Tips dan Cara Pilih Durian yang Betul! Durian, dikenali sebagai “raja buah”, merupakan salah satu buah tropika yang paling digemari di Malaysia. Rasanya yang unik dan aromanya yang kuat menjadikannya kegemaran ramai.
Namun, memilih durian yang betul bukanlah tugas yang mudah, terutama bagi mereka yang kurang berpengalaman. Admin akan memberikan tips dan cara untuk memilih durian yang berkualiti, agar anda dapat menikmati durian dengan kepuasan maksimum.
Tips dan Cara Pilih Durian yang Betul
Isi Kandungan
Berikut adalah merupakan beberapa tips atau cara pilih durian yang betul mesti anda ketahui sebelum membeli:
1. Pilih Durian Berbentuk Bulat
Menurut penjual durian, buah durian berbentuk bulat memiliki jumlah isi yang lebih banyak berbanding durian berbentuk lonjong. Bentuk bulat menandakan bahawa isi buah tersebut lebih padat dan penuh, menjanjikan kepuasan apabila dimakan.
2. Pilih Yang Lebih Ringan
Biasanya semakin berat buah, semakin besar bijinya, dan isinya juga lebih nipis. Oleh itu, jika anda ingin banyak isi, pilihlah durian yang lebih ringan jika saiz durian lebih kurang sama. Ini kerana buah yang lebih ringan biasanya mempunyai biji yang lebih kecil dan isi yang lebih tebal.
3. Lihat Pada Tangkai Durian
Pilih Tangkai Pendek & Tebal
Tangkai pendek dan tebal biasanya menandakan isi durian yang tebal dan banyak. Ini kerana tangkai yang tebal menunjukkan durian tersebut menerima nutrisi yang mencukupi semasa proses pertumbuhannya.
Pilih Tangkai Tak Terlalu Kering
Tangkai yang sudah kering dan kecut menunjukkan durian tersebut sudah lama dipetik. Sebaiknya pilih durian dengan tangkai yang masih segar untuk memastikan kesegarannya.
4. Berbunyi Bila Digoncang
Apabila digoncang, durian yang baik akan mengeluarkan bunyi getaran yang menandakan isi buah sudah matang dan kering. Isi durian yang lembik dan lembab melekat pada dinding kulit durian menyebabkan kurang bunyi didengar bila digoncang.
5. Hidu Bau Durian
Durian yang bagus dan sudah masak mengeluarkan bau yang manis dengan kombinasi aurat pahit. Bau yang kuat menandakan bahawa durian tersebut sudah mencapai tahap kematangan yang sempurna.
6. Duri Yang Besar, Pendek & Jarang-Jarang
Elakkan beli durian yang memiliki duri yang panjang dan rapat-rapat. Biasanya durian dengan duri yang pendek, besar dan jarang-jarang memiliki isi yang lebih bagus. Durian jenis ini juga lebih mudah untuk dikupas dan dimakan.
7. Pilih Durian Belah 5
Bahagian bawah durian boleh dilihat berapa jumlah belahan durian. Biasanya antara 5-6 belah. Pilih yang belah 5 kerana isinya lebih banyak. Jumlah belahan ini juga mempengaruhi jumlah ulas durian yang ada di dalamnya.
8. Elak Beli Ketika Musim Hujan
Bila musim hujan yang berangin, banyak buah durian yang gugur biarpun belum cukup masak. Namun, penjual tetap menjual buah tersebut biarpun belum cukup matang. Elakkan membeli durian dalam keadaan ini kerana rasanya tidak akan sebaik durian yang matang sempurna.
Dengan mengikuti tips dan cara di atas, anda boleh memastikan bahawa durian yang anda pilih adalah yang terbaik dan berkualiti tinggi. Selamat mencuba!