Buku Tulisan Jawi : Lembaran Kerja Kanak-kanak

buku tulisan jawi

Buku Tulisan Jawi : Lembaran Kerja Kanak-kanak. Pengenalan tulisan Jawi kepada kanak-kanak perlulah diperkenalkan di awal usia supaya memudahkan mereka untuk menguasai tulisan tersebut.

Pengenalan Tulisan Jawi

Tulisan Jawi merupakan sebuah tulisan yang telah digunakan pada Batu Bersurat Terengganu  yang telah menunjukkan pengaruh agama Islam di kawasan Tanah Melayu. Tulisan Jawi adalah sejenis seni penulisan yang telah wujud berabad-abad lamanya di Nusantara. Pada abad ke-17, tulisan jawi berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai kemudian disebarkan ke Kerjaan Melaka, Kerajaan Johor dan Aceh.

Tulisan Jawi mempunyai ciri keistimewaan yang tersendiri. Terdapat empat ciri utama yang terdapat pada Skrip Jawi iaitu tulisan ini bertindak secara menegak, ligatur, aksara-aksara yang berbaris atau mempunyai titik.

Kepentingan Tulisan Jawi Pada Masa Kini

  1. Di dalam pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysi terutama dalam pembelajaran Al-Quran sangat diutamakan kerana matlamat pelajaran Jawi adalah untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi serta membolehkan pelajar memahami bidang ilmu selain daripada subjek yang biasa dipelajari sahaja.
  2. Tulisan jawi merupakan lambang kesenian dan identiti umat islam sendiri. Agama islam itu sendiri sama dengan tulisan jawi kerana kitab al-quran, kitab-kitab agama dan hadis-hadis yang menjadi panduan hidup umat Islam bertulis dalam tulisan Jawi. Tulisan Jawi sebernarnya merupakan sistem ejaan atau tulisan yang tersendiri yang ditulis dengan cepat dan tepat.
  3.  Seni khat yang terdapat dalam tulisan Jawi terutamanya dalam pelbagai manuskrip Melayu dari zaman awal hingga abad ke-20 telah mengembangkan lagi tulisan Jawi. Kebanyakan manuskrip Melayu itu ditulis dalam bentuk khat gaya Naskhi yang dipengaruhi gaya Ta’liq, walaupun pada permulaan kemunculannya yang berbentuk gaya Thuluth yang terpengaruh dengan gaya Muhaqqaq dan Raihani.

    Pada penghujung abad ke-19 dan abad ke-20, kebanyakan karya dalam tulisan Jawi dicetak dengan mesin dan kebanyakan bentuk khatnya dalam gaya Nashki tetapi judul buku, tajuk, kepala halaman dan sebagainya ditulis dalam pelbagai gaya seperti Thuluth, Ta’liq, Dewani, Riq’ah dan lain-lain.

Dapatkan “Buku Tulisan Jawi” di sini


Di sini kami sediakan lembaran kerja kanak-kanak berkenaan dengan latihan Penulisan Jawi yang sesuai digunakan oleh murid sekolah rendah dan prasekolah. Sumber bahan adalah daripada Telegram Channel BBM HHEdukids Sharing & Collection.

Sila muat turun bahan melalui pautan yang telah disediakan di bawah.

Format dokumen ini adalah dalam ‘PDF’

Download : Buku Tulisan Jawi

Penutup

Diharapkan agar perkongsian mengenai Buku Tulisan Jawi: Lembaran Kerja Kanak-kanak ini dapat membantu ibu bapa dan guru dalam menyediakan bahan bantu belajar kepada anak-anak. Pada masa yang sama, diharapkan agar bahan ini dapat membantu kanak-kanak mempelajari dan menguasai tulisan jawi dengan lebih baik.

Sebelum ini, kami juga ada menyediakan bahan pendidikan seperti:

Selain daripada bahan yang dikongsikan di atas, kami juga menyediakan bahan bantu belajar untuk peringkat prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah. Sila layari laman web rasmi Sistem Guru Online untuk lebih banyak informasi.