan yang tersendiri. Tidak banyak perbezaan dan tidak melampau sekiranya dikatakan ianya memerlukan diantara satu sama lain.

Dan sudah tentu pemilihan untuk membuat pelaburan diantara dua aset ini juga adalah dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya, faktor kemampuan dari segi kewangan, faktor penerimaan kebolehcairan dll.

Sebagai contoh, harga emas jauh lebih murah daripada tanah yang mana bukan semua orang mampu memilikinya. Dan emas juga mudah dicairkan berbanding tanah yang mengambil masa untuk dicairkan kerana faktor kurangnya permintaan.

PERBANDINGAN PELABURAN EMAS DAN PELABURAN TANAH

1. Emas

Labur Emas
Labur Emas

Pelaburan dalam instrumen emas adalah pilihan terbaik kerana mempunyai sifat “kebal” inflasi walaupun bukan sepenuhnya. Nilainya juga boleh berubah-rubah, naik dan turun sepanjang tahun. Namun nilai emas jauh lebih baik berbanding nilai pada wang fiat (wang kertas) dan ianya juga boleh digunakan di semua negara.

Sudah semestinya modal untuk pelaburan emas juga jauh lebih murah, tapi boleh mendatangkan keuntungan yang berlipat kali ganda. Harga emas pula bergantung kepada situasi ekonomi semasa, akan tetapi setakat ini trend harga emas sentiasa meningkat saban tahun.

Emas boleh dipajak pada bila-bila masa sahaja untuk ditukarkan kepada tunai, tanpa bimbang akan risiko kehilangannya. Cadangan yang terbaik untuk setiap individu untukmembuat pajakan emas di institusi-institusi yang bertauliah seperti Ar-Rahnu supaya aset emas anda dijaga rapi.

Terdapat banyak kaedah yang terdapat dalam pelaburan emas. Anda dinasihatkan untuk membuat pelaburan emas fizikal kerana ianya lebih baik. Ianya boleh dilakukan samaada akaun pelaburan emas atau melalui sijil, dan lebih baik anda menyimpan sendiri emas dirumah bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini dari berlaku seperti kebakaran atau kecurian.

2. Hartanah

AdobeStock 312973578 Preview
Labur Emas atau tanah

Pelaburan didalam bidang hartanah adalah pelaburan untuk jangka masa panjang, dan ia bergantung samaada daripada segi kenaikan sewa mahupun kenaikan nilai hartanah itu sendiri saban tahun. Sudah tentu pelaburan hartanah memerlukan modal yang agak besar. Oleh itu, pelabur hartanah diberikan kemudahan untuk membuat pinjaman daripihak bank berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Disebabkan hartanah tersebut boleh dibuat sewa, maka pemilik akan menperoleh aliran tunai atau disebut sebagi cash flow setiap bulan daripada pihak penyewa. Seolah-olah penyewa yang tolong bayarkan bayaran bulanan kepada pihak bank.

Nilai hartanah sangat susah untuk jatuh harganya. Lagi lama ianya dimiki ianya lagi memberi keuntungan yang berlipat kali ganda kepada pelabur.

Walaubagaimanapun, bagi yang ingin melabur kedalam instrumen ini hendaklah mempunyai ilmu dalam bidang hartanah agar dapat mengurangkan risiko pelaburan. Maklumlah, beli rumah ada yang sampai 40-45 tahun. Kalau tersalah langkah, menyesal jugalah untuk tempoh yang lama.

home office 5014411 640 3
Labur Emas, Labur Emas, Labur Emas

Pilihlah yang mana bersesuaian dengan anda

Berdasarkan info yang disajikan diatas, bolehlah anda membuat pilihan samaada untuk membuat pelaburan hartanah atau pelaburan emas. Masing-masing akan memberikan keuntungan kepada para pelabur atau pemiliknya. Masing-masing mempunyai risiko yang tersendiri. Jadi tidak timbul soal yang mana lebih baik atau yang mana tidak baik. Anda sendiri yang perlu membuat pilihan.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati