Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Permohonan PPRT Bulan September 2022 l Daftar Bina Dan Baiki Rumah Anda!

bantuan rumah pprt

Permohonan PPRT Bulan September 2022 l Daftar Bina Dan Baiki Rumah Anda!. Kerajaan Malaysia mempunyai perancangan kepada rakyat Malaysia melalui pemberian bantuan, pengurangan harga barang dan bantuan kewangan. Kini, kerajaan lebih memfokuskan dalam aspek menjaga kebajikan rakyat.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya peka akan peracangan kerajaan dalam membantu menyalurkan bantuan kepada rakyat. Tahukah anda? kerajaan Malaysia ada melancarkan bantuan dari segi bina rumah dan baiki rumah.

Ia merupakan daripada peruntukan kerajaan yang khusus untuk membantu rakyat golongan berpendapatan rendah. Sehubungan itu, kerajaan melancarkan Program Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT).

Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh ikuti makluman dibawah berkenaan PPRT, Syarat kelayakan dan cara permohonan.

Permohonan Rumah PPR Tahun 2023 Permohonan PPRT Bulan September 2022
Permohonan PPRT Bulan September 2022

Permohonan PPRT Bulan September 2022 l Daftar Bina Dan Baiki Rumah Anda!

Apakah Itu Program Perumahan Rakyat Termiskin(PPRT) Yang Diperkenalkan Kerajaan?

PPRT merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk memartabatkan kebajikan rakyat dalam menjaga kualiti hidup keluarga yang memerlukan bantuan. Bantuan ini disalurkan melalui bantuan bina dan baiki rumah untuk menjadikan lebih selesa dan aman.

Apakah Keutamaan Bantuan Permohonan PPRT Bulan September 2022?

Keutamaan bantuan PPRT adalah membantu mereka yang daripada golongan yang memerlukan. Berikut disenaraikan antara golongan yang diutamakan:

  • Warga emas
  • Orang kurang upaya (OKU)
  • Ibu/Bapa tunggalyang mempunyai tanggunggan ramai
  • Mangsa bencana yang berskala kecil
  • Keutamaan pelaksanaan program adalah kepada negeri-negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tegar.

Syarat kelayakan Bantuan PPRT

Untuk makluman, berikut merupakan syarat kelayakan bagi menerima bantuan PPRT seperti dibawah:

  1.  Disahkan sebagai miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-Kasih); atau
  2.  Diperaku dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus GroupPembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FGD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri; atau
  3. Diperaku oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan; atau
  4. Diperaku oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian

Kelayakan permohonan adalah tertakluk kepada pihak bertanggungjawab, segala permohonan akan ditapis dahulu.

Jenis Bantuan PPRT, Bina Dan Baik Pulih Rumah

Bantuan PPRT adalah dikhususka mengikut kawasan. Kawasan liputan PPRT adalah di kawasan luar bandar dan kawasan-kawasan yang telah diputuskan oleh pihak Kerajaan.

Skop PPRT terbahagi kepada 2 kategori, iaitu:

1. Bina Baharu

Bantuan pembinaan rumah baharu kepada penerima yang tidak mempunyai rumah atau rumah yang didiami terlalu uzur, tidak selamat diduduki dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

2. Baik Pulih

Baik pulih melibatkan 3 elemen berikut, iaitu:

  1. Penyelenggaraan;
  2. Penambahbaikan; dan
  3. Requisition;

Skop bantuan baik pulih hanya melibatkan komponen-komponen asas sesebuah rumah.
Bahan binaan yang digunakan hendaklah sama atau setara dengan spesifikasi bahan binaan Bina Baharu.

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan bantuan PPRT, anda boleh ikuti cara permohonan dibawah.

Permohonan Bantuan PPRT, Anda Boleh Mohon Bina Rumah Atau Baiki Rumah!

Cara Membuat Permohonan Bantuan PPRT

espkr
  • Permohonan PPRT boleh dibuat secara atas talian (online) – klik di sini untuk memohon
  • Permohonan hendaklah diisi dengan teliti dan lengkap. Pemohon akan diminta sediakan maklumat berkaitan pemilikan harta / tanah, pendapatan, gambar Kad Pengenalan (depan dan belakang) dan gambar rumah semasa (sekiranya ada) sebelum menghantar permohonan.
  • Kegagalan pemohon untuk melengkapkan butir-butir yang dikehendaki boleh menjejaskan permohonan bantuan PPRT.

Permohonan Bantuan PPRT: Peluang Miliki Kediaman Yang Selesa Dan Aman

Kepada rakyat Malaysia yang menepati syarat-syarat kelayakan permohonan, anda dialu-alukan untuk membuat permohonan segera. Bantuan PPRT untuk membantu miliki tempat tinggal yang selamat dan selesa bagi keluarga. Mohon permohonan segera.

Ahmad Mizan Ameen
Ahmad Mizan Ameen
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati