Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Harga Emas Positive Diramal Bakal Cecah US$1,800 Seauns Pada Hujung Tahun Ini

Harga Emas

Harga Emas Diramal Bakal Cecah US$1,800 Seauns Pada Hujung Tahun Ini. Baru-baru ini emas telah membuat kejatuhan lantaran dari ketidakstabilan ekonomi dunia yang begitu meruncingkan sekarang.

Perkara ini menggusarkan para pelabur dan penyimpan emas dengan keadaan harga gold semasa. Sebelum ini gold price pernah cecah pada harga paling terendah pada tahun ini iaitu US$1,650 seauns.

Tidak sedikit yang membuat penjualan cemas kerana bimbang gold price akan terus junam.

Harga Emas Diramal Bakal Cecah US$1,800 Seauns Pada Hujung Tahun Ini

Namun, baru-baru ini ramai yang meramal gold price bakal memulih dan akan cecah parah US$1,800 (US$1=RM4.53) seauns daripada US$1,670 pada masa ini disebabkan situasi pasaran yang semakin stabil.

notes 4784912 640 4

Ia akan mencecah US$1,800 seauns menjelang akhir tahun ini. (Selain itu), harga emas akan bergantung pada persekitaran tahun depan tetapi ia tidak akan tiba-tiba melonjak ke paras US$2,000 seauns,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Singapore Bullion Market Association Albert Cheng

Pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), kenaikan kadar faedah semasa yang meningkat serta ketidaktentuan dalam perdagangan dan pasaran ekuiti telah mempengaruhi harga emas, tambahnya.

Beliau menambah, terdapat pelabur yang beralih kepada emas pada masa ketidaktentuan, pasaran kewangan tidak stabil dan kenaikan inflasi. Tetapi ia mempunyai ciri-ciri aset kecairan yang tinggi berbanding aset kelas lain. Dan aktiviti memburu emas yang lebih murah menyebabkan harganya menjunam.

“Kadar faedah yang tinggi diramal bakal berterusan untuk seketika waktu dan dijangka dolar AS akan terus stabil kerana ia disifatkan sebagai mata wang yang selamat, dan sebab itu ramai orang akan bertukar kepada dolar AS bila berlakunya ketidakstabilan dalam ekonomi.

Jika melihat pada enam bulan kedepan, saya fikir harga emas akan kekal tetapi saya tidak fikir ia akan menjunam terlalu rendah,” kata Cheng kepada pemberita selepas majlis pelancaran semula kontrak Niaga Hadapan Emas di Bursa Malaysia Derivatives di sini hari ini.

Cheng menambah, adalah sukar untuk menjangkakan prestasi komoditi itu kerana harga emas sangat bergantung kepada geopolitik global dan sama ada kadar faedah akan stabil atau sebaliknya.

Bagaimanapun, beliau berpandangan pelabur akan terbiasa dengan keadaan persekitaran pasaran dan akan melihat semula portfolio mereka dan balik semula kepada perkara asas.

Cheng merupakan salah seorang ahli panel pada perbincangan panel industri yang bertajuk “Is Gold a Safe Haven in a Volatile and High-Interest Rate Environment?”, sempena dengan acara pelancaran semula kontrak Niaga Hadapan Emas

Harga Emas Diramal Bakal Cecah US$1,800 Seauns Pada Hujung Tahun Ini

Kesimpulannya, mahu atau tak mahu kitak tidak dapat mengawal pasaran harga emas kerana harga emas sangat bergantung kepada keadaan persekitaran geopolitik global. Mahu tidak mahu kita yang terpaksa mengikut kehendak pasaran.

Dan ramalan pakar bahawa harga emas bakal melonjak kepada US$1,800 seauns kemungkinan besarnya bakal berlaku lantaran orang ramai yang berpindah kepada komoditi ini disebabkan inflasi dunia dan ketidakstabilan yang berlaku pada hari ini.

Sumber rujukan :

– Bernama

Sir Mohd Afizi
Sir Mohd Afizihttps://www.sistemguruonline.my/
Fulltime Writer at Sistem Guru Online. "There are two days in the year that we can't do anything, yesterday and tomorrow!"

Anda Mungkin Meminati