Dapatkan segera info rasmi yang lengkap di sistemguruonline.my ⏬️

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia dan Ikrar Guru yang Boleh Digunakan Sambutan Hari Guru

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia Oleh Cikgu Hashim
Lirik Lagu Kami Guru Malaysia dan Ikrar Guru yang Boleh Digunakan Sambutan Hari Guru 4

Sambutan hari guru sememangnya meriah setiap kali 16 Mei setiap tahun. Lagu kami guru Malaysia sememangnya tidak asing lagi dan sentiasa tersemat di hati para pendidik. Kami dari Sistem Guru Online amat mencintai dunia pendidikan dan menyokong usaha para guru mendidik anak bangsa.

Berikut disertakan lirik dan lagu rasmi kami guru Malaysia dan juga ikrar yang boleh digunakan semasa sambutan hari guru.

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia dan Ikrar Guru

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia Oleh Cikgu Hashim

Lirik Lagu Kami Guru Malaysia Oleh Cikgu Hashim

Lagu yang menjadi lagu rasmi untuk sambutan hari guru di Malaysia. Lagu Kami Guru Malaysia adalah merupakan sebuah lagu yang ditulis oleh Cikgu Hashim pada tahun 1988 semasa beliau menyertai pertandingan lagu guru Malaysia.

Berikut adalah merupakan lirik lagu Kami Guru Malaysia:

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Ikrar Guru untuk Hari Guru

Ikrar guru dibaca setiap kali tibanya hari guru. Ikrar boleh dibaca semasa majlis rasmi dengan para guru boleh melaungkan ikrar bersama-sama dengan diketuai oleh seorang wakil. Boleh rujuk ikrar guru dibawah:

ikrar guru malaysia
Bahawasanya kami 
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti Kepada masyarakat
Dan negara kami.

Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

Berkenaan Lagu Kami Guru Malaysia

Asal Usul Lagu Kami Guru Malaysia

Arwah Cikgu Hashim Ahmad adalah tokoh yang sangat penting dalam sejarah lagu “Kami Guru Malaysia”. Beliau tidak hanya seorang guru yang berdedikasi, tetapi juga seorang pencipta lagu dan seorang seniman yang berbakat. Kisah beliau menunjukkan betapa pentingnya penghargaan terhadap para pendidik dan pencipta lagu. Lagunya kini terus dimainkan apabila tibanya 16 Mei setiap tahun untuk hari guru.

Lagu “Kami Guru Malaysia” telah menjadi simbol penghargaan terhadap para guru di Malaysia, dan pengakuan terhadap Cikgu Hashim Ahmad sebagai penciptanya adalah langkah penting untuk menghormati jasanya dalam masyarakat. Kami juga yakin banyak orang, terutama para guru, akan terus mengingat dan menghargai sumbangan beliau kepada pendidikan dan seni di Malaysia.

Semoga arwah Cikgu Hashim Ahmad sentiasa diberkati, dan semangat serta karyanya terus mengilhami generasi-generasi guru masa depan.

Biodata Cikgu Hashim Ahmad Pencitpta Lagu ‘Kami Guru Malaysia’

Nama: Cikgu Hashim Ahmad
Tempat Lahir: Tanjung Tokong, Pulau Pinang, Malaysia
Pekerjaan: Guru, Pencipta Lagu, Pelukis

Sekolah yang Pernah Diajar:

  1. Sekolah Rendah Kebangsaan Tanjung Tokong, Pulau Pinang
  2. Sekolah Rendah Kebangsaan Langkasuka, Yan, Kedah
  3. Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Aman, Bedong
  4. Sekolah Rendah Kebangsaan Ibrahim, Sungai Petani, Kedah
  5. Sekolah Rendah Kebangsaan Khir Johari, Sungai Petani, Kedah
  6. Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah
  7. Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Petani, Kedah
  8. Sekolah Rendah Kebangsaan Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah (Sebagai Gurubesar)
  9. Sekolah Rendah Kebangsaan St. Theresa, Sungai Petani, Kedah (Sebagai Gurubesar)

Selain menjadi seorang guru yang berdedikasi, Cikgu Hashim Ahmad juga dikenal sebagai seorang pencipta lagu yang menciptakan lagu “Kami Guru Malaysia”, sebuah lagu yang menjadi simbol penghargaan terhadap para pendidik di Malaysia. Beliau juga merupakan seorang pelukis yang berbakat.

Pencapaian dan pengaruh beliau dalam bidang pendidikan dan seni telah memberikan inspirasi kepada banyak orang, dan karyanya akan terus dihargai dan diingat oleh generasi-generasi masa depan.

Soalan FAQs Berkenaan Lagu Kami Guru Malaysia

Bila lagu kami guru Malaysia cipta?

Lagu kami guru Malaysia dicipta oleh Cikgu Hashim pada tahun 1988 semasa beliau menyertai pertandingan lagu.

Apakah kepentingan lagu kami guru Malaysia?

Lagu ini memberi semangat kepada para guru untuk terus menyemai bakti sebagai seorang pendidik. Lagu ini juga menjadi simbolik pada hari guru nanti.

Siapakah cikgu Hashim?

Beliau adalah seorang guru yang meminati muzik dan mengabadikan hidupnya sebagai seorang pendidik. Beliau adalah pencipta asal lagu kami guru Malaysia.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Cikgu Ahmad
Cikgu Ahmad
"It always seems impossible until it's done."

Anda Mungkin Meminati